Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, July 30, 2012

Kuih Jongkong Mangkuk - Sedapp sangatttt




Assalamualaikum.
Rezeki dibulan Ramadhan, masa membelek2 ruangan Myresepi, dengan tak sengaja, Mas terjumpa resepi Kuih Jongkong Mangkuk resepi dari Kak Fida@myresepi. Mungkin ada yang perasan, Mas memang banyak mencuba resepi dari Kak Fida ni....disebabkan banyak resepinya yang sempoi2 dan tak menghampakan....jadi Mas terdetik untuk mencuba Kuih Jongkong Mangkuk ni.
Inilah first time Mas kenal dan lihat Kuih Jongkong Mangkuk. Dan first time merasanya...masyaAllah....sedappppppp sangat...gabungan air gula melaka dengan tepung tu memang serasi .....bila dah start makan Kuih Jongkong Mangkuk ni, memang susah nak stop...sangat mengasyikkan....
Tima kasih pada Kak Fida atas resepi kuih yang mabeless ni...sayang akak...
Sememangnya resepi2 Kak Fida ni terbaik....sayang sangat Kak Fida tak de blog....apa pun perkongsian resepi2 dari akak di Myresepi amatlah dihargai....
Untuk lihat resepi Kuih Jongkong Mangkuk yang asli iaitu yang dibungkus dengan daun pisang, boleh lihat didapur ika Bangkok - Arah dan juga dapur Kak Q - Qasehqu Quinnie, yang Mas buat ni versi moden....he3...tapi kalau nak dapatkan keharuman daun pisang tu, boleh la lapik daun pisang dalam bekas comeii tu...senang kan....
Untuk lihat cara2 membuat Kuih Jongkong Mangkuk ni, bolehlah lihat DISINI.


Kuih Jongkong Mangkuk


Bahan :

 24 mangkuk plastik 100ml 

Untuk Lapisan Bawah :
 gula melaka secukupnya dihiris2 halus atau gula merah

Adunan Hijau :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - Mas guna tepung jagung
5 cawan santan cair = ( 100 ml KARA + air )
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur

Adunan Kuning :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - Mas guna tepung jagung
5 cawan santan pekat = ( 400ml KARA + air )
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning




Cara :
 Letakkan 1/2 sudu besar hirisan gula melaka @ gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.
 Campur kesemua bahan hijau,kacau sebati, tapis, kemudian masukkan kedalam periuk dan masak hingga hampir pekat dengan api yg kecil..sentiasa kacau hingga adunan pekat dan likat serta licin yerk atau berkilat dan boleh tuup api. Memang agak letih sikit nak mengacau sebab mengambil masa lama.
 Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk yang berisi hirisan gula melaka dan kukus hingga gula mencair dalam 8 minit.
Sementara itu, campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat, sama seperti adunan hijau tadi dan matikan api.
Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15 min.
Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.


Sunday, July 29, 2012

Bendi Goreng Dgn Telur & Ayam Goreng Sempoi




Bendi Goreng Dgn Telur

Bahan2:
10 - 12 biji kacang bendi
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
3 biji cili padi 
1 biji telur - dikocok sedikit
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam dan gula - jika suka
minyak

Cara:
Basuh kacang bendi dan toskan. Biarkan kering atau boleh juga kalau nak dilap dgn kitchen towel.
Bila bendi dah kering baru dipotong serong. Ketepikan.
Tumbuk kasar bawang merah, cili merah dan cili padi (tak perlu sampai lumat).
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg ditumbuk tadi.
Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan telur dan kacau hingga menjadi spt scramble egg.
Masukkan bendi dan kacau hingga sebati. Biarkan bendi masak sekejap kemudian boleh lah diangkat. (bendi tak perlu di goreng lama supaya ianya tak menjadi lembik)
Mas biarkan berkuah sikit.

* teknik memotong bendi bila ianya betul2 kering adalah utk mengelakkan ia mengeluarkan lendir semasa dlm proses memotong dan ini akan menyebabkan masakan bendi ni nanti akan menjadi berlendir.
** boleh juga dilapkan pisau selepas memotong 3 atau 4 bj bendi untuk mengelakkan bendi mengeluarkan lendir.




Ayam Goreng Sempoi
Resepi : MasDuniaku

Bahan : 
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
2 sudu besar serbuk kari daging 
1 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk cili @ cili kisar
1/2 sudu besar serbuk kunyit 
1/2 sudu kecil soda 
1/2 sudu kecil air kapur makan
1 sudu besar minyak jagung @ minyak masak
1/2 kiub ayam
1 sudu kecil gula 
garam secukupnya 
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 tepung beras


Cara : 
Satukan kesemua bahan di atas dan gaul hingga sebati.
Kemudian perap hingga 2 jam lebih atau semalaman.
Panaskan minyak yang banyak dalam periuk ( minyak agak2 ayam tenggelam ) dan goreng ayam hingga masak keemasan dengan api sederhana dan ditutup dengan tudung periuk, bertujuan mendapatkan ayam yg garing diluar dan isi dalamnya tak kering.
Selamat mencuba! 


