Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, June 27, 2013

Koleksi order2 yang lalu ..



Assalamualaikum.
Koleksi order2 yang lalu ..




Snow Cheese Cake 



Kek Lapis Kukus Cream Cheese




Cream Puff



Apam Polkadot N Bee



Cake in Jar



Rainbow Cake



Red Velvet Cupcake



Pavlova



Snow Cheese Cake ...



Wednesday, June 19, 2013

Garlic Fish




Assalamualaikum.
Selalunya kalau ikan siakap atau talapia, selain dibakar, Mas suka goreng dan masak sos begini....memang sedapp...sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang...selain ikan ( tak semestinya ikan siakap dan talapia, ikan2 lain pun sedap ) , sotong dan udang pun sedap juga dimasak begini..selamat mencuba yerk.


Garlic Fish
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ikan talapia 
garam secukup rasa
sedikit lada putih
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan


Cara memasak :
Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan. 
Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
Goreng talapia hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan.
Letak dalam pinggan hidangan.


Bahan Sos :
1/4 cawan sos tiram Maggi
3 sudu besar sos plum
sedikit kiub ikan bilis
1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
4 ulas bawang putih - cincang halus
cili padi - ikut pedas dicincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
1 tangkai daun bawang - potong2
sedikit gula dan garam jika perlu
sedikit air panas
Cara memasak :
Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi. 
Sedia dihidang..



Order2 yg lalu ....


Snow Cheese Cake 



Mix Cheese Tart



Rainbow Cake ...



Kek Puding Karamel



Red Velvet In Jar






Pavlova



Rainbow Cake In Jar



Fruits Tart



Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Carrot Cake


Monday, June 17, 2013

Daging Sekilo Bawang Sekilo




Assalamualaikum.
Agak unik nama resepi ni kan...Daging Sekilo Bawang Sekilo...tapi rasanya....sangatttt2 sedapppp.....nak memasak pun agak ringkas....main potong2 jerk...lepas tu tumis dan masak hingga daging lembut....satu kelainan untuk mencuba resepi berasaskan daging...Mas masak guna pemanggang ajaib...jadi tak lama sangat masa tuk masak daging ni supaya lembut....TQ banyak2 pada kak Salamie ...katanya resepi dari kawannya...nostalgia masa alam persekolan kak salami....sharing is caring.. TQ sekali yerk kak....Mas share resepi ni diblog Mas pulak...sila2 la mencuba buat yg berminat..

Bawang Sekilo Daging Sekilo
Sumber : Imelda Shahriah Ishak
Olahan : Amie's Little Kitchen - Kak Salamie

Bahan :
1 kg daging - potong kecil-kecil
500ml  santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar - potong kasar-kasar
15 biji lada merah - potong nipis-nipis
3cm halia - tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula / perasa pilihan
minyak
1 sudu teh pati asam jawa - pilihan (kali ini Amie cuba tambahkan asam jawa)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

Biasanya Amie mengambil masa selama 2 jam untuk memasak Daging Sekilo Bawang Sekilo tidak termasuk waktu menyediakan bahan.


Nota :
Jika dilihat dalam gambar di atas, warna merah itu ialah hirisan cili merah. Cili merah tidak perlu dikisar tetapi hanya dihiris. Begitu juga dengan bawang besar. Walaupun kuantitinya banyak iaitu 1 kg, tetapi hanya perlu dipotong atau dihiris kasar sahaja. 
Proses memasak selama 2 jam dengan api perlahan dapat menghancurkan kedua-dua bahan hirisan tadi. Kuantiti sebenar hasil Daging Sekilo Bawang Sekilo (daging dan bawang 1 kilo) setelah dimasak, boleh dilihat dalam mangkuk di atas.



Sunday, June 16, 2013

Puding Kasih Bertaut.




