Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, November 26, 2013

Karipap Pusing Inti Kentang Daging





Assalamualaikum.
Ini pun gara2 merata2 nampak karipap pusing kat fb...jadi teringin tahap gaban nak merasanya.
Alhamdulillah....menjadi dan sedapp...TQ pada Kak Sheila untuk resepi karipap pusing yang sedap rangup ni, untuk intinya, Mas buat kentang daging...Resepinya Mas copy dari blog Kak Norhayati sebab masa nampak kak yatie share kat blog, Mas terus copy resepi kat blog kak yati, TQ yerk kak atas perkongsian resepi karipap pusing yang sangat enak ni....Mas kongsikan pulak kat sini...untuk melihat cara2 membuat karipap pusing, boleh buat rujukan kat blog Kak Sheila dan Kak Norhayati .


Karipap Pusing
Resepi : Kak Sheila
Sumber : Kak Norhayati .

BAHAN DOH A :
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


CARA :
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan. 

BAHAN DOH B :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)

CARA-CARA
Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. 
Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. 
Doh di bahagi 4 dan dibulatkan. 

CARA MEMBUAT NYA 
Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...




Resepi Inti Kentang Daging


Bahan :

6 biji kentang 

1/4 gengam ikan bilis
daging dipotong kecik2

1 sudu besar udang kering

3 sudu besar serbuk kari 

1 sudu serbuk kurma

garam

2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar 


Buat Inti Karipap

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air, blender udang kering, bawang kecil, daun kari dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, serbuk kurma dan  serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan kentang, daging dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.


7 comments:

  1. cantik pusaran karipap pusing Mas ni, suka akak tngk.....sedapkan Mas resepi ni....doh rapuh dan rangup..

    ReplyDelete
  2. Ayunya karipap pusing tu Mas... tergoda Ai..!

    ReplyDelete
  3. cantiknyer karipap pusing kak mass... tun pernah buat sekali je, mmg xnmpk lgsg pusing dia.. hihi

    ReplyDelete
  4. Dek mas bangga kak tengok dek mas dah berjaya bergelar usahawan wpun dr rumah... BW dah lama x datang.. problem galaxy..

    ReplyDelete
  5. saya dh cuba resepi karipap rangup akak..sodap..inti yg lebih tu saya wrap plk guna kulit popia...sgt sdp!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...