Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, February 26, 2014

Kerepek Ubikayu Pedas





Assalamualaikum.
Dah lama sebenarnya buat kerepek ubikayu pedas ni... lupa pulak nk update kt blog...jadi Mas sharekan resepinya mengikut cara Mas... 
Untuk menghasilkan kerepek yang rangup, sambal tu yang penting, jangan masukkan air dalam bahan2 kisar tu...gunakan pengisar yang kering... insya Allah kerepek tak jadi lemau bila disalutkan dengan sambal...
Selamat mencuba yerk...


Kerepek Ubikayu Pedas
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
2 batang ubi kayu
ikan bilis - ikut byk mna - digoreng garing
3 - 4 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
minyak 

Bahan kisar :
anngaran 10 tangkai cili kering - dibersihkan dan direndam kemudian toskan
3 ulas bawang putih - hiris2
3 ulas bawang merah - hiris2
sedikit ikan bilis
KISAR GUNA PENGISAR KERING, TK PAYAH LTK AIR

Cara :
Kupas ubi kayu dan hiris menipis dengan menggunakan alat penghiris makanan.
Panaskan minyak dalam kuali dan pastikan minyak yang banyak lalu goreng ubi kayu tadi hingga keperangan.Angkat dan toskan.
Kemudian, agak2 minyak dlm 4 - 5 sudu besar,tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam.
Kacau sebati dan masak sehingga sambal pekat dan nampak berbuih2.
Tutup api ....( proses ni buat cepat2 tau ) 
Masukkan ubi kayu dan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga semua sebati.
Angkat dan sejukkan lalu masukkan dalam bekas kedap udara.

2 comments:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...