Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, January 21, 2013

Snow Cheese Tart




Assalamualaikum.
Terpikat tengok Snow Cheese Tart kat fb hari tu, jadi Mas pun try buat, kebetulan bahan2 memang dah ada, tinggal buat jerk..
Sebenarnya Mas terlupa kat wall fb sapa yang tayang Snow Cheese Tart ni...jadi bila google...jumpa la resepinya...dari May Agumo rupanya....TQ yerk  atas perkongsian resepinya....Mas kongsikan kat sini pulak....
Berbalik pada rasanya....bagi Mas, Snow Cheese Tart ni lebih sedap diletakkan filling sebab  terasa macam kurang jerk bila tak letakk filling dalamnya...he3...next time Mas letakk filling pulak...tapi rasanya....hmmmm..memang sedappp sebab ada cheese atasnya....mabelesss...


Snow Cheese Tart


Tart Shell :

(saya buat 1/2 adunan)

Bahan A:
200 gm mentega
100 gm gula aising - saya kurangkan sikit
1/4 teaspoon esen vanila 

Bahan B:

1 biji telur

Bahan C:
420 gm tepung - saya guna tepung superfine
1 tablespoon susu tepung 



Cara :
 Pukul A hingga lembut.. kemudian masukkan B.
Teruskan pukul hingga gebu dan berkrim - saya guna senduk jerk.
Masukkan C dan gaul rata - teruskan gaul hingga mendapat doh yg lembut dan licin.
 Ambil sedikit doh, tekankan ke dalam acuan tart - cucuk dasar tart shell dgn garfu.
Bakar dalam oven dengan suhu 170c selama 12 - 15 minit @ sehingga keperang2an.
Keluarkan dari acuan , sejukkan dahulu sebelum diletakkan filling.



update :
Mas suka guna resepi ni utk shell cheese tart .

Cheese Tart
Resepi : Azita Kitchen - Kak Ita
Sumber : MasDuniaku dan Masam Manis - Kak Ita


Tart Crust / Shell .
Bahan :
170 gm marjerin
50 gm gula aising
1 biji telur Gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.





Mas telah update resepi dgn meletakkan filling dalan cheese tart tu...

Cream Cheese Filling 

Bahan :
250 g cream cheese
60 g gula aising
sedikit esen vanila
1 biji telur

Bahan hiasan :
cheddar cheese (block) secukupnya


Cara :
1. Pukul sebati hingga gebu bahan2 tadi.
2. Masukkan dan piping bag .
4. Masukkan filling ke dalam kulit tat ( Blueberry, strawberry, kiwi, oren ).
5 .Paipkan cream cheese ke atasnya. 
6. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
7. Setelah cheese tart suam, taburkan parut cheddar cheese sehingga menutupi permukaan tart.. sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan..




Saturday, January 19, 2013

Daging Goreng Kunyit




Assalamualaikum.
Lama tak masak Daging Goreng Kunyit, bila tengok Noorsha tayang kat fb....perhhh...memang terliur sangat...kebetulan memang ada stok daging tuk masak Daging Masak Merah...hmmm...next time la masak Daging Masak Merah tu...he3....
Satu resepi yang sangat mudah, simple dan sangat sedappp....makan ngan nasi panas...hmmm...memang syok habisss...tak payah lauk lain dah....Mas sharekan juga resepinya kat sini cara Mas masak walaupun simple sangat membuatnya....untuk bahan2nya...agak2 lah yerk banyak mana...
Selamat mencuba...


Daging Goreng Kunyit
Resepi : MasDuniaku

Bahan : 
Daging lembut - potong kecik2
bawang kecil @ bawang besar - potong nipis2
sedikit bawang putih - hiris nipis2
cili padi - ikut pedas, hipis 
kunyit, garam dan sedikit kiub ikan bilis

Cara :
Gaulkan daging dengan serbuk kunyit, garam dan kiub ikan bilis, perap sebentar.
Tumis bawang, cili padi dan bawang putih hingga wangi...
masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati, api sederhana yerk..
Masak hingga daging masak..boleh tambah sedikit air panas jika suka.....kalau guna daging lembut, dalam 10 minit dah masak daging tu...angkat dan sedia dihidangkan.
Enak dimakan dengan nasi panas...colek ngan roti pun best juga....
Selamat mencuba.... 





