Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, February 10, 2015

Kari Ayam Yang Sedap




Assalamualaikum.
Untuk mendapat Kari Ayam yang sedap ... Mas telah mencuba pelbagai resepi .. 
Akhirnya ... resepi dari ayah tersayang juga yang menjadi pilihan hati .. 
 Resepi ini juga yang Mas gunakan untuk tempahan ... 
Alhamdulillah, ramai yang memuji kesedapannya ..
Jadi Mas share resepinya disini ... semoga kawan2 dapat mencubanya .. yang penting dalam memasak kari, bahan tumisan rempah kari tu mesti ditumis hingga pecah minyak dengan api perlahan ....insya allah, pasti sedap kari itu ..
Selamat mencuba yerk 


Kari Ayam
Resepi : Mas Duniaku

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam saiz besar
4 biji kentang - potong 4
2 - 3 biji tomato - belah 2
4 biji cili hijau
1 biji bawang besar saiz besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
 santan dari sebiji kelapa, asingkan santan pekat & santan cair
4- 5 sudu besar rempah kari Babas 
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
1 kiub ayam
Garam secukupnya

Bahan Kisar :
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama daun kari, bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau seketika, kemudian masukkan serbuk rempah kari dan terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah nampak terbit minyak. Semasa mengacau, jika nampak rempah agak kering, boleh tambah sedikit minyak masak. 
Kemudian masukkan ayam , kacau sebati dan masak sehingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan cair, tomato & kentang. Terus masak dengan api perlahan selama 10 minit. 
Kemudian masukkan santan pekat, cili hijau yang dipatah dua dan kiub ayam. Kacau sebati, tambah garam jika perlu & renihkan sehingga pecah minyak & kentang empuk. 
Sedia dihidangkan. 



6 comments:

  1. aku nak try nanti mas. anak aku suka kari.
    biasa aku buat kari mamak style tu.sebab so far kene ngan tekak aku n anak anak.
    nak terai kari resepi ayah ko ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jah ...
      memang best ..aku skrg guna resepi ni..

      Delete
  2. Assalamualikum mas....dah lama mama xbuka blog, nak cuba lerr resipi niee...
    selalunya kalau buat kari...tak pernah guna lengkuas dan serai...
    mesti cuba niee...t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mamaAna ....
      selamat mencuba yerk ..
      insya allah ... sedap ..

      Delete
  3. kari ayam all day fav..hihi

    mudah,dan sedap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm ank2 mas ..
      tak jemu2 dgn kari .. he3

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...