Saturday, July 28, 2012

Ayam Masak Kicap Kerisik




Assalamualaikum.
Lauk untuk berbuka semalam, Ayam Masak Kicap Kerisik. Menerai lagi resepi dari KakFida@myresepi.com yang senang dibuat dan sangat sedappppp.....hanya perlu hiris2 @ cincang bahan2 dan perap dengan ayam dan kemudian dimasak.....sangat mudahhh....tak rugi tau untuk mencuba resepi Kak Fida nie...Kak Yati - Sinar Kehidupanku pun dah menerainya dan mengakui kesedapan Ayam Masak Kicap Kerisik ni...memang terbaikkk

Ayam Masak Kicap Kerisik

Bahan :
 ( 8 - 10 orang )

1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil, bersihkan dan toskan
3 - 4 biji bawang besar *
8 ulas bawang putih *
3 tangkai lada merah @ hijau *
3 batang serai **
1 ibu jari halia **
1/2 cawan pes cili kering
1/2 botol kicap manis @ pekat manis
sedikit belacan bakar
1/4 cawan air asam jawa
3 sudu besar penuh kerisik
garam, gula secukup rasa jika perlu
sedikit air jika perlu
1/4 - 1/2 cawan minyak masak - untuk menumis


Cara :
Hiris halus bahan2 bertanda *
Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati. Perap 1/2 jam atau semalaman .
Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.
Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...
Selamat Mencuba... :)



Friday, July 27, 2012

Puding Roti Sos Kastard





Assalamualaikum.
Walaupun dah banyak kali Mas buat Puding Roti Sos Kastard nie, tak de salahkan nak ulang tayang lagi....puding yang sentiasa mendapat sambutan kat rumah, ada juga yang order ngan Mas puding nie dan Alhamdulillah, adik tu sampai mesej ucap terima kasih dan puji sedapppp......syukur rasanya kan bila masakan kita orang suka.
Untuk Puding Roti Sos Kastard kali ni, sajerk Mas try masukkan dalam cup, hadiah dari seorang akak blogger....rasa puding ni tetap sedap dan nampak cantik bila dalam cup tu...tak payah nak potong2...
Dah dapat satu idea, lain kali kalau nak jamu tetamu dengan Puding Roti Sos Kastard, boleh buat gini...tinggal tuangkan sos kastard jerk...tak payah potong2 ....senangkan....jadi kalau ada lebihan roti tu, buat la Puding Roti Sos Kastard nie....memang terbaikkkk


Puding Roti Sos Kastard
Sumber : Kak Hana, Izahdaut

Bahan :
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter - cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis




Cara :
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.




Untuk Sos Kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard - hana ltk 11/2 sb je..
2 sudu besar gula

Cara membuat kuah @ sos Kastard :
 Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.




Thursday, July 26, 2012

Agar2 Merah @ Sirap





Assalamualaikum.
Dessert yang penuh dengan nostalgia....teringat zaman budak2 dulu....kalau sebut agar2....terbayang hanya agar2 merah @ sirap ni....memang tak de agar2 macam sekarang ni yang pelbagai jenis, warna dan rasa......dulu, dapat makan Agar2 Merah @ Sirap ni pun selalunya bila hari raya, jamuan atau kenduri ....rasa sirap tu memang tetap dihati dari kecik sampai sekarang...Ain ngan Daniel pun suka agar2 ni...apa lagi bila dah disejukkan...nyamann jerk masuk mulut...
Untuk kali ni, Mas sajer guna bekas comei bunga rose ni...hadiah dari seorang teman blogger...rasa tak sabar2 nak rasmi bila tengok bekas ni...jadi masa Mas buat agar2 merah @ sirap, teringat bekas rose ni...apa lagi...terhasillah Agar2 Merah @ Sirap bentuk bunga rose yang comeii nie...teruja Ain ngan Daniel nengoknya. Kalau untuk jamuan, boleh juga buat Agar2 Merah @ Sirap bentuk gini....memang menarik minat anak2 dengan bentuknya yang comei selain warnanya yang menarik.
Walaupun membuatnya simple, Mas letakkan juga resepinya untuk dirujuk, kadang2 bahan2 dah tahu, sukatannya pulak yang meragukan kan....jadi boleh guna sukatan resepi ni, Mas copy dari Majalah Rasa keluaran Oktober 2008.


Agar2 Merah @ Sirap
Resepi : Mas copy resepi dr Majalah Rasa keluaran Oktober 2008
Sumber : MasDuniaku


Bahan :

25 g agar-agar bertali - dalam peket panjang
125 ml pati sirap
240 gm gula @ ikut manis
1.25 liter air
1 helai daun pandan
sedikit pewarna merah jika perlu





Cara membuatnya :

Satukan agar2 bertali dgn air dan masak hingga agar2 hancur.
Kemudian masukkan gula secukup manis dan kacau hingga adunan larut dan sebati.
Masukkan pati sirap dan daun pandan. 
Biarkan hingga mendidih.
Tapis dan tuang ke dalam loyang @ bekas agar2 yang disukai.
Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk.
Potong dengan pisau bersegi jika guna loyang @ keluarkan dari bekas agar2 dan boleh dihidangkan. 
Sedap dimakan sejuk2 dari peti ais....

