Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, September 28, 2012

Chilled Chocolate Cheesecake in Jar




Assalamualaikum.
Layan jerk la entry coklat ngan cheese ni yerk....ingatkan nak stop jap makan cheese...tapi tergoda juga dengan Chilled Chocolate Cheesecake in Jar yang datang dari dapur tauke kek N cheese Anna Qawina...sabarrrr jerk la ngan makcik sorang tu....kalau ada sesiapa yang teringin tapi malas nak buat Chilled Chocolate Cheesecake in Jar ni, korang order jerk ngan Anna ni yerk....order sentiasa terbuka setiap masa...korang tel @ pm jerk Anna...he3
Kebetulan sekarang ni adik ada kat rumah, jadi semangat nak merasa Chilled Chocolate Cheesecake in Jar ni makin berkobar2.....jadi Mas pun buat semalam.....hmmm...tak mo cakap banyak...tak terkata2 sedapnya Chilled Chocolate Cheesecake in Jar ni....macam aiskrim MD pun ada juga...memang sedapppp...TQ pada Anna atas perkongsian olahan resepi yang mabeles ni..moga rezeki ko sekeluarga makin melimpah2 yerk..sayanggg ko...


Chilled Chocolate Cheesecake in Jar
Olahan Resepi :  Anna Qawina


Bahan :
125 g cream cheese, suhu bilik
137 g @ 1 bekas kecil yogurt
30 g gula kastor
125 g whipping cream Brand Vivo, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak )
1/2 sdb + 1/2 st gelatin Halagel
2 sdb air hangat

Chocolate Ganache : 
Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan

Bahan :
200 grm coklat masakan@compound Choc.
100 ml susu cair
1 sdt butter




Cara :
Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
Masukkan yogurt, gaul rata.
Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). 
Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. 

NOTE: 
Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 

Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.




Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base@kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.



Wednesday, September 26, 2012

Slivered Almonds Bersalut Coklat




Assalamualaikum.
First time makan sekut ni masa open house rumah kawan baru2 ni....
sedapppp dan menjadi rebutan semua...kejapp jerk habis sebalang.....dapat juga Mas rasa 2 ketoi....huhuhuhuhu
Dan Mas cadang nak buat sendiri memandangkan bahan2nya yang simlpe jerk....dan rasanya....sama macam yang Mas makan hari tu.....Alhamdulillah...kali ni baru puas makan...yerk la....buat sendiri la kan...he3
Pada Mas Slivered Almonds Bersalut Coklat ni, sangat simple dibuat, bahan2nya pun tak banyak dan sangat sedappp untuk dibuat kudapan....
Selamat mencuba yerk...


Slivered Almonds Bersalut Coklat
Resepi olahan : MasDuniaku

Bahan :
Slivered Almonds secukupnya
Cooking coklat
sedikit butter
paper cup secukupnya




Cara :
Bakar kejap Slivered Almonds dalam oven pada suhu 170 c selama 6 - 7 minit.
Sejukkan sekejap.
Masukkan Slivered Almonds yang telah dibakar sekejap dalam oven tadi kedalam paper cup...sukatan ikut suka nak letak banyak mana. Ketepikan.
Cairkan cooking coklat secara double boiling dan tambah sedikit butter dalamnya.
Kacau sebati dan terus tuang kedalam paper cup yang ada Slivered Almonds tadi.
Sejukkan dulu baru masukkan dalam balang.


Update :




Untuk yang bertanya rupa Slivered Almonds....inilah dia.........gambar dari Google...TQ




Tuesday, September 25, 2012

Swiss Roll Coklat & Strawberi Cream Cheese Filling




Assalamualaikum.
Dah banyak minggu plan nak buat kek yang mengancam ni...akhirnya Mas buat juga...serius, Mas tergoda sangat tengok Swiss Roll Coklat N Blueberry Cream Cheese Filling kat dapur Noorsha hari tu. Dan bila dah merasa....hmmmmmm...sedapppp sangattttt...gabungan cream cheese filling dan ada lak topping coklat atasnya memang sangatttt mabelessss...passti Mas tak serikkkk buat lagi....TQ Sha atas idea ko yang sangat bernas.....cuma Blueberry tu Mas tuko ngan Strawberi....tak pe kan..he3....swiss roll tu pun sedap....lembut dan gebuuu...memang terbaik...


