Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, October 22, 2012

Apam Polkadot - gebu dan lembut






Assalamualaikum.
Dah banyak hari buat apam polkadot nie....alang2 dah ada order, buat sekali untuk di makan...pernah post apam nie versi strawberi , DISINI. Suka sangat dengan kejadian apam nie yang lembut gebu walaupun  dah sejuk...kalau disimpan elok dalam bekas bertutup, insyaAllah, apam nie boleh bertahan 2 ke 3 hari...selain dihidangkan untuk jamuan, apam ni sesuai juga dibuat hantaran....jadi..selamat mencuba yerk...boleh juga order dengan Mas jika berminat...  ^_^

Apam Polkadot
Sumber : FB Izahdaut

TIPS APAM POLKADOT GEBU DAN INTI TAK BOCOR


SUMBER: dari web Apam polkadot

Gunakan apa2 resepi apam polkadot yang disukai. 
Boleh juga lihat resepinya DISINI.


Langkah2 nya:


Pukul telur putih sehingga kembang elok.


Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.


Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.


Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.


Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.


Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik piping kemudian picit.*picitkan dalam bentuk pusar


Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.


Kukus 10 - 15 minit sehingga masak.









Nota: 

Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 

Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan kita yang lain, semoga ianya bermanfaat.





Tempahan dari Lin...TQ yerk...

Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....



Sunday, October 21, 2012

Bun Kentang




Assalamualaikum.
Roti yang dibuat petang semalam, masih lembut elok hingga pagi nie, dengan syarat simpan roti dalam bekas bertutup. Selalunya kalau nak buat bun kentang, Mas memang suka resepi Ros nie....memang best....lembutt jerk bun kentang nie....TQ yerk Ros  ^_^

Bun Kentang
Resepi : Ros jintan manis

Bahan :
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

Bahan untuk kastard :
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

Caranya:
 ( sos kastard)

Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.




Caranya. 
1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, , gliss permukaan dengan baki telur dan kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba.


Nota :
 ramai yang bagi feedback kata doh ni lembik, cuba kurangkan kuantiti cecair tu ye, maksud ros, jgn masuk 120ml susu terus, masuk sikit-sikit, lagi satu, telur tu letak setengah biji dulu, then tengok kelembutan doh, kalau dah rasa ok, teruskan menguli, tp honestly ros kalau buat bun kentang ni mmg ikut resepi ni betul-betul, mungkin tektur tepung roti ataupun kelembapan pada kentang yang dilenyak mempengaruhi lembiknye doh. :), jangan terus putus asa ya. Selamat Mencuba lagi. : )



Tuesday, October 16, 2012

Kek Coklat Nuanza - Basic Resepi




Assalamualaikum.
Atas permintaan anak2 nak kek coklat, jadi Mas try resepi Nuanza pulak, lagi resepi kek coklat yang simple dibuat dan sangat sedappp....keknya moist jerk tau.....gebuuu...tak muak dimakan....untuk kali ni Mas kukus jerk kek nie, boleh juga dibakar jika suka...terpulang yerk...
TQ banyak2 Nuanza atas perkongsian resepi kek coklat yang sangat best nie...salah sorang tauke kek juga tu.... :)
Untuk dekonya, Mas dapat ilham kat FB More-ish-Cupcake yang asalnya dari In Katrina's Kitchen.... TQ
Suka sangat Ain ngan Daniel tengok kek nie...


Kek Coklat Nuanza - Basic Resepi 

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh membumbung baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh 
membumbung 
baking soda 
(sudu kfc)

( satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan )


Bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A ( kalo gred B / C, guna 3 biji ) - pukul sedikit mcm nk buat telur dadar)

( satukan semua bahan B )




Cara:
Masukkan bahan B ke dalam bahan A..
Gaul sebati sampai hilang ketul2..
Boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti

Masukkan ke dalam loyang saiz 7 @ 8 inci
( loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis )
atau gunakan kertas minyak

Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak
Adunan boleh juga dikukus 