Nota : 
Bekas agar2 tu dibasahkan dulu, baru tuang agar2 supaya senang nak keluarkan dari bekas nanti .




Wednesday, July 25, 2012

Kuih Tepung Pelita





Assalamualaikum.
Antara kuih wajib dibulan Ramadhan...
Semalam masa sembang2 kat fb, ramaii juga yang dah buat Kuih Tepung Pelita untuk juadah berbuka dan semestinya Kuih Tepung Pelita resepi Kak Yani yang menjadi pilihan. Kalau tengok kat myresepi pun, ramaiiii yang dah mencubanya. Mas dah pernah buat sebelum nie, kiranya ini kali ke-6 kot...he3
Pada Mas, Kuih Tepung Pelita resepi Kak Yani ni memang terbaikkk...kuih yang sedappp...tak payah kukus, hanya kacau2 dalam periuk dan tuang dalam bekas....kuihnya lembuttt jerk..manisnya pun sedang2 elok ...Mas try tabur gula pasir sedikit atas lapisan hijau macam yang izahdaut katakan semalam...hmmm...sedappp tau.


Kuih Tepung Pelita
Sumber :  izahdaut

Bahan2 ( 12 cups - bergantung pd saiz bekas )

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 sedikit garam




Cara :

Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.


NOTA: 
Mas pun ikut Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sudu besar tepung ubi. 
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sudu kecil gula pasir.



Tuesday, July 24, 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese





Assalamualaikum.
Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie dah banyak kali Mas buat......rasanya dah 10 kali dah kot....dan tetap menjadi kesukaan sesiapa sajerk yang merasanya. Baru2 ni, seminggu sebelum puasa, Mas buat lagi untuk Ain bawa kejamuan, Kek Lapis Kukus Cream Cheese dan Apam Strawberi yang Mas tunjuk hari tu....Alhamdulillah, ramaii yang suka Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie. Kata Ain, kejap jerk habisss....Alhamdulillah, seronok rasanya bila makanan yang kita masak habiss dimakan.


Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber : Izahdaut , Kak Anymzz

Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
Mas satukan semuanya dan blend hingga sebati.





Bahan B  -  Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @ masak
1 cwn tepung gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder




Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....


Nota :
Untuk kek coklat, Mas menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira diseparuhkan.

Nota kak Yatie: 
Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-) 



Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....



Sunday, July 22, 2012

Kek Batik Coklat Cheese Pesona





Assalamualaikum.
Dessert untuk berbuka semalam....Kek Batik Coklat Cheese Pesona.
Memang amat mempersonakan bila dimakan....sedappp sangat...gabungan Kek Batik ngan cheese ni amat serasi.....
Tima kasih pada Izahdaut yang menggabungkan KEK BATIK COKLAT BERAGAR-AGAR dan KEK LAPIS CHEESE PESONA RYO dan hasilnya terciptalah Kek Batik Coklat Cheese Pesona yang sangat sedappp ni...Ain ngan Daniel kata mak boleh dapat markah 100 untuk kek ni.....memang akan diulang buat lagi nanti...
Terima kasih pada tuan resepi Kek Batik Coklat Beragar2 dan Kek Lapis Cheese Pesona Ryo kerana menyumbangkan resepi yang hebat dan pada Izahdaut yang menyatukanya menjadi satu kek yang sangat lazat. tq semuaaaa


Kek Batik Coklat Cheese Pesona
Olahan Resepi : Izahdaut
Sumber : Kak Nor

Lapisan Coklat
Resepi Asal: mylla@myresepi.com
Idea : Noorsha
Sumber : HaSue

Bahan :
2/3 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat ( tin 505g ) - hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie  * tak habis 1 kampit


Cara :
Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya).
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.



Lapisan Cheese
resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan2: (Saiz 9x9)
Bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
*ikut kak Nor guna perisa kopi 
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B:
500 g cheese cream ( Philadelpia @ Tartura )
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik @ kertas minyak @ baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu ( suam2 panas )....terus susun dalam bekas.....( Celup 1 saat je taw )
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.





Thursday, July 19, 2012

Biskut Telur Rebus





Assalamualaikum.
Panaskan sikit dulu enjin ngukis nie...apa lagi nampak Noorsha tayang Biskut Telur Rebus...lagi la rasa tak sabar2 nak ngukis. First time dengar Biskut Telur Rebus, rasa macam pelik jerkk....tapi rasanya...memang sedappp....biskut orang lama2..memang sentiasa dihati...bahan2nya pun simple dan senang dibuat....godek2 jerk...dah boleh terap dan bakar....memang simple dan yang penting...sedappp
Dikesempatan ini..Mas ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan buat semua....Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dan melakukan ibadah sunat dengan sebaiknya dalam bulan Ramadhan kali ini...insyaAllah


Biskut Telur Rebus
Resepi : Mamajay
Sumber : Noorsha

Bahan² :
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )
2 cawan gula halus - Mas kurangkan jadi 1 1/2 cawan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta @ butter
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja )
badam hiris secukupnya untuk hiasan






Cara² :
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.
2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris. 
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...