Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, November 26, 2013

Karipap Pusing Inti Kentang Daging





Assalamualaikum.
Ini pun gara2 merata2 nampak karipap pusing kat fb...jadi teringin tahap gaban nak merasanya.
Alhamdulillah....menjadi dan sedapp...TQ pada Kak Sheila untuk resepi karipap pusing yang sedap rangup ni, untuk intinya, Mas buat kentang daging...Resepinya Mas copy dari blog Kak Norhayati sebab masa nampak kak yatie share kat blog, Mas terus copy resepi kat blog kak yati, TQ yerk kak atas perkongsian resepi karipap pusing yang sangat enak ni....Mas kongsikan pulak kat sini...untuk melihat cara2 membuat karipap pusing, boleh buat rujukan kat blog Kak Sheila dan Kak Norhayati .


Karipap Pusing
Resepi : Kak Sheila
Sumber : Kak Norhayati .

BAHAN DOH A :
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


CARA :
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan. 

BAHAN DOH B :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)

CARA-CARA
Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. 
Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. 
Doh di bahagi 4 dan dibulatkan. 

CARA MEMBUAT NYA 
Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...




Resepi Inti Kentang Daging


Bahan :

6 biji kentang 

1/4 gengam ikan bilis
daging dipotong kecik2

1 sudu besar udang kering

3 sudu besar serbuk kari 

1 sudu serbuk kurma

garam

2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar 


Buat Inti Karipap

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air, blender udang kering, bawang kecil, daun kari dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, serbuk kurma dan  serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan kentang, daging dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.


Friday, November 22, 2013

Ayam Masak Kari Pakistan




Assalamualaikum.
Dah 3 kali Mas masak Ayam Masak Kari Pakistan ni....memang sedappp..bahan2nya pun simple jerk dan tak menggunakan santan...cuma tempoh masak jerk lama  sebab nak bawang dan tomato hancur ...baru sedapp Ayam Masak Kari Pakistan ni..selain di makan dengan nasi, colek ngan roti pun best tau...selamat mencuba yerk..berbaloi2 tau...tima kasih pada ummi Maria Hakem yang selalu berkongsi resepi2 yang sangat lazat...untuk resepinya, Mas copy dari blog kak Salami ..TQ kak Salami.....Zaliedana dan Kak Quinnie pun dah mencubanya menggunakan daging...


Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan :
1 ekor ayam - potong 16 bahagian 
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

P/S: Selain ayam, menurut Kak Maria, daging lembu atau kambing juga sesuai digunakan untuk masakan begini.



Monday, November 11, 2013

Bubur Ashura Versi Utara - Sangat sedapp




Assalamualaikum.
Buat yang mencari2 resepi Bubur Ashura Versi Utara yang sedap...boleh mencuba resepi dari wall fb Zaliedana ni....Serius memang sedap...Mas pun first time membuatnya...gara2 terliurr sangat tengok Zaliedana buat....TQ yer CT, akak share resepinya disini pulak...



Bubur Sora Versi Utara
Resepi : Koleksi Resepi

Olahan  : Zaliedana

Bahan:
2 Cawan Tepung Beras
3 cawan santan pekatcampur secubit garam
2 1/2 Cawan Air
Gula pasir ikut manis
Gula merah n Nesan / Gula Gerek(Sy letak nesan 2keping n gula merah 2sdu besar)
Kacang Kuda Direbus empuk
Keledek Dipotong Dadu n Direbus Empuk
Kacang Hijau Direbus Empuk
1 Btg jagung
Pisang Raja di potong Dadu msk last
1sudu besar Biji Sagu
Daun Pandan 2 ke 3helai
Bahan2 lain yg anda suka sprti Nangka ke ok juga..


Cara:
1.Masak air daun pandan yg disimpul dgn gula melaka,nisan n gula pasir..
2.campurkan tepung,air gula n santan kacau sebati2blend jerk
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sedikit air lagi..
5.Bubur yg telah betul2 masak TIDAK MELEKAT d periuk..Klo melekat lagi tu mmg kna kacau lagi ya..
5. angkat dan tuang dalam loyang , Api jgn dipadamkan smp selesai letak dlm bekas..sejukkan dan potong lah ikut suka..


Gulai Nangka & Tapak Kaki Lembu Tumis Darat Geng ngan Sambal Belacan





Assalamualaikum.
Ada yang pernah makan tapak kaki lembu..seriuss sedapp...rasanya yang kenyal2 memang best..selain dimasak gulai ngan nangka gini, masak lemak cili padi dan sup pun sangat sedap. Mas beli kat pasar tani jerk tapak kaki lembu ni..senang kerja sebab dah dibersihkan dan direbus...tinggal masak jeerk...digadingkan ngan sambal belacan...perhhhh...memang serius tak toleh kiri kanan masa makan...he3..Mas share resepinya disini yerk...klu tak de tapak kaki lembu...letak tulang atau ikan talang kering pun sedap juga..Selamat mencuba yerk...