Assalamualaikum.
Puding Kasih Bertaut ni Mas buat minggu lepas untuk seorang kawan sempena anaknya bertunang....Alhamdulillah...menjadi seperti yang Mas inginkan...dah lama nak buat puding ni...cuma tak terbuat2 jerk lagi...Alhamdulillah...buat juga akhirnya...TQ Kak Naz resepinya...Mas kongsikan disini pulak yerk..



Puding Kasih Bertaut.
Resepi : Kak Naz


Bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.

Nota :

Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
SELAMAT MENCUBA!




Selit2 Order yg lalu......TQVM pd semua...




Pavlova



Moist Choc Cake With Cream Cheese N Choc Ganache



Red Velvet In Jar



Moist Choc Cake With Deko Ben 10



Red Velvet Cupcake



Red Velvet Cake



Cream Puff




Red Velvet Cupcake



Rainbow Cake



Rainbow Cake




Wednesday, June 12, 2013

Mee Udang




Assalamualaikum.
Entry tertunggak sebenarnya, rasanya dah 2 minggu lebih buat mee udang ni...tapi masih terasa rasa lagi keenakknnya......patut la mendapat respon menggalakkan kat MyResepi. Pasti Mas akan buat lagi mee udang resepi che'iza ni...TQVM atas resepinya...Mas kongsikan disini pulak yerk...  ^_^

Mee Udang

Bahan : 
( 3-4 org )
1 kg mee kuning
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering
*1/2 inci halia
1 sb petis
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam

Bahan sampingan :
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng

Cara :
Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....



Selit2 Order yg lalu....


Durian Crepe



Kek Puding Karamel With Deko




Cream Puff




Fruits Tart




Red Velvet Cake




Rainbow Cake In Jar




Carrot Cake




Red Velvet Cake





Red Velvet Cupcake




Sunday, June 9, 2013

Kek Marble Trio - sedap sangat




Assalamualaikum
Tetiba terasa nak mengupdate blog dimalam hari he3....tak de salahnya kan....Mas kongsikan resepi Kek Marble Trio resepi dari Che Mat Gebu. Kek yang sangat2 berbaloi untuk dicuba....tekstur kek yang lembab, lembut gebu ni memang sangat best....asyikk jerk bila dimakan....Mas sharekan disini pulak yerk Che Mat....tima kasih banyak2 atas perkongsian resepi kek marble yang sangat memikat hati ni....tengpk respon diMyResepi....ramaiiii yang dah mencubanya  ^_^


Kek Marble Trio


Bahan  :
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air**disatukan )
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

Cara membuatnya :

Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU :- 
Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Monday, June 3, 2013

Sambal Udang Timun Tomato




Assalamualaikum.
Antara sambal peberet yang Mas suka buat, makan ngan nasi putih atau nasi lemak memang sangat best.....
Mas sharekan resepinya disini...sila2 mencuba yerk..


Sambal Udang Timun Tomato
Resepi : MasDuniaku

Bahan : 
Udang anggaran 20 ekor
10 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
8 biji cili merah - dikisar
sedikit ikan bilis - dikisar
sedikit udang kering - dikisar
1 biji tomato - dibelah 4
1 biji timun - potong2
minyak secukupnya
garam, gula, secukup rasa
sos tiram, sos cili anggaran dlm 2 sudu besar


Cara :
Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan udang,tomato dan timun.....kacau sebentar dan kemudian masukkan 
sos tiram, sos cili, garam, gula, secukup rasa, kacau sebati dan boleh tambah sedikit air panas, kacau sebentar dan boleh tutup api...
Sedia dinikmati dengan nasi putih atau nasi lemak ...hmmm..memang best 



Order2 yg lalu :



Snow Cheese Cake



Cream Puff



Red Velvet Cupcake



Apam Polkadot



Carrot Cake 



Kek Kukus Lapis Cheese With Topping Choc Ganache



Kek Puding Karamel 



Red Velvet Cake




Choc Cheese Tart




Red Velvet Cupcake




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...