Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, February 3, 2015

Roti Arab yang sangat sedap ... lembut gebu




Assalamualaikum.
Roti Arab ni memang kegemaran Mas ....
Kenangan masa kecil2 dulu .. emak Mas selalu buatkan .. colek dengan kari sardin .. memang sangat sedap ...
Jadi bila terjumpa resepi roti arab dari En Rosli Umar FB, Mas terus mencuba .
Alhamdulillah .. menjadi ..
Jadi Mas share resepinya disini..
Terima kasih pada En Rosli yg sudi berkongsi resepi Roti Arab yang sangat lembut gebu ni ..
Selamat Mencuba 


Roti Arab Pak Tam


Bahan : 
500 gm Tepung gandum
40 gm Marjerin
50 gm. Gula pasir
10 gm Yis 
1 biji. Telur 
1 tsp. Double action baking powder 
50 gm Susu pekat manis 
6 gm. Garam
220 gm Air sejuk





Cara-caranya :

Campurkan semua bahan dan uli , jika guna tangan x perlu sampai elastik .
Selepas uli , terus timbang 50 gm setiap satu dan bulat2kan . 
Celupkan dlm tepung sedikit sebelum letak dalam tray .
Timbang sehingga habis doh .
Perap doh bulat dlm 30 minit . 
Selepas 30 minit , canai bulat leper ... jgn terlalu nipis sbb nanti masa goreng dia x mengelembung . 
Canai leper hingga habis dan susun dlm tray. 8. Perap lagi sekali , dlm 15 minit
Selepas 15 minit berlalu , panaskan minyak dan canai sekali lagi doh leper utk dptkan bulat yg lebih besar sedikit . 
Bila minyak sudah panas , masukkan doh yg dah di canai sekali lagi tadi . 
Cara goreng 
siram2kan minyak di atas doh supaya roti mula gelembung . Bila dah mengelembung balik2 kan dan goreng sampai garing . 
Boleh goreng sekali 3@4 biji sekali gus jika cepat . 
Toskan roti di atas jaring utk toskan minyak
Goreng hingga habis . 
Selesai ... sedap di makan dengan kuah kari , masak asam dan sambal
Sila kongsikan resepi ini untuk orang yang anda sayangi .

Yang ikhlas ,
Fb : Rosli Umar




Boleh juga dibuat frozen, goreng sekejap, sejukkan , boleh difrozenkan.
Bila nk goreng , biarkan dlm suhu bilik dulu selama 10minit, baru goreng semula.



6 comments:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...