Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, August 26, 2013

Kek Pandan Lapis Kastad




Assalamualaikum.
Kek Pandan Lapis Kastad yang mabelessss...meh layan resepinya...


Kek Pandan Lapis Kastad
Olahan : Mas Duniaku

Bahan²

6 biji telur ayam 
100 gram gula halus - ayak
100 gram tepung gandum - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
60 gram tepung jagung - ayak
50 gram jus pandan sejuk ( dari peti ais )
2 sudu makan ovelet
1 sudu kecil esen vanilla 
75 gram mentega - dicairkan 

Cara²
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan kaedah waterbath dengan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan suhu 150°C.
Bila sudah masak biarkan sejuk. 
Bila dah sejuk, potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian menggunakan benang .
Sementara tunggu kek sejuk sepenuhnya, bleh la sediakan lapisan kastadnya.




Puding Kastad


Bahan2
6 tbsp tepung kastad
1 1/2 tsp serbuk agar-agar
750ml santan @ susu cair - akak gabungkn kedua-duanya
150gm gula pasir - bleh kurangkn sedikit lg sbb bg akak manis la
2 tbsp mentega
1 tsp pandan paste 
sedikit pewarna hijau 


Cara :
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan Puding Kastard dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga adunan pekat dan meletup2 kecil..
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..



5 comments:

  1. Assalam Mas, selamat hari raya, maaf zahir batin....rajinnya dia...akak x terbuat2 lagi kek kastad ni...sedap eks! Kena try la nnt....xpun Mas pos ke Kuantan seloyang...haha

    ReplyDelete
  2. sedap kek ni...
    ni salah satu kek yg plan nak buat tp belum terlaksa...aduhai..

    ReplyDelete
  3. Assalam mas, gajin sungguh! akak ada plan tapiii spai skg x buat2 lagi huhu... zila66 :)

    ReplyDelete
  4. Confirm sedap nih! tq tq sebab share resepi kek pandan lapis ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...