 Swiss Roll Coklat

Sumber : Maklang Azie
Bahan [A] :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum (sukat dan kemudian kurangkan 2 Tbsp tepung gandum ni, kalau guna sukatan Tbsp - letak 3 Tbsp jer)
2 Tbsp serbuk koko
1/2 Tbsp susu tepung

Bahan lain :
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya ( Mas ikut Noorsha guna cream cheese filling)

Cara :
  1. Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
  2. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata. Keluarkan 1-2 Tbsp adunan ini dan campurkan sedikit coklat paste atau coklat emulco dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
  3. Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang diingini.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
  5. Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
  6. Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
  7. Gulung kek dengan cermat menggunakan baking paper. 
  8. Balut kek yang siap diroll dengan baking paper.. simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidang.




Resepi Blueberry Cream Cheese Frosting

Bahan² :
100 gm Cream Cheese
100 gm Blueberry Filling - Mas guna Strawberi Filling
5 - 7 sudu makan susu pekat manis (boleh tambah ikut selera)


Cara² :
Putar kesemua bahan diatas hingga licin dan sebati... rasa sedikit untuk mendapat imbangan rasa yang diiingini..tambahkan lagi susu pekat jika perlu...sedia untuk disapu pada permukaan swiss roll..



Monday, September 24, 2012

Ayam Masak Asam




Assalamualaikum.
Salah satu menu peberet...kesukaan anak2 juga...selain dari ayam, boleh juga guna ikan yang digoreng dahulu...memang sedap Ayam Masak Asam nie...rasanya yang masam2 pedas, memang membangkitkan  selera...syok juga bila dapat hirup kuah tu...mabeles...TQ pada tuan resepi Mrs Noor Myresepi. Katanya resepi dari MILnya..satu resepi yang simple dan sedap...like sangat

Ayam Masak Asam

Bahan 

 Sesuai utk 4 orang makan 

1/2 ekor ayam (anggaran 1kg beratnya) 

3 ulas bawang putih *

3 biji bawang kecil *

1/2 inci halia *

1/2 inci lengkuas *

1 sudu teh jintan manis *

10 biji cili api - belah 2 (tp x putus) - Mas guna cili kering

1 biji bawang besar - dipotong bulat 1 batang

serai - diketuk

2 sudu asam jawa 

sedikit kiub ayam - Mas tambah


Cara :

Ayam di potong sederhana besar dan digoreng hingga kekuningan ( jangan terlalu garing ).

Tumbuk atau kisar bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga kekuningan. 

Masukkan cili api, bawang besar, air asam jawa dan ayam yang digoreng tadi. 

Perasakan dengan garam dan sedikit kiub ayam. 

Masak hingga kuah agak pekat. 

Sedia untuk dihidang  ( ^_^ )




Saturday, September 22, 2012

Kuih Sagu Resepi Kak As




Assalamualaikum.
Entry tertunggak sebenarnya. Mas buat masa bulan puasa baru2 ni..he3
Mencuba pulak Kuih Sagu resepi dari Kak As. Nampak kat dapur Izahdaut ....Bila tengok bahan2nya, lebih kurang jerk dengan resepi kuih2 sagu yang lain, cuma Kuih Sagu Resepi dari Kak As ni, ditambah sedikit tepung jagung supaya Kuih Sagu ni cantikk bila dipotong. Mas letakkan jerk dalam acuan lompang setengah adunan sebab Ain ngan Daniel suka mencedok kuih ni guna sudu...memang ada kelainan bila ditambah tepung jagung dalamnya sebab kuih sagu ni tak melekit sangat...lagi la suka budak2 tu makan sebab dia orang tak nak letak kelapa parut...kuih sagu tu tak melekat sangat kat sudu...he3...yang baki setengah adunan tu Mas masukkan dalam bekas tapaware kecil...try cedok guna scop aiskrim...Alhamdulillah, sagu tu tak melekat kat scop tu...
TQ pada tuan resepi Kak As atas perkongsian resepi kuih sagu ni dan Izahdaut yang telah sebarkan lagi resepi kuih sagu ni diblognya....


Kuih Sagu Resepi Kak As
Sumber : Izahdaut 

Bahan :
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung - bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam




Cara2 :
1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..




Wednesday, September 19, 2012

Sup Kaki Ayam Pedas




Assalamualaikum.
Sape suka makan kaki ayam....he3...
Serius Mas tak tahu rupanya kaki ayam ni pun banyak juga khasiatnya. Mas kongsikan disini yerk infonya....

Khasiat Kaki Ayam
Rujukan : Inilah.com

Dapat Mencegah Osteoporosis...