Gulai Nangka & Tapak Kaki Lembu Tumis Darat  
Resepi : Kak Hanieliza
Olahan : MasDuniaku

Bahan :
500 gm nangka muda yg kecil

200 gm ikan talang kering - Mas guna tapak kaki lembu
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 s/b rempah lemak atau kari ikan - Mas guna rempah kari daging
1 labu bawang besar
garam
Rempah Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba - Mas x ltk
1/2 s/k jintan manis  - Mas x ltk

Cara:
1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak




 Sambal Belacan
Resepi : Kak Hana

Bahan : 
*¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing2
*1 batang cili merah - hiris
*2 biji bawang merah kecil - hiris
*1 ulas bawang putih - hiris
*1 inci belacan
*sejemput ikan bilis kopek
limau kasturi
secubit garam
secubit perasa@gula
sedikit minyak

Cara :
Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.




Sunday, November 10, 2013

Sambal Kering Kentang & Ikan Bilis





Assalamualaikuim.
Meh layan Sambal Kering Kentang & Ikan Bilis ...
Sedapp dimakan dengan nasi panas atau ratah gitu ajerkkk....
Nak resepi..Mas share kat sini...
Selamat mencuba ...  ^_^


Bahan-bahan :
 ubi kentang 
minyak untuk menggoreng ubi kentang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
1 senduk Cili kering blender
Ikan bilis 
Garam dan Gula secukup rasa
sedikit sos cili
sedikit sos tiram



Cara-caranya :
1.  Buang kulit dan potong slice kan macam nak buat kerepek.
2. Panaskan minyak dan masukkan garam kedalam minyak sedikit untuk elakkan kentang tu melekat antara satu sama lain.
3. Kemudian goreng hingga garing dengan api sederhana..masa nak masukkan ubi kentang masukkan hirisan demi hirisan..jangan masuk sekali semua...kacau selalu dengan api sederhana dan goreng hingga garing.
4. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.

Untuk sambal :
1. Blender bawang putih , bawang merah, cili kering dan ikan bilis dan tumis hingga garing,  naik minyak dan masak dengan api sederhana.
2. Kemudian perasakan dengan garam , gula dan sos tiram, sos cili...masak hingga sambal kering baru tutup api.
3. Masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi..
4. Siap untuk dihidangkan...



Wednesday, November 6, 2013

Tempahan ...



Red Velvet Cake 



Rainbow Cake 



Pavlova




Snow Cheese Cake 



Snow Cheese Cake 



Snow Cheese Cake 



Red Velvet Cupcake 



Apam Polkadot



Apam Bee 



Cream Puff


Cream Puff



Red Velvet Cake 



Kek Coklat Kukus Lapis Cheese 



Rainbow Cake 




Snow Cheese Cake 



Monday, November 4, 2013

Red Velvet Cupcake - sedappp sangat, moist dan mudah dibuat




Assalamualaikum.
Alhamdulillah...akhirnya jumpa juga resepi Red Velvet yang super moist...sangat sedappp....nak membuatnya pun sangat mudah....tak payah guna mixer bagai, godek2 dah siap...
Sebenarnya Mas start tertarik bila tengok satu rancangan di astro tentang pencarian Red Velvet Cake yang paling sedap dan moist...memang nampak chef tu menggunakan minyak sayur dan hasil red velvet tu...sangat mengancam...moisttt
Alhamdulillah, pencarian di google berhasil juga, Mas dapat resepi dari blog Kak Azie Kitchen ....TQ sangat yerk kak...suka sangat ngan resepi ni..TQ juga pada Divas Can Cook atas perkongsian resepi yang mabeless ni....



The Best, Easy and Moist Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk garam
2 sb unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sk vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sb)
1 sk white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)




Bahan bahan:
Panaskan oven pada 170C.

Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan. 

Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati ( Mas guna tangan tuk kacau dan guna pemukul telur jer ) . Tuangkan coffee dan white vinegar.

Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.(  Oleh kerana Mas kacau guna tangan, Mas tapis adunan tu untuk dapatkan adunan yang licin ) 

Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.

Untuk Cupcake, tuang adunan dalam jag baru tuang kedalam cup, lebih senang kan.
Bakar 20 minit atau hingga masak sahaja untuk elakkan kek menjadi kering.

Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.

Nota:
Untuk cupcake, bakar selama 18-20 minit.


Cream Cheese Frosting

Bahan bahan:
2 (8 oz) packs cream cheese - lembut
¼ cawan susu atau lebih
1 stick butter - lembut (1/2 cawan atau 4 oz)
2 sk vanilla extract
4 cawan powdered sugar

Cara cara:
Satukan cream cheese, susu, butter dan vanilla extract. Putar sehingga sebati.

Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum  dimasukkan baki gula.

Kacau sehingga smooth dan fluffy.




Lihat lah...moist kan...
yummm yummmmm




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...