Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, November 11, 2013

Gulai Nangka & Tapak Kaki Lembu Tumis Darat Geng ngan Sambal Belacan





Assalamualaikum.
Ada yang pernah makan tapak kaki lembu..seriuss sedapp...rasanya yang kenyal2 memang best..selain dimasak gulai ngan nangka gini, masak lemak cili padi dan sup pun sangat sedap. Mas beli kat pasar tani jerk tapak kaki lembu ni..senang kerja sebab dah dibersihkan dan direbus...tinggal masak jeerk...digadingkan ngan sambal belacan...perhhhh...memang serius tak toleh kiri kanan masa makan...he3..Mas share resepinya disini yerk...klu tak de tapak kaki lembu...letak tulang atau ikan talang kering pun sedap juga..Selamat mencuba yerk...


Gulai Nangka & Tapak Kaki Lembu Tumis Darat  
Resepi : Kak Hanieliza
Olahan : MasDuniaku

Bahan :
500 gm nangka muda yg kecil

200 gm ikan talang kering - Mas guna tapak kaki lembu
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 s/b rempah lemak atau kari ikan - Mas guna rempah kari daging
1 labu bawang besar
garam
Rempah Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba - Mas x ltk
1/2 s/k jintan manis  - Mas x ltk

Cara:
1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak




 Sambal Belacan
Resepi : Kak Hana

Bahan : 
*¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing2
*1 batang cili merah - hiris
*2 biji bawang merah kecil - hiris
*1 ulas bawang putih - hiris
*1 inci belacan
*sejemput ikan bilis kopek
limau kasturi
secubit garam
secubit perasa@gula
sedikit minyak

Cara :
Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.




9 comments:

  1. akak pernah mkn.. mmg sedap.. kenyal2 gitu... tp tak pernah digulai lagi.. selalu dibuat rojak style Tganu je yg dipanggil Rojak Kateh... biasalah rojak kateh tu dibuat dari seluruh kulit kaki termasuk tapak kaki lembu yang siap dibakar & dibersihkan bulunya tu.. aduhaii.. kecur air liur akak cerita pasal makanan feberet akak nih.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak...ayah mas selalu buat sup atau kari tapak kaki lembu ni..tu yg terasa nk try masak ngan nangka lak...seriuss sedappp..

      Delete
  2. hah?? tapak kaki lembuuu???? ingatkan kak mas tersalah taip, betul2 tapak kaki lembu rupa2nya.. haha.. tergezut jap tun. xpenah nengok org masak tapak kaki lembu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikiki...terkejut ko tun...
      betul la tu..tapak kaki lembu ..serius sedap...

      Delete
  3. Tpk kaki lembu tu memang peberet saya mas.. kalau buat air asam perghhh

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...