Tau tak Osteoporosis tu apa...???  hehee..
Mesti korang tau kan iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak, dan patah. Ia biasanya tidak menimbulkan gejala kerana prosesnya berlangsung tanpa disedari.

Meskipun Osteoporosis terjadi pada golongan veteran, tp kini ia juga menyerang golongan muda, kerana gaya hidup yang tidak sihat seperti suka merokok, malas bersenam, minum kopi dalam dos berlebihan dan juga mengamalkan minuman keras.. sebab tu iklan di TV menyarankan kita minum SUSU ANLENE.. Mencegah tulang menjadi rapuh.. ;)

Seperti yang diambil dari bl-health, hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang binatang. Secara logiknya, memang makanan yang tepat untuk tulang adalah tulang.
Nah, salah satu makanan yang banyak mengandung zat ini adalah kaki ayam. Tanpa disedari kaki ayam banyak mengandung protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang, dan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein jaringan ikat yang liat berwarna kekuning-kuningan. Jika terkena panas, kolagen akan mencair jadi agak kental.

Selain itu, tubuh juga akan mencari cadangan kalsium yang diperlukan tulang. Hal inilah yang menyebabkan tulang kehilangan kepadatan dan kekuatannya, sehingga mudah retak, bahkan patah.
sumber dari SINI





Resepi Sup Kaki Ayam Pedas ni Mas belajar dari mak Mas. Selain dari dibuat sup, Mas suka masak kaki ayam macam ni...memang sedapp...enak dimakan dengan nasi atau pun dimakan begitu saje....
Kalau ada yang berkenan...sila2 mencuba yerk...memang mabeles.

Sup Kaki Ayam Pedas
Resep : MasDuniaku

Bahan :
12 ketul kaki ayam 
5 biji cili kering ikut pedas - potong 2 jerk
halia - potong nipis2
2 ulas bawang putih - tak payah kopek kulit - basuh bersih
2 sudu besar sos lada hitam ( klu x de, sos tiram + lada hitam yg ditumbuk )
1/2 kiub ikan bilis
sedikip kicap lemak manis
garam jika perlu
air tepung jagung secukupnya

Caranya :
Basuh bersih2 kaki ayam. Mas rendam kejap ngan cuka kurma dan bilas sebersihnya, boleh juga guna tepung.
Ambik towel bersih @ kitchen towel, lap kaki ayam tu hingga kering, ini untuk mengelak kaki ayam meletup masa proses menggoreng nanti.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan kaki ayam tadi, tutup periuk dan biar kaki ayam tergoreng hingga kaki ayam nampak cokelet2 sikit, tutup api dan biarkan kaki ayam tu, terus jerk tuang minyak kebekas minyak.
Kemudian masukkan air panas kedalam periuk yang ada kaki ayam tadi, agak2 tenggelam kaki ayam tu.
Masukkan juga cili kering, halia, bawang putih, sos lada hitam ( @ sos tiram dan lada hitam ditumbuk ) dan kiub ikan bilis. 
Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut.
Kemudian masukkan sedikit kicap lemak manis dan rasa, jika ok, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau, kepekatan kuah bergantung pada selera masing2 yerk....
Tutup api dan boleh dihidangkan.


Tuesday, September 18, 2012

Blueberry Cream Cheese Butter Cake - Derhaka sikit..




Assalamualaikum.
Kek lagi kan....sebenarnya dah lama ushar resepi Blueberry Cream Cheese Butter Cake ni kat dapur Kak Yatie . Alhamdulillah, akhirnya Mas try juga....cheese cake yang simple dan sedap....memang lembut gebu kek jerk ni...dapat makan sepotong.....mesti nak sepotong lagi....
Cuma yang Mas pelik sikit...kek ni jadi keras sikit bila dimasukkan dalam freeze...mujur la yang baki tu suku jerk..he3...
Jadi Mas nak tanya ada tak kekawan lain yang dah mencuba resepi ni dan alami masalah yang sama macam Mas....
Apa pun TQ banyak2 pada  Kak Yatie dan Kak Jun  atas perkongsian resepi cheese kek yang sedap nie. Begitu juga dengan tuan resepi.


Blueberry Cream Cheese Butter Cake
Resepi : Cook Republic
Sumber : Kak Yatie dan Kak Jun 

Bahan :
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
150 gm buah blueberry (saya guna blueberry filling) - Mas guna jem strawberi
2 1/4 cawan tepung naik sendiri ( Mas ikut Kak Yatie guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder -diayak)
250gm butter
250 gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur




Cara :
Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. 
Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
Letakkan buah blueberry @ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.





