Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, July 15, 2013

Kek Kastard Pandan




Assalamualaikum.
Antara resepi yang dah lama dalam list, baru terasa nak buat...he3
Alhamdulillah, kek ni tak mengecewakan untuk first time Mas buat......sedappp dan sesuai untuk juadah raya ni....
Meh layan resepinya....


Kek span pandan

Bahan : ( 1 biji kek )
1 biji kek span pandan  


Bahan :
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

Cara:
Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.
Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.



Kek Kastard Pandan

Bahan (A)
180 gm gula kastor ~ k.nor letak 155gm
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

Untuk hiasan 
1 cawan kelapa kering

Cara :
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..




7 comments:

  1. cantik lapisan dlm kek tu mas :)

    ReplyDelete
  2. melawat blog..teringin nk buat kek nie tapi tak pandai...

    ReplyDelete
  3. sama la mas, akak pon dh lama simpan resepi ni tp smpai sekarang tak try2 lagi, hehehe...

    ReplyDelete
  4. Salam 6 Ramadhan kak Mas,
    Teringat-ingat kek hantaran my bro in law 7 tahun lalu. Kek inilah, tapi tak boleh nak try. hehe.
    Mesti sedap kan, kak Mas. :)

    Moga segalanya dipermudahkan Allah. Saya mohon maaf atas salah dan silap sepanjang kita kenal ya kak Mas. :)

    ReplyDelete
  5. Wow! k.gee pon suka kek ni... aroma pandannya yg wangi dan kastad yg sedap, kan mas...

    ReplyDelete
  6. Assalam mas,
    selamat berpuasa buat mas & family..
    kek pandan, nampak lembut dan sedap..akak fobia
    dulu pernah buat kek kastard pandan it turned macam bantat..
    hahha..terus masuk tong..part kastardnya macam keras mungkin telur yang akak
    guna tak fresh sangat..recipe dari bukulah tu..heheh

    ReplyDelete
  7. Salam. kak.nampak sedap kek tu..mohon copy kak:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...