Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, December 29, 2012

Durian Crepe & Filling Cream Kastard - Resepi II




Assalamualaikum.
Fenomena Durian Crepe yang tak kebah2 lagi..masih larisss dipasaran..
Untuk jualan, Mas guna resepi lebih kurang gini...filling cream kastard yang sangat sedappp...atas permintaan kawan2 yang nak mencuba sendiri..lebih kurang gini resepinya yerk....Mas kongsikan disini..


Durian Crepe & Filling Cream Kastard

Bahan ( 70 biji )
Bahan2 Crepe :

Bahan A :
 ayak 15gm tpg hongkong
 25 gm tpg jagung
 13gm tpg ubi kentang
 13gm tepung ubi kayu
 8 gm tepung kastard 
20 gm gula aicing 
1/8 teh garam

 Bahan B :
15gm butter cair @ minyak biasa @jagung 
250gm air 
1 sudu essen vanilla 
6 biji telor gred A
 pewarna kuning 
 kesemua bahan ini disebatikan

Caranya : 
Utk buat kulit masukkan kesemua bahan2 tepung dlm bowl..buat lubang di tengah..masukkan bahan cecair sikit demi sikit..kacau sampai sebati dan tapis baru masukkan pewarna
tuang sesenduk dlm nonstick pan..lenggang kasi nipis......tak perlu terbalikkan....bila dh siap..letakkan dlm pinggan, bertindih2 tak pe..




Cream Kastard :
Bahan A :

200ml fresh milk 
100 ml fresh cream 
 ( Double boil bahan ini hingga suam )

Bahan B :
25gm tpg kastard
 50 gm gula castor
 2 biji kuning telur
25ml fresh milk 
( sebatikan )

Sebatikan Bahan B dan tuang ke dalam bahan A, kacau sehingga adunan ini pekat..lepas tuh sejukkan semalaman

Bahan C :
200gm fresh cream  - dipukul hingga bertanduk.

 Sebatikan dengan custard yang dah sejuk baru dan simpan lagi dlm peti ais.


Caranya :
Ambil sekeping crepe, letakkan cream kastard ditengah2, letakkan isi durian, tutup isi durian dengan cream kastard dan balut kemas. Simpan dalam freeze baru sedap dimakan.





Durian Crepe yang siap tuk didelivery......
Berminatttttt tuk order....
cont Mas no 013 4242505



Order2 sampingan :



Kek Puding Karemel dari Hasanah KPJ



Rainbow Cake dari Jia Klang



Pavlova dari Sal PKNS




Durian Crepe yang sentiasa mendapat permintaan. 
TQ pada semua yang telah order....   ^_^


Untuk yang berminat,
cont Mas no 013 4242505




Sunday, December 23, 2012

Fruits Tart & order dibuka bermula 24/12/12 - Isnin




Assalamualaikum.
Salah satu dessert yang sangat best....sedapppp sangat bila krim kastard digabungkan dengan buah2an segar.....dimakan sejuk2...hmmm..memang syokkk...
Juga salah satu order yang sentiasa mendapat sambutan...
Untuk resepinya, Mas ambil dari blog akak yang glemerr dari Johor tu  Kak Azlita. TQ yerk kak dan CMG.
Mas kongsikan pulak disini...
Untuk yang berminat nak order dgn Mas...boleh cont Mas.


Fruits Tart
By : Kak Azlita dan CMG.

Bahan Tart :
150 gram tepung halus atau tepung gandum 
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard :
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje 

Hiasan :
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan 
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah 
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing





Penyediaan Tart :
Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard  :
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan :
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.





Thursday, December 20, 2012

Order dibuka semula pada Isnin 24/12/12




Assalamualaikum.
Buat masa sekarang, Mas masih bercuti....jadi order dibuka semula pada Isnin 24/12/12. 
Selain Durian Crepe, Mas juga ada membuat perisa Blueberry, Mangga, Jagung, Milo, Coklat dan Oreo. 
Untuk yang berminat, boleh start membuat tempahan dr sekarang, tiada minimum order, tapi Mas ada pakej yg special dengan saiz yg menarik, jadi jika berminat...cont no 0134242505.
Pick up point, Giant Stadium Shah Alam pd pukul 8 mlm.




Order2 sepanjang minggu lalu , TQ



Red Velvet Cake With Cream Cheese Frosting




Fruits Tart




Cheese, Blueberry dan Nutella Tart





Yang sentiasa mendapat sambutan hangat......Durian Crepe....








Friday, December 14, 2012

Pavlova n order2 yg lepas....




