Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, August 25, 2014

Bihun goreng singapore




Assalamualaikum.
Lama tak update resepi kan...
Jadi kali ni Mas share resepi  Bihun goreng singapore, kesukaan anak2 ... terutama Adam.. suka sangat makan...
Bihun ni memang tak pedas, jadi untuk yang sukakan pedas, bolehlah letakkan sambal atau cili kicap semasa makan bihun tu.. tetap sedap...
Selamat mencuba..


Bahan-Bahan:
1 paket bihun - direndam lembut dan toskan
sotong , isi ayam dipotong2
 kobis , carrot - dihiris halus panjang
 kucai @ sawi
1/2 cawan air
garam secukupnya
1/2 kiub ikan bilis
serbuk lada sulah - anggaran 1 ke 2 sudu besar

Bahan tumis :
2 ulas bawang merah - hiris2
3 ulas bawang putih - hiris2



Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih & bawang merah sehingga wangi.
2. Masukan sotong, isi ayam dan masak sebentar. Masukkan 1/2 cawan air, kiub ikan bilis dan garam secukup rasa dan biar mendidih.
3. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan sayur2an, kacau sebati.
5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut.
6. Taburkan serbuk lada sulah dan gaul sebati.
7. Rasakan dan jika ok dan bihun lembut, boleh angkat dan dihidangkan. Jika bihun terasa belum lembut, masukkan sedikit air panas dan kacau lagi..Insya Allah, bihun akan lembut.
8. Selamat mencuba 



3 comments:

  1. assalam mas, sedap yg singapore punya ni kan apa lagi sdg lapar tk cukup sepinggan ni

    ReplyDelete
  2. Mas...cheq da suka tang telur mata kerbau tu..nyum..nyum

    ReplyDelete
  3. sedapnye bihun goreng singapore..selalu tau makan je..lepas ni boleh la try..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...