Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, January 21, 2013

Snow Cheese Tart




Assalamualaikum.
Terpikat tengok Snow Cheese Tart kat fb hari tu, jadi Mas pun try buat, kebetulan bahan2 memang dah ada, tinggal buat jerk..
Sebenarnya Mas terlupa kat wall fb sapa yang tayang Snow Cheese Tart ni...jadi bila google...jumpa la resepinya...dari May Agumo rupanya....TQ yerk  atas perkongsian resepinya....Mas kongsikan kat sini pulak....
Berbalik pada rasanya....bagi Mas, Snow Cheese Tart ni lebih sedap diletakkan filling sebab  terasa macam kurang jerk bila tak letakk filling dalamnya...he3...next time Mas letakk filling pulak...tapi rasanya....hmmmm..memang sedappp sebab ada cheese atasnya....mabelesss...


Snow Cheese Tart


Tart Shell :

(saya buat 1/2 adunan)

Bahan A:
200 gm mentega
100 gm gula aising - saya kurangkan sikit
1/4 teaspoon esen vanila 

Bahan B:

1 biji telur

Bahan C:
420 gm tepung - saya guna tepung superfine
1 tablespoon susu tepung 



Cara :
 Pukul A hingga lembut.. kemudian masukkan B.
Teruskan pukul hingga gebu dan berkrim - saya guna senduk jerk.
Masukkan C dan gaul rata - teruskan gaul hingga mendapat doh yg lembut dan licin.
 Ambil sedikit doh, tekankan ke dalam acuan tart - cucuk dasar tart shell dgn garfu.
Bakar dalam oven dengan suhu 170c selama 12 - 15 minit @ sehingga keperang2an.
Keluarkan dari acuan , sejukkan dahulu sebelum diletakkan filling.



update :
Mas suka guna resepi ni utk shell cheese tart .

Cheese Tart
Resepi : Azita Kitchen - Kak Ita
Sumber : MasDuniaku dan Masam Manis - Kak Ita


Tart Crust / Shell .
Bahan :
170 gm marjerin
50 gm gula aising
1 biji telur Gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.





Mas telah update resepi dgn meletakkan filling dalan cheese tart tu...

Cream Cheese Filling 

Bahan :
250 g cream cheese
60 g gula aising
sedikit esen vanila
1 biji telur

Bahan hiasan :
cheddar cheese (block) secukupnya


Cara :
1. Pukul sebati hingga gebu bahan2 tadi.
2. Masukkan dan piping bag .
4. Masukkan filling ke dalam kulit tat ( Blueberry, strawberry, kiwi, oren ).
5 .Paipkan cream cheese ke atasnya. 
6. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
7. Setelah cheese tart suam, taburkan parut cheddar cheese sehingga menutupi permukaan tart.. sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan..




17 comments:

  1. Salam Mas....memang dah terpikat dg snow cheese tat itew....boleh pos ke sabah ka?...heehehe

    ReplyDelete
  2. wah mas.. letak filling mmg bertambah malatop lah.. hehe.. may pun hari tu kekurangan cheese.. ingatkan nak letak filling cream cheese ala2 krim tiramisu tu.. xpa,byk masa utk buat semula kan.. cuma rajin atau x je.. hehe.. apapun,tq mas sudi mencuba..

    ReplyDelete
  3. Salam mas..menarik ni...nnti nk buat jgk lah...cheese lagi...alahai...buat2 x heran je lh tang cis tu ...tekak punya pasal...heee

    ReplyDelete
  4. Hanya mampu tahan air liur ja lah jawabnya. Huhuuuuu

    ReplyDelete
  5. sabor sesangat tengok cheese tart snow ni.. huhhh kejammmm !!

    ReplyDelete
  6. cantik je mas parut cheddar cheese tu.. akak baru ni wat snow cheesecake.. nak parut juga.. tp tak elok jadinya.. last2 di ramas2 jer sampai agak halus.. jd bila tabur ke cake mmg rupa snow ler jadinya.. hehehe...

    adoii.. nampak sedap betol snow cheese tart tu.. lama bebenor akak tak main2 ngan pastri tart ni.. dah bertahun juga acuanya menganggur.. hehe..

    ReplyDelete
  7. perrhhhh...bestnya nampak cheese yg mencair itu. yg ni lg mudah la yer mas, adunan cheese tu tak payah bakar mcm cheese tart biasa, kan?

    ReplyDelete
  8. alahaiiiii comelnya cheese tart Mas ni, geram akak tngk...tart mewah ni...terliur di buatnya..

    ReplyDelete
  9. akak pun terpikat jugak dgn snow cheese tart ni senang nak makan best nyeeee

    ReplyDelete
  10. seronok tengok kepelbagaian yang dibuat dalam baking ni..

    ReplyDelete
  11. alahai tak rajin nak tart ni..malas nak buat kulit dia

    ReplyDelete
  12. Slm mas..
    Btl la kan snang nk mkn bila buat camne ..nampak sedap mas..aisshh kecurr..:D

    ReplyDelete
  13. Salam Mas....

    Wahhhh best ni best best best... cam nak terai... MACAM la kan.. harap-harap kemarau malas ma telah berakhir... Terima kasih Mas, share resepi ni ye...

    ReplyDelete
  14. Aslmkum Mas
    ada Snow Cheese Tart....pasti sedap ni...meh tukar dg Snow Walnut Carrot Cheese Cake....

    ReplyDelete
  15. terliur lar..ade buat COD kat ampang x?

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-penyusuan-shaklee-paling-bajet-gila.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...