Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, August 28, 2012

Ketupat Palas dan video cara membalutnya...




Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya diucapkan buat semua ....
Curi masa sikit mengupdate blog...hmm..bunyi macam sibuk jerk kan...tidak la buzy mana pun..cuma masa ngadap laptop agak terbatas sikit....apa lagi Adam dah pandai nak main..rasa seronok sangat melayan kerenahnya....ngan suasana raya yang masih panas lagi ni...ada juga aktiviti berhari raya...esok lusa, InsyaAllah, nak balik rumah MIL pulak beraya...
Meh layan dulu Ketupat Palas dan cara membuatnya....balik Kedah baru2 ni..ambik resepi dari mak Mas, boleh dikongsi di sini ...Mas sertakan juga video cara2 membalut daun palas...ayah dan mak Mas siap buat berniaga ketupat palas tiap2 tahun tau...cuma tahun ni jerk tak buat atas faktor mak yang tak berapa sihat...jadi sudi2 la mencuba, buat yang mencari2 resepi Ketupat Palas....

Ketupat Palas
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo beras pulut
santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam
daun palas




Cara :
Basuh bersih pulut dan toskan. Kalau nak rendam kejap pun boleh.
Sukat santan dari sebiji kelapa sama banyak dengan pulut. 
Tips : Mak Mas campur air kelapa masa perah kelapa parut tu.
Didihkan santan dalam periuk dengan api perlahan dan masukan garam secukupnya dan baru masukkan pulut. Pastikan periuk tu besar supaya senang mengacau pulut tu.
Sentiasa kacau hingga pulut kering dan boleh angkat. Pulut tu akan jadi 1/2 masak.
Boleh terus balut pulut dengan daun palas. 
Masa membalut, jangan masukkan pulut tu banyak sangat @ padat untuk elakkan ketupat pecah masa merebus, kan pulut tu 1/2 masak, pulut akan kembang lagi masa merebus.
Dah siap balut, gunting lebihan tangkai ketupat tu.
Letakkan daun2 palas dan daun pandan dalam periuk dan baru susun ketupat atasnya.
Tuang air panas suku dari sukatan ketupat2 dalam periuk tadi, tutup tudung periuk dan boleh terus rebus atas api sederhana hingga air kering. 
Boleh angkat dan dihidangkan dengan rendang atau kari.

Nota :
Tempoh memasak Ketupat Palas diukur mengikut air yang digunakan untuk merebus Ketupat Palas tu, bukan diukur dengan kiraan jam.
Ketupat yang belum direbus boleh difrozenkan, nak makan, baru rebus.

Untuk daun palas :
 Pisahkan daun2 palas, anda perlu mengirai-ngirai daun palas terlebih dulu dan lepas tu pisahkan dan tarik daun2 palas tu. Boleh pilih daun yang cantik jerk untuk dijadikan  ketupat.
Kemudian gunting sikit bahagian hujung daun palas tu supaya nampak rata dan cantik, buka lipatan daun palas untuk melembutkan dan raut lurus dengan menggunakan tangan supaya habuk2 kat daun tu dikeluarkan. Gulung2 dulu daun palas tu baru lipat menjadi ketupat, cara begini untuk memudahkan kerja2 membalut Ketupat Palas


video

Mas sertakan video cara2 membalut Ketupat Palas...sila abaikan suara2 tu yerk..he3..tq pada ayah tersayang yang menjadi modelnya...


Wednesday, August 15, 2012

Biskut Dahlia




Assalamualaikum.
Terpikat dengan resepi yang simple hasil olahan dari Noorsha, Mas pun menerai Biskut Dahlia pulak semalam. Alhamdulillah, resepi yang simple, senang dan menghasilkan biskut yang sangat sedappp.....bak kata Noorsha... Biskut Dahlia ni rasanya lemak2 manis hasil dari tambahan susu pekat manis dalam adunan dan mencair dalam mulut...sedappp sangat....Mas ikut cara Noorsha dengan cara menggaulkan bahan2 menggunakan senduk kayu jerk...senanggg

Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net

Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan
160 g gula aising - Mas ikut Noorsha guna 120 gm
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - Mas ikut Noorsha tambah
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum *
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard ( Noorsha guna 200gm ) *
(*bahan bertanda *  diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan




Cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. ( Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang ).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. ( Untuk step ini, Noorsha masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk ).
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( Mas pun macam Noorsha guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali  oven anda... hehe)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..