Monday, October 15, 2012

Karipap Ros Sedap.....best sangat pastrynya - rangup




Assalamualaikum.
Serius suka sangat dengan karipap ni.....rasa macam inilah karipap yang terbaik yang Mas pernah makan...he3....memang susah nak stop bila dah start makan karipap nie....Mas suka sangat dengan pastrynya yang rangup nie....macam berlapis2 sikit kejadian pastry nie...tu yang best sangat...walaupun dah sejuk....kulit karipap ni tetap rangup...Mas simpan dalam bekas bertutup jerk ....mungkin itu salah satu faktornya...doh pastry ni pun Mas simpan semalaman dalam freeze, doh tu dimasukkan dalam tapeware bertutup rapat, sebab tak sempat nak buat petangnya...Alhamdulillah......hasilnya sangat best...TQ pada Ros Jintanmanis dan Izahdaut yang rekemenkan resepi pastry karipap Ros ni kat Mas masa sembang2 kat FB...memang kebetulan bercadang nak buat karipap frozen...


Karipap Ros Sedap
Sumber : Izahdaut

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek
Mas dan Izah guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* Mas dan Izah guna 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari * Mas ikut Izah taruk 3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
* Mas ikut Izah tambah isi ayam semangkuk
garam
2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar - Mas tambah

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Mas rajin sangat dan masukkan jerk dalam breadmaker untuk menguli, stepnya tetap Mas ikut..he3 dan doh tu Mas perap semalaman dalam petiais....




Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba. 




Untuk Frozen Karipap Tanpa Digoreng
By : Izahdaut

Lepas je dikelim kemas karipap tu, susun satu2 karipap atas bekas tak melekat. * di alas plastik pun boleh. Atau bekas apa2 la kan. Pastu masukkan ke tempat sejuk beku. Bior dlm sejam ke sejam lebih baru disusun tanpa lapik mcm dalam gambor di atas ke dalam taapuware. Bila karipp tu dah keras ianya mmg tak melekat dah. Bila nak goreng defros dulu dlm 1/2 jam dengan susun satu2 karipap dlm bekas. Sebab kalau defros gitu je takut bila karipap lembut ianya akan melekat antara satu sama lain lak. Sekian :-)


Saturday, October 13, 2012

Rainbow Cake @ Kek Pelangi




Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua....cuaca hari ni pun hujan jerk kan....sejukkk...nak kluar jejalan pun rasa malas....meh layan dulu Rainbow Cake nie....rainbow 4 warna ???...he3...testing buat sikit dulu...jadi bedal jerk mana yang ada...godek2 dapur...ada 4 warna jerk yang ada, jadi Mas buat jerk la...kek yang sangat sedapppp...apa lagi ditopping dengan Cream Cheese Frosting....perhhhhh....memang terbaik....makan sejuk2 lepas kluar dari freeze....lagi best....tekstur kek ni yang lembab2 gebu memang mengasyikkan bila dimakan...suka sangat...


Rainbow Cake @ Kek Pelangi
Resepi : Whisk Kid
Rujukan 1  : Zuraini Alias FB
Rujukan 2 : Kak Azlita dan Juwita

Bahan :

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ Mas dan Ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau



Cara :
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.



*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar



  • Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata

  • Masukkan dalam loyang

  • Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

  • Bila dah masak letak atas redaiTunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan

  • Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan



  • *Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.





    Resepi Krim Cheese :
    Bahan :
    500 grm whipping cream - brand VIVO
    250 grm cream Cheese - brand Phillidephea
    60 grm gula icing
    110 grm butter
    2 titik lemon paste

    Cara :
    Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
    Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
    Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
    Boleh digunakan untuk menghias kek anda

    Untuk melapis.
  • Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.

  • Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.

  • Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. * Mas tak buat..

  • Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. 

  • Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.

  • Hias mengikut kreativiti masing-masing.






  • Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....



    Wednesday, October 10, 2012

    Kuih Lompat Tikam - sedappppp




    Assalamualaikum.
    First time tau Mas buat Kuih Lompat Tikam ni. Selalunya Mas beli jerk. Berbaloi buat sendiri sebab dapat banyak untuk 1 adunan....puas juga makan...he3
    Simpan dalam freeze lagi best.....sejukkk nyaman jerk bila makan....
    Macam biasa, resepinya dari Kak Fida Myresepi. TQ kak....


