Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, September 4, 2014

Talam Cendol




Assalamualaikum.
Buat penggemar2 kuih talam, boleh mencuba Talam Cendol yang sedap ni..
Untuk resepinya, Mas suka buat rujukan atau mencari resepi dari blog Kak Yati - Sinar Kehidupanku . Pelbagai resepi kuih2 talam boleh didapati diblog kak yatie ...tima kasih banyak2 yerk kak atas perkongsian resepi kuih2 talam yang mabeles ni.
Mas share resepinya disini ..
Tima kasih banyak2 juga pada tuan resepi Chef Asma ...


 Talam Cendol
Resepi : Chef Asma


Lapisan bawah :
Bahan A

200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 s/b tepung jagung*
150 gm gula caster
1 s/k garam

Bahan B
200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
Satukan bhn bertanda (*) dan tapis kedlm periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A.
Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
Kukus selama 25 minit
Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu


Lapisan Atas :
Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan-saya tambah

Bahan B
150 gm tepung gandum
1 s/b tpng jagung-saya tambah
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam

Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit




3 comments:

  1. wah sedap2.bole bertukar selera kalau sebelum ni makan cendol biasa sahaja...

    ReplyDelete
  2. Saya cukup kagum dengan kepandaian orang buat talam-talam ni... sebab kalau saya buat asyik tak jadi huhuuuuu

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...