Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Resepi Buah Melaka yang best




Assalamualaikum.
Salam Jumaat buat semua .
Moga hari ini lebih baik dari semalam....
Mas kongsikan resepi buah melaka untuk rujukan kawan2 semua.
Insya Allah .. antara resepi kesukaan Mas ..
TQ pada tuan punya resepi ..


 Buah Melaka


Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam





Cara memasak :
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna hijau ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...



2 comments:

  1. AS SALAM... MINTA HALAL SEBAB SELALU RUJUK MENU RESEPI DARIPADA BLOG INI.... LAIN DARIPADA YG LAIN... ... FOLLOW TERUS BLOG NI.. KAK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ... teruskan mencuba mna2 resepi yg alya suka.. memang utk dikongsikan bersama .. terima kasih sudi folow blog mas

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.