Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, March 31, 2014

Kek Minyak (Bakar)





Assalamualaikum.
Dah banyak kali Mas buat kek minyak versi bakar ni... baru kali ni Mas sempat share kat sini ...kek yang simple tapi sangat sedap... moist jerk kek minyak ni...
Resepi Mas copy dari blog Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku
TQ pada tuan resepi kemma81@MyResepi.
Mas share resepinya disini pulak yerk  ..


Bahan-bahan ( 8x8inci) :

5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus / gula kastor
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara :
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


Friday, March 28, 2014

Aneka tempahan Birthday Cake ...




No 2 Choc Cake With Cream Cheese




Moist Choc Cake 




Rainbow Cake 




Snow Cheese Cake 





Moist Choc Cake With Buttercream 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Thursday, March 27, 2014

Laksa Sarawak





Assalamualaikum.
First time buat sendiri Laksa Sarawak...selalu Mas beli jerk... resepi Mas rujuk dari blog HaSue. Alhamdulillah sedap sangat ... nak membuat pun tak susah sangat ... TQ pada adik ipar yang kirimkan pes laksa sarawak Hj Manan ... TQ juga pada HaSue atas perkongsian resepi diblognya ...



Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Bahan2 laksa(tidak terhad):

Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
Tauhu goreng
Telur dadar
Tauge(celur seketika)
Cendawan hitam(celur)
300g udang(celur)
Telur rebus
Sambal belacan dan limau kasturi

Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye



Bahan2 kuah laksa:
200g pes laksa sarawak hj manan
2 liter air
200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
2 batang serai-ketuk
200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
Garam n gula/perasa secukupnya

Cara menyediakan kuah laksa:
Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.


Cara Menghidang laksa sarawak
Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..





Jika susah untuk mendapat pes laksa,boleh lah mencuba membuat pes laksa sendiri menggunakan resepi Dayangjack ni yer..DJ,nak c n p resepi pes laksa ke sini pula yer..terima kasih.. Boleh juga lihat resepi n cara penyediaan laksa DJ kat sini yer.. ;)

Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang

Bahan-bahan : anggaran 200 gm

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara :

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.


Thursday, March 20, 2014

Kaswi Tepung Kacang Hijau - sangat sedap





Assalamualaikum.
Buat peminat Kaswi... Mas recommend sangat Kaswi Tepung Kacang Hijau ni...sangat sedap....
Macam kak Norhayati ...Rasanya seakan2 kuih koleh kacang tapi ala2 dodol gitu.. 
Jadi...kalau ada yg terliur... try la yerk...
TQ pada Kak Fida MyResepi untuk resepi kaswi yang mabeles ni..



Kaswi Tepung Kacang Hijau
Resepi : Kak Fida MyResepi 
Sumber : kak Norhayati


Bahan-bahan ( loyang 10x10 ) 
Bahan A :- 

200 gm tepung kacang hijau
200 gm tepung kanji/ubi
600 gm santan - sedang pekat
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil pandan paste
sedikit warna hijau muda

Bahan B :- 
500 ml air
380 gm gula pasir (saya guna 180gm gula pasir + 200gm gula melaka)
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul


Cara-cara 
Satukan bahan A ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Masak bahan B hingga mendidih dan tapis.Tuangkan ke dalam adunan bahan A ketika panas dan kacau sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kecil yang disapu minyak dan telah dipanaskan dulu. Kukus selama 30 min-40 min jika mengguna loyang dan 20 min jika mengguna acuan kecil.
Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.



Sunday, March 16, 2014

Tempahan Kek Bernombor



No 1 Rainbow Cake




No 6 Snow Cheese Cake 




No 4 Snow Cheese Cake 


Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Thursday, March 13, 2014

Aneka pilihan untuk tempahan



Apam Polkadot 




Cream Puff 




Roti Jala & S"pore Bihun 




Kuih Sagu




Snow Cheese Cake 



Snow Cheese Tart 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Tuesday, March 11, 2014

Resepi Kuah Dal yang sedap ..




Assalamualaikum.
Mas share resepi kuah dal yang sangat sedap ...
Resepi dari Irni Maizura FB.
TQ yerk... Mas share disini pulak..


