Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, April 7, 2013

Daging Masak Merah ala gerai




Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua...
Dah lama Mas share resipi Daging Masak Merah ala gerai ni kat FB..lupa lak nak update kat blog...bila tengok Kak Nor tayang, baru teringat...huhuhuhu...
TQ kak sudi mencuba...baru hari ni berkesempatan mengentry kat blog...
dan untuk yang teringin mencuba...sudi2 la yerk menerainya...
Antara menu kegemaran Mas kalau makan kat luar dan Mas memang suka masak tiap kali buat nasi goreng...terasa macam makan kat geraii lak...simple dan sedappp
Kalau ada yang dah mencuba, bagitahu Mas yerk, mungkin Mas terlepas pandang..


Daging Masak Merah ala gerai 
Resepi : MasDuniaku
TQ pd Kak Nor - Secubit Garam yang telah mencuba....


Bahan2: 
daging lembut - hiris nipis2
(kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ye)

Bahan Hiris:
bawang besar - belah 4
bawang putih - cincang @ ketuk
halia - hiris
cili api / cili merah

Bahan Sos:
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit kiub ikan bilis
sedikit air

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris dan kacau sampai naik bau dan kemudian masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan pula semua bahan2 sos, kacau sebati..
Kemudian tambah sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nmpk pekat.. boleh diangkat.





7 comments:

  1. nampak sedap, boleh cuba ni..tq Mas berkongsi resepi..

    ReplyDelete
  2. Kuah meleleh tu yg plg x tahan....mmg mantopppp tol kalo digndingkan dgn nasi goreng......

    ReplyDelete
  3. Salam Mas... leleh gak tengok masakan ni... lamanya x jalan2 kat sini

    ReplyDelete
  4. bahan2 mudah jer kan, tp kalo ke kedai tomyam ini jugaklah yang menjadi pilihan,

    ReplyDelete
  5. laa baru entri rupanya.. yg menerai post dulu pulak ni hehe

    ReplyDelete
  6. Assalam Mas...kebetulan hari ni masak daging cili padi. Apa2 masakan daging mmg kesukaan anak kakpb.

    ReplyDelete
  7. Wah Mas, boleh khusyuk time jamah ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...