Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, March 31, 2014

Kek Minyak (Bakar)





Assalamualaikum.
Dah banyak kali Mas buat kek minyak versi bakar ni... baru kali ni Mas sempat share kat sini ...kek yang simple tapi sangat sedap... moist jerk kek minyak ni...
Resepi Mas copy dari blog Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku
TQ pada tuan resepi kemma81@MyResepi.
Mas share resepinya disini pulak yerk  ..


Bahan-bahan ( 8x8inci) :

5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus / gula kastor
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara :
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


7 comments:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...