    Kuih Lompat Tikam 
    Resepi :  Kak Fida Myresepi

    Bahan :
    10 -12 mangkuk kecil 

    Lapisan bawah :
    62 g tepung beras @ 8 sudu besar 
    660 ml air @ 2 1/2 cwn + 2 sudu besar 
    62 ml air pandan @ 3 sudu besar  + 1/2 sudu kecil pewarna hijau
    1/2 sudu kecil garam
    1 sudu kecil air kapur - Mas x letak

    Lapisan atas :
    25 g tepung beras @ 3 sudu besar 
    600 g santan pekat @ 2 cawan + 5 sudu besar 
    1/2 sudu kecil garam

    Air gula :
    250 g gula melaka @1 cawan - yang telah dihiris halus
    500 ml air @ 2 cawan 
    1 helai daun pandan - di simpul

    Cara :
    Gula melaka, daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.
    Tapis dan sejukkan.




    Cara :
    Campurkan bahan2 lapisan bawah di dalam periuk, Kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat, sampai nampak adunan meletup letup besar. Matikan api.
    Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil yang bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk. Ketepikan.
    Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
     Tuang secukup air gula ke atas kuih dan boleh di hidangkan.
    Jika suka makan sejuk,simpan kuih yang telah diisi air gula di dalam peti sejuk.



    Tuesday, October 9, 2012

    Ayam Perap Masak Kicap - simple dan sangat sedap




    Assalamualaikum.
    Sape yang suka Ayam Masak Kicap....Mas rekemenkan mencuba resepi dari Kak Fida nie. Memang sangat sedapp...nak membuatnya pun sangat mudah, cuma ayam tu kena perap beberapa jam dulu sebelum dimasak @ nak sedap lagi, perap semalaman, lagi best...baru masak bahan2 perapan tu hingga masak. Mas dah banyak kali dah buat Ayam Perap Masak Kicap ni, baru kali ni teringat nak share....he3
    Tima kasih pada Kak Fida yang tak lokek berkongsi resepi2nya yang mabeles di Myresepi. Kalau nak tengok cara2 membuat Ayam Perap Masak Kicap ni, boleh lihat diMyresepi.
    Selamat mencuba...   (^__^)


    Ayam Perap Masak Kicap

    Bahan :
     1 famili 
    1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
    6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
    1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
    1 sudu besar cili giling - lebihkan jika suka lebih pedas
    1 sudu besar serbuk rempah kari *
    1 sudu kecil serbuk kunyit *
    1/2 cawan kicap manis *  - lebihkan jika suka, ikut selera
    1 - 2 sudu besar air asam *
    garam dan gula secukup rasa

    Bahan B :
    1 biji bawang besar - hiris bulat
    2 biji kentang  - potong baji dan goreng
    2 biji tomato - belah 4
    1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau  - dipotong serong
    1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
    sedikit daun sop,daun bawang - dihiris


    Cara :
    Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
    Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
    Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
    Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
    Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
    Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
    Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.


    Monday, October 8, 2012

    Bun Burger Resepi Kak Yani




    Assalamualaikum.
    Hmmmm...kalau dah start meroti.....mesti jadi gian meroti kan...kikikiki...tiba2 teringin makan burger...tapi tak nak roti burger beli.....homemade punya....jadi Mas try resepi Kak Yani, geram tengok bun burger Kak Yani yang cantik berkedut2 tu....nampak bun tu lembuttt jerk....tengok respon kat MyResepi pun, ramai yang dah menerainya....
    TQ kak...memang best bun burger resepi akak nie...
    lembut gebu jerk rotinya.....lepas bakar, Mas terus jerk belah dua, sapu butter ngan mayonis sikit dan letak inti burger, telur, sayur dan sos....hmmmm....lazat dinikmati...


    Bun Burger

    Bahan :
    ( 6 biji )
    250 g tepung roti - Mas guna tepung gandum jerk
    15 g butter
    20 g gula
    4 g garam
    1 biji telur
    1 sudu besar Horlick - Mas tambah
    170 ml susu ( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
    1 sudu kecil (3 g) dry yeast
    bijan secukupnya





    Cara :
    Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijani ke dalam breadmaker. 
    Pilih untuk buat doh. On kan.
    Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
    Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis dan susu doh atas dulang yang dilapik baking paper. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
    Sapu @ semburkan permukaan roti dengan air. Mas sapu susu pekat manis + sedikit air, kemudian taburkan bijan. 
    Bakar dengan suhu 180 c selama 12 - 13 minit dengan api atas bawah.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...