Tuesday, August 14, 2012

Tart Nenas Gebu - Kak Anymz




Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama Mas ushar Tart Nenas Gebu Kak Anymz ni...tapi baru semalam diberi kesempatan menerainya...Alhamdulillah...memang sedappp
Jem nenas tu pulak, Mas buat masa awal Ramadhan, kebetulan nenas kat Tesco tengah ada offer, 2 biji, baru RM1.70....murah kan, terus Mas beli untuk dibuat jem..dan Jem Nenas tu, Mas simpan dalam esbox dulu, bila nak guna, baru keluarkan dahulu dalam 3 jam lebih supaya jem nenas tu berada dalam suhu bilik, dah boleh digentel2 untuk dibuat Tart Nenas. First time tau Mas buat sendiri jem nenas, Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya...tima kasih pada Kak Anim yang banyak membantu...he3
Masa Mas first time makan Tart Nenas Gebu ni, terus jatuh hati dengan kesedapannya, adunannya pun cantik tak pecah2 semasa menggulung dan rasanya...hmmmmm.....memang gebu ....like beratus kali untuk Tart Nenas Gebu ni....


Tart Nenas Gebu
Resepi:  Kak Anymz

Bahan pastri :
4 oz butter - 115 gram
4oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum - 450 gram
sedikit garam
air sejuk

Cara :
Pecahkan telur di dalam bekas adunan.
Masukkan butter dan minyak sapi.
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar DISINI.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C - 180C selama 20 - 25 min




Untuk Inti Tart Nenas, Puan2 boleh gunakan seperti biasa, samada yang dibuat sendiri atau pun yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Jem Nenas
Resepi : Kak Anymz

Bahan :
10 biji nenas - di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

Cara :
Kopek nenas, buang matanya dan sagat.
Kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.




Monday, August 13, 2012

Cornflakes Madu - Memang Sedappp




Assalamualaikum.
Setakat ini.....resepi Biskut Cornflakes yang paling sedappp pada Mas ialah  Cornflakes Madu Resepi Kak Nor ni....baru try untuk raya tahun ni....hmmm...lebih sedap dari resepi2 yang Mas pernah buat sebelum ni....patut la Kak Nor kata memang wajib buat tiap2 tahun...resepi Cornflakes Madu yang senang dibuat, simple dan yang penting.....sedapppppp...Ain ngan Daniel pun suka...
Untuk 1 adunan, banyak juga boleh dapat...tapi dinasihatkan, buat jerk lebih sebab nak menghabiskan Cornflakes Madu ni kejappp jerk......he3...
Tima kasih pada Kak Nor atas perkongsian resepi Cornflakes Madu yang mabeless ni, kata Kak Nor resepi asal diambik dari kotak cornflakes dan telah diadjust olehnya....hhmmmm...memang sedappp kukis ni....
Di sini Mas letakkan resepi asal dan resepi olahan dari Kak Nor, terpulang nak guna resepi mana yerk. Mas try resepi Kak Nor....memang mabelesss


Serimadu Cornflakes versi asal 

90gm mentega 
1/4 cawan gula 
1 sudu besar madu 
4 cawan cornflakes 
kacang cincang 
papercup 

Kaedahnya K.Nor tak salin tp cam biasa la semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes dan kekacang. 
Gaul hingga sebati. 
Padamkan api. 
Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap. 
Suhu lebih kurang 160 - 170c lebih kurang 5 minit. 
Biarkan sejuk diredai @ rack, baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.




 Cornflakes Madu

Bahan :
1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) 
6 sudu besar butter 
6 sudu besar gula pasir 
2 sudu besar madu 
kekacang tu optional 

Kaedah sama jer cam di atas. Kalau nak tabur dgn choc rice boleh, choc sprinkle boleh.. terpulang la pd citarasa masing2 ya.. 


Tips: 
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. 
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..


Saturday, August 11, 2012

Chocolate Chips Cookies




Assalamualaikum.
Lepas buat Biskut Kelapa Sapi semalam, terus buat Chocolate Chips Cookies resepi dari Kak Fida Myresepi pulak. Senang buat kukis yang godek2 gini...cepat sikit siap kan..he3
Untuk membuat Chocolate Chips Cookies ni pun pada Mas tak de mengambil masa lama sangat...dah siap godek2, panaskan oven dan boleh cedok2 guna sudu adunan tu ke dulang untuk dibakar...
First time rasa Chocolate Chips Cookies ni...hmmmm...memang sedappp..ala2 sekut chipsmore pun ada....Ain ngan  Daniel gemar sangat...1 adunan pun boleh dapat dalam 100 biji...kira banyak la tu kan...
Tima kasih pada Kak Fida yang selalu berkongsi resepi2 yang best2....


