Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, April 29, 2015

Kuih Serimuka Pandan yg sangat sedap




Assalamualaikum.
Bila nak mencuba kuih2 talam, Mas suka buat rujukan resepi diblog Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku, banyak resepi2 kuih muih yang menarik disitu .. dan kak yatie juga tak lokek berkongsi tips2 membuat kuih2 itu .
Antara sifu2 masakan yang Mas kagumi.
TQ kak atas perkongsian resepi yang sangat best ni .
Mas suka sangat .. terima kasih sekali lagi yerk kak..
Mas panjangkkan resepi disini pulak 


Kuih Serimuka Pandan 


Bahan2 Lapisan Bawah:-

500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh bersih & toskan. 
Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. 
Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.
Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". 




Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung kastad
250 gm gula pasir
2 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
1 sudu kecil pewarna hijau 
2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)

Cara caranya :
Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.



1 comment:

  1. menyelerakan color hijau kiih serimuka pandan.. pasti lebut di mulut

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...