Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, August 5, 2014

Paru Masak Sambal Goreng Pengantin




Assalamualaikum.
Kali ni Mas nak share resepi masakan berasaskan paru... 
Paru Masak Sambal Goreng Pengantin ..
Serius memang sedap... ikutkan masak kering lagi..tapi Mas buat agak lembab2 sikit supaya melekat kuah tu nnti kat nasi.. yummyy
Untuk resepinya, Mas copy dari blog Kak Ayu - Curlybabe's Satisfaction, yang nun berada di singapore .....banyak resepi2 sambal goreng pengantin kat blog kak ayu ni....
Mas share resepinya disini yerk kak..
Terima kasih juga pada tuan resepi Kak Fida @MyResepi.
Mas hanya guna paru untuk resepi ni...insya Allah lain kali, Mas guna bahan2 yang sepenuhnya seperti daging, udang dan hati lembu...


Paru Masak Sambal Goreng Pengantin
Resepi : Kak Fida @MyResepi.


Bahan - anggaran 20 orang lebih :
1 kilo daging *
1/2 kilo paru *
1/2 kilo hati lembu *
1 kilo udang basah - dikupas kulit dan digoreng berasingan.
2 cawan santan pekat - drpd 1 1/2 biji kelapa
300 g asam jawa
2 inci persegi belacan
@ 25 tangkai cili kering - dikisar
@ 2 biji bawang besar - dikisar
@ 8 ulas bawang putih - dikisar
@ 8 batang serai - dikisar
@ 1/2 jari lengkuas - dikisar
5 tangkai lada merah - hiris serong dan goreng berasingan
2 biji bawang besar dihiris nipis - mas tambah
2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis.
garam dan gula secukup rasa






Cara memasak :
Bahan bertanda * direbus,potong dadu kecil dan digoreng berasingan.

Asam dan belacan diramas bersama santan dan ketepikan.

Bahan bertanda @ dikisar halus.

Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan campuran santan dan masak terus hingga mendidih dan naik minyak.

Kemudian masukkan secukup garam dan gula dan kacau rata dan masukkan daging,hati paru goreng,udang goreng tadi dan gaul hingga rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.

Akhir sekali masukkan pula cili merah dan bawang goreng dan gaul hingga rata.Tambah garam dan gula lagi jika perlu.Rasanya haruslah lemak manis dan sedikit sahaja masamnya.

Dlm masakan ini boleh juga di masukkan daun limau purut dan daun kunyit jika suka.




7 comments:

  1. adus Mas sedang puasa ni teringin lah tengok sambal tu adoiii macam nak buat je ni, kena gi kedai ni cari bahan haha

    ReplyDelete
  2. boleh try ni Mas..
    Mana lah tahu kut2 kena dengan selera.

    ReplyDelete
  3. Assalam mas,
    Baru perasan posting mas ni...
    Sambal goreng pengantin memang sedap sangat...
    Akak sekarang memang guna resepi ni kalau buat lauk ni..
    Especially lauk raya ...thank you Sudi mencuba ya...
    Selamat hari raya Maaf Zahir batin..

    ReplyDelete
  4. sedapnye mas...tapi tak sangka dlm sambal ni letak santan...mesti berlemak rasanya...nyum nyum...

    ReplyDelete
  5. mmm..baru tengok je pun dah terliur dah..kalau dapat makan mesti lagi best..:)

    ReplyDelete
  6. Salaam Alaykom, today I try cooking sambal goreng pengantin for the first time in my life n it's grub out to b superb yummylicious. Thanks for sharing the recipe😍👍🏻

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...