Chocolate Chips Cookies

Bahan : 
 lebih kurang 100 keping 
190 g mentega - lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor @ icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko ( lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap )
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar - di panggang
1 biji telur - yg sedang





Cara :
Tepung, baking soda, serbuk koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata dan sebati.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung yang diayak tadi, gaul, diikuti dengan choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
Mas bakar 25 minit dengan suhu 170c dengan api atas bawah.
Sejukkan dulu baru disimpan dlm balang.



Friday, August 10, 2012

Biskut Kelapa Sapi




Assalamualaikum.
Saje baru nak start ngukis. Tengok kawan2 yang lain dah berjenis2  siap buat kuih raya. Semangat ngukis tu tetap ada, cuma slow sikit sebab Adam kecik lagi...ni pun curi2 masa juga masa Adam tido.....geramm sangat tengok Adam yang dah pandai nak menyembang....he3
Untuk kukis Mas yang first, Mas try buat Biskut Kelapa Sapi. Jadi berkenan pulak bila Noorsha promot kat fb masa sembang2 tentang kukis ni.....resepi asal dari Buku Biskut Pilihan dan telah dikongsikan resepinya oleh Kak Nazrah. Dan Noorsha telah menukar oat dengan nestum dan kelapa kering yang dikisar....hmmm..memang semerbak wangi Biskut Kelapa Sapi nie...rapuh gebu jerk biskut nie tau...sedappppp....


Biskut Kelapa Sapi
Resepi : Buku Biskut Pilihan
Sumber : Kak Nazrah
Olahan Resepi : Noorsha

Bahan² :
250 gm mentega
50 gm minyak sapi
150 gm gula kaster ( kira kurangkan kepada 120 gm)
120 gm tepung jagung
150 gm oats - kisar halus (Mas ikut Noorsha ganti 75 gm nestum kisar, 75 gm kelapa kering kisar)
1 tsp serbuk penaik ( Mas pun letak 1/2 tsp saje)
200 gm serbuk badam

Hiasan :
 kelapa kering 
putih telur 
ceri merah





Cara² :
1. Sebatikan mentega, minyak sapi dan gula.
2. Masukkan bahan bahan lain dan uli rata hingga menjadi doh.
3. Acukan bentuk dan celup dalam putih telur dan salut kan dengan kelapa kering dan letakkan hirisan ceri atasnya. 
4. Bakar dalam ketuhar hingga kekuningan. 
5. Mas bakar selama 25 minit dengan suhu 170c dengan api atas bawah.
Sejukkan dahulu baru simpan dalam balang.



Thursday, August 9, 2012

Mee Goreng Mamak




Assalamualaikum.
Mee Goreng Mamak untuk juadah bersahur. 
Resepi yang simple tapi mengenyangkan. Sesekali makan Mee Goreng Mamak, sedapp pulak kan...apa lagi diletakkan daging....hmmm..memang mabeless. 
Untuk bahan2, Mas letak apa jerk yang ada kat esbox...janji sedappp....


Mee Goreng Mamak
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
500 gm mee kuning
100 gm daging - hiris nipis
1 mangkuk sawi - potong kecil
2 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
2 sudu kicap lemak manis 
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
1 biji telur
1 biji tomato dibelah 





Cara :
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
Masukan mee dan sebatikan.
Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
Masakkan mee agak kering.
Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.



Tuesday, August 7, 2012

Ayam Bakar Ala Sate




Assalamualaikum.
Menu berbuka 2 hari lepas...Ayam Bakar Ala Sate. Lagi resepi ayam bakar yang mabeless dan selalu menjadi juadah kesukaan family Mas. Jangan tekejut melihat sukatan gula dalam resipi nie yerk sebab memang begitu sukatan gula yang diberi oleh tuan resepi Ayam Bakar Ala Sate nie, bertujuan supaya ayam tu cantik berkilat masa dipanggang dan rasanya pada Mas seimbang manisnya sebab dah bercampur dengan rasa pedas dan rempah2 dalamnya...memang seakan2 rasa sate....sebab tu dipanggil Ayam Bakar Ala Sate...
Ayam Bakar Ala Sate ni sedapp dimakan dengan nasi panas atau diratah gitu ajerrk pun dah ok...jadii...Selamat mencuba yerk..

Ayam Bakar Ala Sate
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ayam - dipotong2
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
2 cawan teh gula pasir - resepi ni memang menggunakan banyak gula
5 sudu besar madu
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih


Cara :
Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu. 
Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
Tuang madu dan sebatikan lagi. 
Perap dahulu sebelum dibakar. Mas perap 24 jam .
Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180c.
Mas guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik garingnya dan sentiasa terbalikkan ayam tu...




