Search This Blog

Friday, October 31, 2014

Cucur Udang




Assalamualaikum.
Cucur Udang ni atas permintaan ibu yang mengindam ...
Jadi Mas mencuba resepi dari  Dapur Tanpa Sempadan - CMG .. 
Dah lama sebenarnya Mas simpan resepinya ...
akhirnya ... dapat juga mencuba ..
Alhamdulilah .. sedap pada Mas ..
mudah2an tuan punya cucur udang ini berpuas hati yerk..
terima kasih percayakan Mas untuk buatkan cucur udang ..
Terima kasih juga pada CMG kerana sudi kongsi resepi cucur udang ni.. 
insya Allah akak buat lagi .


BAHAN :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instat yeast (mauripan)
1 genggam taugeh, cuci dan toskan kemudian diramas sedikit
10 tangkai kucai, potong kecil
1 biji bawang besar, dihiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana, cuci dan toskan, kemudian lap kering dengan tissue dapur
Garam secukup rasa
1 3/4 cawan air (atau lebih sedikit, hampir 2 cawan)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung, kucai, taugeh, serbuk kunyit dan instat yeast ke dalam satu bekas. Masukkan juga sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Perap adunan tadi selama 30 minit (bungkus mangkuk berisi adunan dalam plastik bersih untuk mempercepatkan adunan kembang).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan sudip atau senduk sayur (jenis stainless steel) bersaiz sederhana selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh, dan lingkarkan seekor udang atasnya. Rendamkan dalam minyak panas hingga cucur udang boleh ditanggalkan dari senduk.
  3. Kemudian terbalikkan cucur udang biar bahagian udang berada dibawah. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan bahan2. Buat kurang lebih 5 - 6 biji cucur udang sekali buat. Goreng dengan api sederhana sambil dibalik2kan hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas tissue dapur agar minyak gorengan terserap. 
  4. Resipi ini akan menghasilkan 20 biji cucur udang bersaiz sederhana. Tapi bergantung pada saiz senduk yang anda guna.


2 comments:

  1. RESEPI NI SEDAP. AKU SLALU BUAT GUNA RESEPI NI DULU TIME ORG ORDER KUIH DOLU DOLU .HEHE

    ReplyDelete
  2. waduhhh lama tak buat cucur udang ni...terliurlah plk...mesti buat gak ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.