Search This Blog

Friday, April 12, 2013

Mini Pavlova




Assalamualaikum.
Antara dessert yang menjadi kegemaran ramai...
Juga antara order yang sering mendapat permintaan ramai..
Lebih senang dimakan bila dibuat dalam saiz comei gini...
Anak2 pun sering ngendeng bila Mas terima order untuk mini pavlova ni..
Alhamdulillah...salah satu tarikan untuk anak2 makan buah sebab dah tersusun atas pavlova tu...tak mo kutip2 yerk..terus makan semua...baru sedappp...menjadi juga untuk Ain sebab anak dara sorang tu agak susah sikit makan buah...bila makan pavlova...boleh pulak dia makan semua buah2 tu....hmm..macam2 anak2 ni..he3
Untuk resepi, Mas copy dari Izahdaut dan resepi asal dari kakwan.
TQVM yerkkk


Mini Pavlova
Resepi : kakwan

Bahan :
200 gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil tepung jagung
esen vanila - Mas tambah
200 gm whipping cream

Buah2an segar :
strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc





Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Mas guna suhu 150 c api atas bawah.
Alaskan loyang dengan baking paper dan Mas tabur tepung jagung atas baking paper supaya senang nak kluarkan pavlova tu nanti.
2. Pukul putih telur dalam mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.
Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar lagi hingga kental, kembang dan bertanduk. Kemudian Mas tambah esen vanila dan pukul sebati.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.
*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama 1 jam. Mas bakar 1 jam 20 minit dan setelah itu, biarkan dulu meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk, pintu oven biarkan tertutup. Permukaan meringue akan kelihatan retak dan kekuningan.
Setelah pavlova sejuk, keluarkan pavlova dari baking paper dan masukkan dalam bekas.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.
Terus simpan dalam fridge untuk elakkan pavlova menjadi cair.
Pavlova yang sudah siap dibakar boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam fridge...kemudian baru boleh letakkan cream dan buah2an.





14 comments:

  1. wah pavlova lagi ni hari ni Mas sedap dapat satu makan buah fresh ni

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alhamdulillah...
      memang tak jemu dimakan..he3

      Delete
  3. bilalah akak nk try buat pavlova ni...
    ada juga customer tanya.. tp tak berani nak ambil order sbb belum pernah cuba..
    1 adunan ni dpt berapa mini pavlova mas? mas kira mcmana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak madihaa...
      mas start buat pun sbb regular cust minta..
      jadi mas try dulu, belajar tips2 utk buat pavlova dan bila menjadi..
      baru mas berani ambil order...
      alhamdulillah..
      semua cust suka...
      try la kak..
      seronok tau bila dah start buat..
      nak tahu harga..
      pm mas yerkk..kikikiki

      Delete
  4. Assalam kak,pavlova nampk sdap ngan buah yg kale male trsusun gitu..Pernah wat sekali mmg mnjadi,tapi xmndapat sambutan,sbb mnis,huhu..Owh ain xmkn buah2 ya,ank2 sy suka buah2,tapi sayur lak xmo mkn,huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ct..
      ct letak 1 cawan ke....akak letak 3/4 cawan jerk..jadi sedang2 jerk manisnya..he3
      hmm..ain susah sikit bab buah n sayur ni..sabo jerk

      Delete
  5. saya skip letak esen vanila tu sbb ade customer ckp meringue jdi terlalu manis.
    so..just buh tepung jagung and cuka masakan je on last step
    huhuh,lain org lain selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. esen vanila ni tuk hilangkan hanyir telur...
      rasanya tak de kaitan ngan manis pavlova tu..he3
      ini pendapat mas tau..
      mas letak 3/4 cawan gula sbb klu ikut resepi 1 cawan ...memang rasa pavlova sangat manisss

      Delete
    2. yelah kot
      sbb tak pakai cuka
      klu tgk nigela guna both sbb nak hilangkan hanyir n bau wangi
      apepun..
      mmg menda alah ni sedap betul makna time sejuk2 dgn buah masam2.
      sedar xsedar abis dah 3 bijik
      *lapo plak tgk gambo ni byk2 kali

      Delete
  6. Slm sis.... how to order? Price per pieces brp ye....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.