Friday, January 18, 2013

Bolu Kukus Pelangi Putih Telur





Assalamualaikum.
Bahulu versi kukus....memang sangat lembut dan lembab...bila dah rasa seketoi....mesti nak lagi dan lagi dan lagi....betul kan Izahdaut  ^_^
Rasanya pun sedang2 jerk manisnya...memang best.....tapi nak membuat balo kukus ni...menggunakan 16 biji putih telur...hmmmm...pikir banyak kali gak..he3...tapi disebabkan teringinnnn sangat nak merasa...Mas buat 1/4 adunan...kikikikiki....Alhamdulillah....tak menghampakan..Ain n Daniel suka sangat...TQ pada tuan resepi Ibutio dan yang menyebarkan resepi ni  Kak Wan dan izah ....bestt sangat bolu kukus nie.....


Bolu Kukus Pelangi Putih Telur
Resepi : Ibutio
Sumber : Kak Wan dan  Izahdaut


Bahan A: 
500 ml putih telur 
300 gm gula pasir 
1 sudu besar cake emulsifier (ovellete) 
1/2 st garam 

 Bahan B: 
100 ml susu cair 
50 gm mentega cair (satukan) 

 Bahan C: 
1 st baking powder 
250 gm tepung gandum 
25 gm susu tepung (ayakkan) 

 Bahan D:  Mas letak pewarna jerk
1 st pasta strawberry 
1 st pasta lemon 
1 st pasta mocca 
1 st pasta pandan 




 Cara Membuatnya: 
1. Sapukan marjerin dan lapikkan kertas loyang bersaiz 9 inc 
2. Pukul putih telur, gula ovellete dan garam sehingga kembang dan kental 
3. Ayak tepung gandum, susu dan baking powder. 
4. Campur susu cair dengan mentega cair 
5. Masukkan campuran tepung gandum ke dalam bancuhan putih telur, kacau rata 
6. Tuang campuran susu, kacau rata 
7. Bagi adunan menjadi 3 @ 4 bahagian. 
8. Campur masing - masing adunan dengan macam-macam perasa. 
9. Tuang adunan lapisan pertama ke dalam loyang . 
10. Kukus selama 7 minit 
11. Lapiskan lapisan kedua. 
12. Kukus selama 7 minit. 
13. Lakukan sehingga lapisan terakhir dengan kaedah yang sama. 
14. Untuk lapisan terakhir, tutup penutup pengukus dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.




Wednesday, January 16, 2013

Snow Cheesecake .....mabelesss




Assalamualaikum.
Meh layan jerk entry kek yang berderet2 ni.....gini lah kalau dah start buat kek...rasa susah lak nak stop...makan tidak la banyak mana pun...seronok buat tu yang lebih...sudahnya anak2 bawa gi sekolah...makan ramai2 ngan kekawan dia...he3
Untuk kali ke -2 Mas buat Snow Cheese Cake yang sangat sedap nie...lembut gebu kek ni bila dikawankan dengan cheese, menjadikan Snow Cheese Cake ni sangat mabeless...rasa susah pulak nak stop makan bila dah masuk mulut...resepi Mas copy dari Izahdaut dan Kak Diana. TQVM pd semua...Mas kongsikan disini pulak.....


Snow Cheesecake

Bahan²

6 biji telur ayam ( buang 2 putih telurnya ) 
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - akak guna self raising flour 
60 gram tepung jagung  ( maizena )
50 gram air sejuk  ( dari peti ais )
1 sudu teh baking powder -  tak letak
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega  ( dicairkan )
izah tambah esen vanilla 


Untuk Krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - izah letak sekadar manis pada selera 

** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )


Untuk Topping
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan
.





Cara²
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( * izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath ).
** Diana pula bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. ( * izah potong kek  menggunakan benang ).
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.



Monday, January 14, 2013

Black Forest Cake





Assalamualaikum. 
Merajinkan diri menerai Black Forest Cake pulak...hmmm...tak dinafikan...sedapp sangat...  ^_^



Kek Black Forest
Sumber : Juwita Fariz


RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara :
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.


BAHAN B:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara :
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.


BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci


Cara :
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.




CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan 2 :

* Whipped Cream (200ml) ( ita guna 300 ml)
* 25 gram gula halus
* Chocolate Syrup Hershey's
* Jem blueberry ( ini ita tambah)
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
* Buah cherry bertangkai secukupnya
* Chocolate parut



Cara :
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Ita sapukan blueberry jem yang dicairkan sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.



Yummmyyy.....



Wednesday, January 9, 2013

Cake Pop




Assalamualaikum.
Cake Pop...kesukaan kanak2....apa lagi bentuknya yg ala2 lolipop dan berwarna warni....memang nampak menarik....
Nak membuatnya pun agak ringkas jika di lihat pada bahan2nya, cuma agak renyah semasa proses membuatnya...banyak step untuk menghasilkan cake pop nie....untuk  lihat cara2 membuatnya....boleh lihat DISINI.


Cake Pop

Bahan2 :
Kek coklat
3 sudu besar jem atau filing kesukaan
400 gm coklat masakan
Lolipop stick secukupnya
Hiasan kesukaan secukupnya



Caranya :
Ramas kek coklat.
Masukkan jem atau filing dan gaul rata hingga kek menjadi moist.
Ambil segenggam kek dan bentukkan menjadi bulat, susun dlm bekas dan teruskan sehingga habis, pastikan semua saiz sama .
Sejukkan bebola kek tadi dalam peti ais selama 2 jam lebih.
Setelah 2 jam lebih, bolehlah mulakan proses menghias bebola kek tadi.
 Cairkan coklat masakan dalam periuk secara double-boiler. Bila dah cair biarkan seketika.
Ambil batang lolipop dan celupkan sedikit hujungnya dengan coklat tadi.
Kemudian cucukkan ke dalam bebola kek yang sudah disejukan tadi lebih kurang setengah dalam bebola tu.
Biarkan hingga ia keras dlm 15 minit supaya ia tidak tercabut apabila dicelupkan ke dalam coklat cair nanti.
Kemudian celupkan perlahan-lahan bebola ke dalam coklat yg suam, salutkan ia sepenuhnya. Ketuk-ketukkan sedikit supaya lebihan coklatnya jatuh.
Bila dah siap dicelup, taburkan bahan hiasan yang disukai.
Kemudian cucukkan pada polystyrene supaya coklat boleh mengeras dan biarkan ia kering sepenuhnya. 
Siap dan boleh dinikmati.







Monday, January 7, 2013

Rendang Pedas Perut




Assalamualaikum.
Selain dimasak asam, masak lemak , kerabu atau lain2, hahaha..itu jerk yg Mas tahu masak perut nie,  perut lembu ni sedap juga dimasak rendang...makan ngan nasi panas...bestt tau...meh ler tengok resepinya..


Rendang Pedas Perut
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo perut - bersihkan, rebus hingga empuk @ lembut, tapis dan dihiris kecil2
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/4 inci halia - dihiris nipis
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 10  biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
* 2 batang serai
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu kecil garam kasar
* 3 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
gula secukup rasa
sedikit garam halus untuk ditambah jika kurang masin
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit

Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda  * . Ketepikan.
Masukkan perut ke dalam kuali. 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan perut. 
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis, halia yang dihiris nipis, daun kunyit yang dihiris halus, santan ,kelapa parut yang telah ditumbuk sedikit dan gula . Gaul sebati.
Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga perut lembut sepenuhnya dan rendang kering.




Geng Rendang Perut, Keli Bakar N Sambal Tempoyak  






Friday, January 4, 2013

Kek Puding Karamel ..




Assalamualaikum.
Meh layan Kek Puding Karamel yang sangat best nie....gabungan puding n kek memang sangat serasi...bila dah makan sekali...mesti nak lagi ....dan lagi ....dan lagi..
Juga menjadi salah satu order yang hot sekarang nie..
Selamat mencuba buat yang berminat...klu rasa nak order jerk ngan Mas...juga dialu2kan...
Resepi Mas  copy dari tauke kek Anna Qawina, siap ada tunjuk cara2 membuatnya lagi kat blog Anna....
TQ Anna......  aku kongsikan resepi Kek Puding Karamel disini pulak yerk....


Kek Puding Karamel
Sumber : Anna Qawina


Bahan : 
Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
* tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)


(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar





Cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling / waterbath 
  10. (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak. 
  11. *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

TIPS:
Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit / setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk. 
Selamat Mencuba..!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...