Assalamualaikum.
Entry yang lama tertunggak....tak sempat2 nak update kat blog...order tuk povlova dah banyak yang Mas buat...he3...meh ler layan Pavlova yang agak pemess ni...walau tak sehangat durian crepe....tetap ada permintaan...cuma pada Mas pavlova ni agak sensitif sikit....kadang2 kantoi juga membuatnya...sabo jerk...meh tengok resepinya untuk yang berminat...kalau nak order ngan Mas, dialu2 kan juga...

Meh kita baca sejarah Pavlova dulu...

Apa dia Pavlova ni?



Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.



Pavlova

Bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( Mas pun guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping @ hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Mas bakar suhu 150c. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.





Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.



Antara order2 yg lepas, TQ pada semua...



Pavlova





Apam Angry Birds




Durian Crepe yang sentiasa mendapat sambutan hangat.....



NOTA :

Order dibuka hingga 16/12/12 Ahad, delivery pukul 1 tengahari.
 Untuk hari ni Jumaat 14/12/12 dan esok Sabtu 15/12/12, delivery dibuat malam pada pukul 8.30 mlm pada hari Jumaat dan 8.00 mlm pada hari Sabtu......pick up point, Giant Stadium Shah Alam.


ORDER DITUTUP PADA 17/12/12  ISNIN HINGGA 26/12/12 RABU.
ORDER DIBUKA SEMULA PADA 27/12/12 KHAMIS, DELIVERY MALAM PADA PUKUL 8.30 DI GIANT STADIUM SHAH ALAM, JADI BOLEH BUAT TEMPAHAN AWAL YERK....

BERMINAT, BOLEH CONT 0134242505  ^_^




Wednesday, December 5, 2012

Open Order utk Durian Crepe....


Assalamualaikum.
Open order untuk Durian Crepe pada Khamis 06/12/12, Jumaat 07/12/12 dan Sabtu 08/12/12. 
Pick up point, Giant Stadium Shah Alam pada pukul 8 malam. 
Berminat, cont @ mesej  Mas  0134242505.






TQ pada yang telah order...


Moist Choc Cake with Choc Ganache Topping dan Kek Kukus Cream Cheese




Apam Polkadot




Cheese Tart




Tuesday, December 4, 2012

Udang Tumis Tempoyak




Assalamualaikum.
Resepi yang simple dan sangat menyelerakan...makan dengan nasi panas2 memang sangat best...tak payah lauk lain dah....ni gara2 tengok HaSue tayang kat fb...jadi terliur lak...kebetulan memang MIL kasi tempoyak baru....hmmmm...memang terus cari udang.....dan buat....hmmm...memang sangat mabeless...


Udang Tumis Tempoyak 
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
 isi udang tanpa kulit secukupnya
cili padi merah + hijau , ikut pedas yerk -  ditumbuk
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - 
ditumbuk
2 @ 3 sudu besar tempoyak
Garam dan sedikit gula
sedikit minyak
sedikit air panas jika nak berkuah sikit

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau, masukkan bahan2 tumbuk dan tumis hingga garing, masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan tempoyak dan kacau sehingga masak. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sebati. Jika nak berkuah, tambah sedikit air panas dan biarkan seketika dan boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.




Sunday, December 2, 2012

Cempedak Goreng Rangup




Assalamualaikum.
Bekpes Ain n my laling tuk pagi nie...terbaik dari ladang...buah tangan dari kampung...Mas cium bau jerk la sebab tak berani makan lagi...anginnn tu...cian Adam nanti....sabo jerk la nengok Goreng Cempedak pagi2 gini...pujuk hati bekpes ngan kuetiaw goreng...huhuhuhu..untuk adunan tepung, Mas setia pada resepi HaSue, sebab suka sangat dengan bau tepung ni yang wangi masa menggoreng dan sememangnya goreng cempedak ni crispy...terbaikk laa.. TQ yerk Sue resepinya.....  ^_^


Cempedak Goreng Rangup
Resepi : HaSue

Bahan :
cempedak secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula ( gula bukan nak bagi perasa tapi nak bagi kuih sedikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning




Cara :
Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air ( guna whisk lagi senang ) warnakan kuning dan ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
Masukkan isi cempedak ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga cempedak masak dan garing.
Angkat dan toskan....sedia dimakan....




Meh layan order2 yang lepas :





Order dibuka untuk yg berminat, boleh email mashitah80@gmail.com  atau boleh tel @ mesej Mas 013 4242505, juga boleh pm mas difb.  
 ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...