Monday, September 17, 2012

Sambal Keli Berlado Kak Anymz




Assalamualaikum.
Hentam la yerk nama resepi ni...janji sedappp....hahahaha. Kalau ikut resepi Kak Anim, Ikan Berlado, kat blog HaSue, Ikan Goreng Berlado Kak Anymz, Mas pulak masa edit gambar resepi, tak tahu la macam mana boleh letak Sambal Keli Berlado Kak Anymz...kira halal yerk Kak Anim..jangan marah...he3
Entry tertunggak sebenarnya...tapi tetap nak share juga kat sini sebab sedap dan nak membuatnya pun simple jerk....makan ngan nasi panas dan sayur tumis....dah cukup sedappp.
Mas dah lupa masak bila, tapi lepas2 HaSue tayang, rasanya Mas pun buat juga.
TQ pada Kak Anymz untuk resepi ikan goreng berlado ni...mabelesss


Ikan Goreng Berlado
Resepi: 
Kak Anymz - My Kitchen 

Bahan2 :
5 ekor ikan sembilang - yg sudah siap di siang
8 biji cili merah
25 biji cili padi - tak makan pedas kurangkan lerrr
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5 - 6 biji limau kasturi


 


Cara :
Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan
Panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng ikan hingga garing. Ketepikan
Cili merah,cili padi, bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu.
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing. Kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


Thursday, September 13, 2012

Kek Span Coklat Ayat Sendiri




Assalamualaikum.
Sebenarnya dah kali 2 Mas buat Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni. Masa buat untuk first timenya, Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya...tapi topping pulak yang gagal...masa tu Mas buat topping buttercream dan topping tu termanis sangat...hilang mood nak betul2 menikmati  Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni. Jadi Mas buat lagi semalam...he3...
Alhamdulillah, setelah berguru dengan Anna Qawina, topping cream cheese Mas menjadi dan rasanya sedapp sangat. TQ yerk Anna.
Cerita tentang Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni, Mas betul2 seronok mencubanya. Kek ni tak susah sangat membuatnya, asalkan ikut betul2 resepinya. InsyaAllah menjadi dan rasanya.....MEMANG SEBIJI MACAM KEK SPAN KAT KEDAI KEK, gebu dan ringan, tapi tak terlalu ringan, tak terlalu berat, sedang2 ajerk....tak muak rasanya bila dimakan. Memang terasa macam makan kek yang dijual kat kedai kek....
Terima kasih banyak2 pada tuan resepi Zethy305f@MyResepi.com yang sudi berkongsi resepi kek coklat span yang mabeles ni....memang terbaikkk


Kek Span Coklat Ayat Sendiri

Bahan : 
( 1 biji kek 1/2 kg kot )

Bahan A

4 biji telur (elok gred B, klu saiz kecik lebihkan sebiji )

120 g gula kastor - Mas ayak dulu gula kastor tu

1 camca besar ovallate 

1 camca besar mayonis original yg putih


Bahan B :

80 g tepung gandum

20 g serbuk koko

20 g tepung jagung

1 camca teh baking powder


Bahan C :

65g butter cair - sejukkan dulu ( sy ganti dgn minyak masak je )


Cara :

Panaskan dulu oven dengan suhu 170c.

Satukan semua bahan B dan AYAK 5 KALI untuk mendapatkan kek yang ringan dan gebu. Ketepikan

Satukan semua Bahan A dalam 1 mangkuk dan putar dengan mixer sampai jadi putih gebu dlm masa 15 minit. Guna kelajuan paling maksimum yerk, kalau tidak, x jadi putih gebu.

Kemudian masukkan Bahan B yang telah diayak 5 KALI tadi dan putar lagi sampai sebati selama 3 minit.

Kemudian masukkan Bahan C dan putar lagi selama 3 minit. Adunan siap.

Sapukan loyang dengan minyak dan Mas letakkan kertas minyak tengahnya dan tabur tepung gandum keliling loyang yg disapu minyak tadi dan barulah tuang adunan kek. Saya guna loyang  bulat 9 inci, jadi terpaksa buat 2 adunan utk dptkan 2 layer tu. Sbb nipis utk dibelah 2. 

Mas guna loyang kecil, jadi boleh belah 2 kek tu sbb kek jadi tebal.

Bakar kek selama 45 minit dengan api atas bawah.

