Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, August 26, 2013

Kek Pandan Lapis Kastad




Assalamualaikum.
Kek Pandan Lapis Kastad yang mabelessss...meh layan resepinya...


Kek Pandan Lapis Kastad
Olahan : Mas Duniaku

Bahan²

6 biji telur ayam 
100 gram gula halus - ayak
100 gram tepung gandum - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
60 gram tepung jagung - ayak
50 gram jus pandan sejuk ( dari peti ais )
2 sudu makan ovelet
1 sudu kecil esen vanilla 
75 gram mentega - dicairkan 

Cara²
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan kaedah waterbath dengan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan suhu 150°C.
Bila sudah masak biarkan sejuk. 
Bila dah sejuk, potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian menggunakan benang .
Sementara tunggu kek sejuk sepenuhnya, bleh la sediakan lapisan kastadnya.




Puding Kastad


Bahan2
6 tbsp tepung kastad
1 1/2 tsp serbuk agar-agar
750ml santan @ susu cair - akak gabungkn kedua-duanya
150gm gula pasir - bleh kurangkn sedikit lg sbb bg akak manis la
2 tbsp mentega
1 tsp pandan paste 
sedikit pewarna hijau 


Cara :
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan Puding Kastard dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga adunan pekat dan meletup2 kecil..
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..



Tuesday, August 20, 2013

Cucur Jagung Special




Assalamualaikum.
Mas nak share satu resepi cucur jagung yang best...memang sedappp..special sebab selain jagung, ada ikan bilis dan udang dalamnya....
Sesuai untuk sarapan atau minum petang...
Selamat mencuba yerk

Cucur Jagung Special
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
1 biji jagung - dihiris
1/2 cawan udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris dan ditumbuk bersama ikan bilis
segenggam ikan bilis - basuh dan toskan - ditumbuk
2 biji cili merah - ditumbuk juga
sedikit daun kucai - di potong panjang2
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
 1 cawan tepung gandum - klu rasa adunan cair sikit, boleh tambah lagi 2 atau 3 sudu besar
 1 sudu kecil serbuk kunyit - untuk warna
Garam secukup rasa
1 cawan air 
Minyak untuk menggoreng




Cara membuatnya :
Masukkan  bahan yang ditumbuk kedalam bekas dan masukkan air, sedikit minyak, cuka, secukup rasa dalam bekas dan gaul sebati .
Kemudian masukkan tepung dan kacau sebatijangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasakan, klu tawar sedikit, baru letak garam secukup rasa. 
Kemudian baru masukkan udang , jagung yg dihiris dan kucai, sebatikan.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), sendukkan adunan ke dalam minyak dan goreng hingga garing.
Bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.


Monday, August 19, 2013

Ayam Goreng ... super yummyy




Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya buat semua ...
Ayam goreng yang disebarkan di FB bulan puasa baru2 ni....resepi dari fb Noorsha ....katanya dapat resepi dari seorang akak yg berniaga sebelah kedainya...Dhira suka bebenar ayam goreng kat situ...
TQ Sha dan akak yg sudi berkongsi resepi ayam goreng yang mabeless ni...perap lama2...lagi best tau...dan goreng ayam dlm minyak banyak dengan api sederhana...hmmm...ayam tu akan garing diluarnya dan lembut2 didalamya...ala2 tekstur ayam kfc gitu....Mas share resepinya disini pulak yerk...dan Mas ada tambah lagi bahan2 tuk rasa yang lagi ummmpphhh....


Ayam Goreng
Sumber :  Noorsha


Bahan : 
 ( agak2 yerk ngan ayam tu )
ayam
kunyit hidup - ditumbuk
halia - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
cili
putih telur
tepung jagung - agak2 bahan2 melekat kat ayam 
sedikit tepung beras - Mas tambah
secukup rasa - Mas tambah
sedikit minyak masak - Mas tambah
sedikit serbuk kari - Mas tambah
sedikit serbuk lada putih aji shiok  - Mas tambah
sedikit sos tiram Manggi - Mas tambah 





Cara :
Gaul sebati ayam dengan semua bahan2.
Perap sejam, klu semalaman lagi best.
Goreng dengan minyak banyak dengan api sederhana hingga ayam masak.




Tempahan yang lepas...



Rainbow Cake



Fruits Tart dan Cheese Tart



Kek Kukus Lapis Cream Cheese



Cream Puff



Apam Polkadot dan Cheese Tart



Pavlova



Snow Cheese Cake



Rainbow Cake




Red Velvet Cupcake



Rainbow Cake 



Red Velvet Cake



Friday, August 2, 2013

Biskut Suji Brunei - sedapppp




Assalamualaikum.
Curi masa sikit update resepi Biskut Suji Brunei yang sedapp ni....resepi Mas skondeng dari blog CMG - Dapur Tanpa Sempadan. Buat yang mencari2 biskut untuk dibuat, boleh try Biskut Suji Brunei ni..memang best....


Biskut Suji Brunei 
Resipi asal - Harlina Mahdar RN


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi (jenama Gheeblend)
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)


CARA MEMBUATNYA :-)

Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil..


Thursday, August 1, 2013

Red Velvet Chocolate Chip Cheese - simple dan sedappp




Assalamualaikum.
Mas share satu lagi cookies yang best....sedappp...anak2 pun suka...warnanya pun menarik...merahhhh
Nampak kat fb, dah ramai yang mencuba Red Velvet Chocolate Chip Cheese ni....teringin juga nak tahu macam mana rasanya....alhamdulillah..sedappp
Untuk resepinya, Mas ambil dari wall fb Wawa Waheeda. TQ wawa..


Red Velvet Chocolate Chip Cheese
Resepi : Wawa Waheeda


Bahan :
 250g butter anchor 
140g gula halus 
150g choclate chips 
300g tepung red rose 
100g parutan chadder cheese 
1st esen vanilla 
1 st pwrna merah
 1 st pwrna oren 
1st b.powder - Mas tak letak
1 sudu besar koko



Cara : 
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Mas kacau guna senduk kayu jerk hingga kembang.
2.Masukkan cheesedar parut dan bahan2 kering dan sebatikan adunan. Cedokkan guna sudu keloyang.
3.Bakar pada suhu 160'c  selama 10min atau sehingga masak. Mas bakar 25 minit....




Biskut Semperit Susu - sedapppp... melting dlm mulut..





Assalamualaikum.
Samperit Susu...berbeza tau ngan samperit biasa tu sebab samperit ni hanya menggunakan tepung jagung, susu pekat manis dan butter....
Sangat sedappp...melting dalam mulut ....tak yah kunyah2...asyikkk... TQ pada Anna Qawina yang berjaya buat Mas terbayang2 keenakkan Samperit Susu ni..bila dah rasa...memang puas hati...bertambah2 lagi koleksi biskut raya ....


Resepi Biskut Semperit Susu

Sumber : Farah Salleh (FB) & Zack
Semperit Susu by Anna Qawina

Bahan:

125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan


Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...