Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, October 3, 2013

Apam Tepung Gandum - sedap dan mudah disediakan




Assalamualaikum.
Dah banyak kali Mas try Apam Tepung Gandum ni....mudah disediakan dan sedapppp...
TQ pada Kak Fida@MyResepi.com. Sentiasa berkongsi resepi2 yang hebat2.
Mas sharekan lagi yerk resepi Apam Tepung Gandum ni. Kali ni Mas alaskan loyang dengan daun pisang...harum semerbak baunya masa mengukus....  ^_^


Apam Tepung Gandum

Bahan :

4 1/4 cawan tepung gandum - diayak (akak guna 1/2 kilo)

3/4 cawan gula hitam ( Mas ikut Kak Fida guna gula perang dan gula pasir - dicampur)

2 1/2 cawan air - Mas letak lebih sikit sbb adunan nmpk agak pekat 

1 peket yis Mauripan

secubit garam - opt - Mas letak

sedikit pewarna bright red - Mas tambah

kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk makan bersama apam





Cara membuatnya :
Loyang disapu minyak sekeliling.
Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.
Tepung gandum dan gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis tadi sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk @ senduk hingga adunan sebati, licin dan tak berbintil2. 
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda, selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam. Jadi jangan tuang adunan kedalam loyang penuh yerk...biarkan berbaki 1/2 loyang supaya adunan tak melimpah nanti.
 Panaskan kukusan dan terus kukus adunan apam tadi selama 30 - 40 min.
Biar apam benar2 sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa parut.


9 comments:

  1. Salam kak mas ku cayang.... sedap tu.. dh lama tun xmakan apam gandum nih.. maklum la, byk benor resepi tgh beratur nk buat, masa je yg xcukup nk buat semua.

    ReplyDelete
  2. Salam Mas..lama dah kak ina tak buat apam gandum ni..dulu buat jual tiap2 hari...cumanya kak ina tambah santan sikit dalam adunan tu :)

    ReplyDelete
  3. boleh bagi tips masa nak mengukus. beberapa saya buat tapi tak menjadi sbb air masuk pd adunan

    ReplyDelete
  4. Tutp kukus tu dgn kain baru air tak masuk dlm adunan.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, lepas apam saya dah masak, apam tuh berat dan padat mcm kek. Seingat saya apam, ringan je. Mcm mana nak baiki yer?

    ReplyDelete
  6. Nak tanya, lepas apam saya dah masak, apam tuh berat dan padat mcm kek. Seingat saya apam, ringan je. Mcm mana nak baiki yer?

    ReplyDelete
  7. kenapa apam saya x naik? ianya x tebal.ianya nipis.ade apa2 yg salah ke ?

    ReplyDelete
  8. Sy prnh bt ni,
    Naik cntik gebu
    Tp.. rasa loya tkak nk mkn..
    Sbb pkai sirp je,
    X pkai pwrna,knapa erk..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...