Lepas siap masak, terus keluarkan kek dari oven n hentak 2,3 kli perlahan2 n telengkupkan @ terbalikkan atas redai dlm 10 minit (ala2 buat mcm kek chiffon).

Mas tak hentak pun sebab dah letak kertas minyak kat tengah loyang, hanya sisipkan keliling kek tu jerk lepas 10 minit telangkupkan kek tu.

Lepas tu barulah lalukan hujung pisau di sekeliling kek utk longgarkan kek dari acuan n then terbalikkan semula..masa ni pepandai la korang buat nk bg kek tu keluar dr loyang tu.senang je dia loose sendiri lps lalukan hujung pisau tu

Utk cream kat atas tu sy bantai guna sebuku buttercup,100g gula yg diblend halus..putar semuanya sampai gebu.lepas tu tambah 100g coklat masakan yang dicairkan(nk ganti serbuk koko pun xpe dlm 2 camca besar)..putar lg smpai sebati-sy rasa ada lg resepi buttercream lain yg lebih baik.ni b.cream emergency pakai yg mana ada kat dapur je.hehehehe

Coklat yang kerinting2 kat atas tu cara nak buat nye senang je..amik coklat bar(belasah je coklat masakan)..then parut.bkn pemarut lubang halus2 yang parut nenas utk buat jem nenas tu tau..parut yg org guna utk buang kulit kentang,kulit timun batang..ha..parut je cam nk buang kulit kentang tu ha..nnti dia otomatik kerinting sendiri.

**mtk maap guna ayat sendiri,sy xtau kat mana dh sy amik resepi ni terpaksa bina ayat sndiri.klu xpaham, tanya lah yek..msti ada yg pelik guna mayonis dlm kek ni kan..sy pun xbrp pasti ape fungsinye..ikut je resepi.sy penah buat xbuh mayonis,kek span tu jd kering mcm roti coklat..bila guna resepi yg ada mayonis ni,kek tu mcm lembab ckit..penah dgr kek buh cuka atau jus lemon tak?ha..fungsi dia mcm tu la kot.hehe..pepandai aku je buat conclusion 


                               

Untuk Topping kek, Mas guna resepi kat blog Anna Qawina. Sila abaikan deko yang agak serabut tu...kelam kabut buat sebab Adam dah bangun...he3


Resepi Krim Keju II

Krim keju jenis ini memang sedap dan dapat dalam kuantiti yang banyak, namun tidak sesuai digunakan jika hendak digunakan di tempat panas dan perlu sentiasa dalam keadaan sejuk, jika tidak krim akan mudah lembik dan jika terlalu lama diluar akan mudah 'basi'-betul ke istilah basi tu? hehe


Sumber : MakLang Azie & Anna Alisya

Bahan Cream Cheese Topping II :
500 g w/cream - pukul sampai jadi soft peak
250 g CreamCheese
60g gula icing
110 g butter
lemon emulco @ lemon paste (gunakan beberapa titik shj)


Cara2 :
Pukul CreamCheese + butter + gula icing + lemon emulco. Masukkan w/cream yg dah gebu td sebatikan.

Resepi II ni Ana dapat daripada blog Anna Alisya, tokey kek yang cemerlang bagi saya kerana beliau bekerja dan sempat pula buat kek..hehe..resepi ni Anna Alisya dapat setelah pergi kelas RVC Mak Lang Azie. Jasamu ku kenang sampai bila2 Ana..terima kasih banyak2..
                                                                                     

Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....



Tuesday, September 11, 2012

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce





Assalamualaikum.
Rasanya dah berbelas kali Mas buat Crispy Anchovies in Honey Lemon ni.
Dah menjadi snack kegemaran family Mas. 
Asyikk bila mengunyah....
First time Mas jumpa resepi Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce ni kat dapur Kak Hana.
TQ pada chik mimi yang menyebarkan resepi Crispy Anchovies in Honey Lemon ni.
Memang terbaikkkkkk...


Crispy Anchovies in Honey Lemon 
Resepi : Amy Beh
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
250 g ikan bilis kopek
1 cawan tepung ubi 
1 tbsp minyak bijan
4 batang cili kering - potong
6 biji cili padi - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
2 biji lemon - perah ambil jus
3 tbsp madu
2 tbsp air - tak letak
1 tbsp sos ikan
Kacang gajus dan Mas tambah badam dan hazelnut - dipanggang 
bijan - Mas tak letak
daun kari


Cara :
Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10 - 15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.
Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan juga madu. Kacau hingga agak pekat. Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka. Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...