Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, April 24, 2013

Mee Rebus Cik Ani & order2 yg lalu




Assalamualaikum.
Kalau anda peminat mee rebus...meh Mas rekemenkan Mee Rebus Cik Ani pulak....boleh kasi markah penuh untuk Mee Rebus Cik Ani ni....memang lazat....tengok jerk resepinya dari sape, Chef Wan okeyyy.. resepi dari bonda Chef Wan....Mas dapat resepi Mee Rebus Cik Ani dari blog Kak Yati - Sinar Kehidupanku dan Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan
TQ yerk pada semua...dah banyak kali dah Mas buat Mee Rebus Cik Ani  ......
like sangat....


Mee Rebus Cik Ani
Resepi : Chef Wan

Bahan :
1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas -  dititik
1/3 cawan kacang tanah -  goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa 
kiub daging - Mas tambah


Cara memasak :
Untuk Kuah Mee Rebus : 
Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). 
Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. 
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. 
Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

Penyediaan Mee Rebus :
Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. 
Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. 
Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. 
Hidangkan segera...



Meh layan order2 yg lalu..TQVM pd semua...



Kek Puding Karamel With Deko




Kek Puding Karamel With Deko



Red Velved Cake




Mini Pavlova



Cream Puff




Red Velved Cupcake



Untuk yang berminat, boleh cont Mas 0134242505



8 comments:

  1. assalamualaikum..
    banyak lah entry citer mee rebus hari ni.. masuk ni dah 3 org tunjuk mee rebus yg marbeles2 belaka.. huhhhh sangat jeles lahh sbb masih kena pantang mee ni..

    ReplyDelete
  2. Salam heee tulah npk gaya nya hari ni n3 mee rebus ye....ada bebagai resepi pilihan mee rebus...nnt boleh lah cuba yg mas buat ni pula...

    ReplyDelete
  3. Pehhh...kecur tgok mee rebus ni,x prnh lg buat mee rebus sendiri..main ordr je..tempah mee rebus boleh..heee

    ReplyDelete
  4. Peberet laki akk ni.. kalo mkn kt luar dlm menu ada mee rebus..mmg itulh yg dia oder hihi.. serius nmpk sedap la mee rebus tu..

    ReplyDelete
  5. sedapnyer mas,akak baru buat ari tu, tp masih tak puas makan lagi

    ReplyDelete
  6. Walaaa... Along memang tak tahan godaan bila tengok mee rebus sebab mmg fevret sesangat!

    ReplyDelete
  7. bundo suka mee rebus. yang ni nampak pun dah sedap..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...