Sunday, August 5, 2012

Kek Batik Coklat Beragar - Agar




Assalamualaikum.
Dah banyak kali Mas buat Kek Batik Coklat Beragar - Agar ni, baru kali ni teringat nak kongsikan kat sini. Suka sangat dengan kejadian kek batik ni yang tak melekit bila dipotong dan rasanya memang sedappp...dan kali ni Mas buat 1 adunan sebab kebetulan adik ipar nak datang.....ada la sedikit buah tangan untuk dibawa balik nanti.
Untuk resepi, Mas copy dari Izahdaut, idea letak serbuk agar2 ni datangnya dari Noorsha kata jah....HaSue pun cuba cara gini juga....tima kasih pada semua...


Kek Batik Coklat Beragar - Agar
Idea : Noorsha
Sumber : Izahdaut dan HaSue 

Bahan :
2/3 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g) - hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara :
Sediakan Loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair. * kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
* boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat ( adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal) , boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Nota :
untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.

Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal..


Saturday, August 4, 2012

Ayam Percik - Ala Kelantan, Sedapp laa




Assalamualaikum.
Semalam adik ipar cadangkan nak makan Ayam Percik Ala Kelantan.....jadi Mas pun mencari2 resepi dan terjumpa resepi Ayam Percik  Ala Kelantan resepi dari Kak Yani diMyresepi...dan terdetikk untuk mencubanya ...lagi pun resepi2 Kak Yani memang best2...
Alhamdulillah.....Ayam Percik  Ala Kelantan ni memang sedapp...Mas tambahkan cili padi untuk mendapatkan rasa pedas dan supaya kuah ayam percik ni masih putih...sebab resepi Kak Yani, boleh letak cili kisar jika nak kuah merah....
Apa pun, terima kasih diucapkan pada Kak Yani atas perkongsian resepi Ayam Percik  Ala Kelantan yang best ni....


Ayam Percik
Resepi :  Kak Yani

Bahan :
1 ekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa @ asam keping
cili kering - optional... kalau nak kuah merah
garam dan gula secukup rasa
cili padi - Mas tambah untuk kuah yg pedas


Cara :
Blend bawang, halia, serai, ketumbar, jintan...pastu peraplah dalam 1/2 jam.
Masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dalam periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
Bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
Hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2.


Friday, August 3, 2012

Agar2 Santan Gula Merah




Assalamualaikum.
Dessert untuk juadah berbuka 2 hari lepas, Mas buat Agar2 Santan Gula Merah. Bila tengok Izahdaut buat hari tu, terus jadi teringin, jadi Mas terus buat, kebetulan bahan2 memang dah ada.....sedikit kelainan dari Agar2 Pandan Bersantan sebab rasa gula merah tu.....memang sedappp...


Agar2 Santan Gula Merah
Resepi : Kak Watie
Sumber : Kak Jun dan Izahdaut 

Bahan :
10gm agar2 *izah guna agar2 serbuk
1/2 cwn gula merah
1/4 cwn gula putih
 1150ml air
120 ml air + 1 paket santan serbuk 
1 biji telur - pukul ngan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara :
Masak air dengan gula dan daun pandan hingga mendidih dan kemudian tapis.
Masukkan agar2 dan masak lagi hingga semua adunan larut. 
Kecilkan api, tuang campuran santan, garam dan kacau hingga mendidih. 
Kemudian masukkan kedalam acuan dan sejukkan.


Wednesday, August 1, 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies




Assalamualaikum.
Nak menghabiskan stok cheese, Mas buat lagi Red Velvet Marble Cheese Brownies yang sedapp nie. Resepi datangnya dari Kak Maz - Ilhamdapur dan telah dipopulerkan oleh Kak Anim - My Kitchen......dan gara2 entry makcikkk Izahdaut sorang ni la, Mas mencubanya tahun lepas....tima kasih pada semua atas perkongsian resepi Red Velvet Marble Cheese Brownies yang sangat best nie....sesuai sangat dibuat untuk juadah hari raya nanti....
Selamat mencuba yerkkk....


Red Velvet Marble Cheese Brownies
Entry sebelum ni : MasDuniaku

Bahan :
 ( loyang 4 segi 7x7 inci ) 

125 g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek @ tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60 g mentega - suhu bilik
110 g gula halus  - * izah letak 100gm
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120 ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Cara :
1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.





Lapisan Cheese

Bahan :
200 g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B @ A - suhu bilik
60 g gula galus  - * izah letak 50gm
1 sudu besar jus lemon


Cara :
1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30 - 35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). 
4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. 
5. Selamat Mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...