Resepi  Kuah Dal
Resepi : Irni Maizura FB


BAHAN UTAMA
 1 MANGKUK KACANG DAL DIRENDAM SEMALAM..KEESOKAN HARINYA DICUCI N DITOS..
 REBUS KACANG DAL SEHINGGA EMPOK

BAHAN2 A
2 BIJI BAWANG BESAR
4 BIJI BAWANG PUTIH
2 SUDU UDANG KERING
BAHAN2 DIATAS HARUSLAH DIKISAR HALUS

BAHAN B
5 BIJI LADA KERING DI KERAT 4 (DICUCI DAHULU)
1-2 TANGKAI DAUN KARI
1-2 SUDU BIJI SAWI
1SUDU JINTAN HALUS
GARAM SECUKUP RASA
GULA SEDIKIT
1-2 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT. (IKUT KEKUNINGAN PANDAILAH AGAK2 OK)

BAHAN C
SEDIKIT KACANG PANJANG..(KALAU SUKA BOLEH LETAK) DIPOTONG SDANG2



CARA MEMBUATNYA
♥TUMIS BAHAN A SEHINGGA AGAK2 GARING SEDIKIT.PADAM KAN API MASUKAN 
DAUN KARI

♥MASUKAN BAHAN2 TUMISAN KEDALAM PERIUK DAL YG DIREBUS TADI.
BILA KUAH SUDAH KERING MASUKAN AIR LAGI AIR..AGAK..JGN PEKAT2 DAL TU

♥MASUKAN LADA KERING, BIJI SAWI, SERBUK KUNYIT, GARAM SECUKUP RASA, SEDIKIT
GULA, JINTAN HALUS..MASAKAN SEHINGGA KUAH DAL TU SEDAP N SEMUA 
CUKUP RASA.

♥LAST SEKALI MASUKAN KACANG PANJANG, HASIL KUAH TU MESTILAH CAIR2 
SEDIKIT, JGN PEKAT2 SANGAT..


 KUAH DAL TU MAKAN MESTI BERSAMA2 SAMBAL TUMIS BARU SODAP!!!
CECAH ROTI CANAI..KOMPOM ABANG SUKA..CAM KEDAI RASANYA..







Untuk Tempahan : Snow Chese Cake & Snow Chese Meleleh



Snow Cheese Cake 



Snow Cheese Cake 



Snow Cheese Cake Meleleh



Snow Cheese Cake Meleleh



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Monday, March 10, 2014

Aneka Kek Birthday




Kek Padang Bola ( Choc Cake With Cream Cheese )




Red Velvet Cake




Baked Blueberry Cheese Cake



Rainbow Cake With Cream Cheese Frosting




Angry Birds Cake 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266

Tuesday, March 4, 2014

Roti Lembut Gebu Yang Simple Lagi....




Assalamualaikum.
Meroti lagi... 
Dalam banyak2 resepi, Mas memang suka sangat resepi yang simple ni dari Anie Japri FB
Tima kasih banyak2 atas perkongsiannya, resepi yang terbaik pada Mas. 
Mas share resepinya lagi... yang penting dalam membuat roti, pastikan adunan diuli elastik, insya Allah, lembut gebu roti anda....
Selamat Mencuba ..


Roti Lembut Gebu
Sumber :  Anie Japri FB

Bahan :
 500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)





CARA:
MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..
MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2

Cara Mas ( Guna Mixer )  :
Mas satukan semua bhn2 kering kecuali marjerin dalam bowl.
Putar perlahan hingga adunan sebati baru masukkan marjerin..
Uli hingga doh licin dan elastik...
Mas terus keluarkan dari mixer dan uli sedikit dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu atas doh dngan susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin..
Sedia dimakan..





Monday, March 3, 2014

Aneka Cupcake & Choc Cake & Cake In Jar Untuk Tempahan




Moist Choc Cupcake 




Moist Choc Cupcake



Spiderman Choc Cake 



Choc Cake With Choc Ganache Topping 




Minions Choc Cake 




Choc Cake With Choc Ganache Topping 



Moist Choc Cake In Jar



Kek Kukus Lapis Cream Cheese 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 0134242505


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...