Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, May 18, 2012

Kaswi Gandum Lagi...




Assalamualaikum.
Walaupun baru jerk tayang Kaswi Pandan Lemak minggu lepas, meh layan Kaswi Gandum pulak...kalau tajuknya ada LAGIIII.....hmmm....memang dah jadi resepi peberet Mas la tu...memang dah banyak kali Mas buat Kaswi Gandum ni. Kali ni sajerk tak masukkan air kapur tu.....Alhamdulillah...Kaswi Gandum ni tetap sedappp rasanya dan goyang2 ala inul...hahahaha
Resepi asal datangnya dari Chef Hanie liza - Fotopages. Terima kasih yerk kak, Mas kongsikan pulak disini lagi yerk...memang terbaikkkk Kaswi Gandum resepi akak nie....untuk Kaswi Gandum sebelum nie, boleh lihat DISINI.


Kaswi Gandum
Sumber : MasDuniaku.

Bahan Sirap :
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
* Mas ikut Izah tambah beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji @ ubi @ jagung
1 sudu kecil kapur kueh - optional - Kali ni Mas x letak
Kelapa parut - yang muda
Sedikit garam




Cara:
Panaskan kukusan.
Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
Masakkan sehingga masak  ( 30 minit ).
Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
Lumurkan kaswi yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Mas buat 1/2 adunan pun dapat banyak , puas makan untuk 4 orang...jadi untuk family besar, 1 adunan memang cukup elok, boleh dapat 1 loyang besar.....


Tuesday, May 15, 2012

Pau Lembut




Assalamualaikum.
Dah jemu tengok Gulai Ayam nun bawah tu....he3...meh layan Pau Lembut pulak...Mas buat Jumaat lepas....jadi dah lama habisss yerk...melayan lagi entry tertunggak...tak kisah la kan...janji update blog....hahahaha
Sebenarnya memang dah lama geram tengok kekawan asyik tayang pau..cuma tunggu betul2 teringin baru Mas buat, maklom la, sekarang ni mood rajin dah kurang sikit....pepaham la kan...Alhamdulillah....bila dah buat...banyak ketul juga Mas makan....kiranya puas hati bila sesekali buat pau...baru beria2 makan....
Kali ni Mas try resepi Kak Ton@myResepi pulak....ni gara2 tengok Tun - Life is a constant battle menayang kat dapurnya....tu yang jadi lagi teringin mengepau....hmmm..memang mabeless pau lembut ni...lembut gebu macam namanya....

Pau Lembut

Bahan : 
250g @ 2 1/2 cawan  tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh ) Mas guna tepung gandum jerk
3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
50g @ 4 sudu makan gula castor 
20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening )
2g @ 1 sudu teh - bread softener
1/2 cawan air suam




Cara :
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :
 Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.

Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

Untuk inti :
 bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.

Untuk mengukus :
 Didihkan air didalam periuk pengukus. 
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. 
Kukus pau selama 10 minit.

TIps : 
Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..
mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya. 
Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..
Selamat mencuba...


Friday, May 11, 2012

Gulai Ayam



Assalamualaikum.
Hari nie meh layan Gulai Ayam yang special ni pulak, special sebab menggunakan rempah gulai cap bunga ros yang datangnya dari seorang akak yang sentiasa awet muda tu....terima kasih yerk kak....moga makin murah rezeki akak sekeluarga....
Rumah Mas ni kalau gulai @ kari, memang laku sangat....apa lagi Mas masak Gulai Ayam nie guna rempah gulai cap bunga ros...makin berselera tengok Ain ngan Daniel makan...untuk lebihan kuah gulai tu, Mas colek ngan roti, memang sedapp...
Untuk resepinya, Mas copy dari Kak Nor - Secubit Garam. Izinkan Mas kongsikan disini pulak yerk kak....thanks...


Gulai Ayam

Bahan :
1 ekor ayam - dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup *  ( *diblend )
3 sudu besar rempah gulai - bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 biji ubi kentang - dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat - boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula - boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan - optional
minyak

Bahan Penumis :
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara memasak :
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yang diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak ( boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok )
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lagi hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula ( atau nisan @ gula melaka ) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Nota :
Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.




Wednesday, May 9, 2012

Kaswi Pandan Lemak



Assalamualaikum.
Kali nie meh layan entry tertunggak dulu...Kaswi Pandan Lemak ni Mas buat Isnin yang lepas...masa buat sarapan, terus godek2 buat Kaswi Pandan Lemak ni. Senang jerk membuatnya...he3
Ni gara2 terliur tengok Kaswi Pandan Lemak yang HaSue buat Rabu lepas, jadi teringin nak mencubanya...hmm...memang sedapp...terasa lemak santan tu...dan Mas tukar tepung ubi kayu dengan tepung jagung...dan Mas lebihkan air tu untuk dapatkan kaswi yang ala2 goyang inul.....terima kasih pada tuan resepi kak besah@myResepi.comKak Q dan Kak Naz pun dah menerainya. Memang sedapp Kaswi Pandan Lemak ni...suka sangat...


Kaswi Pandan Lemak
Sumber : HaSueKak Q dan Kak Naz 

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu - Mas guna tepung jagung
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai - Mas guna 2 cawan air untuk dapatkan kaswi yang goyang2 inul...
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur  - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.

secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.



Cara membuatnya :
Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. 
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup. 
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam. 



Tuesday, May 8, 2012

Nasi Kabsa



Assalamualaikum.
Meh layan Nasi Kabsa pulak hari nie. Menu lunch family Mas semalam, kebetulan Kak Anim pun tayang Nasi Kabsa ni semalam. Atas pemberian rempah Nasi Kabsa dari seorang akak yang cantikk manis....dapat juga Mas sekeluarga merasa Nasi Kabsa yang sedappppp nie...nak membuat Nasi Kabsa ni pun senang jerk...
Alhamdulillah...suami dan anak2 sukaa...plan lagi lepas nie nak try guna kambing lak..he3...untuk resepinya Mas copy dari Kak Nor - Secubit Garam dan resepi asal dari Resepiraidah. Lupa pulak nak ambil gambar kuah cili yang digadingkan ngan Nasi Kabsa nie...memang terbaikk...

Nasi Kabsa
Resepi : Resepiraidah

Bahan :
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati - cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot - diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam @ kering - dicucuk bahagian tengahnya 
1 biji lada bengala merah (red capsicum) -  dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji @ serbuk
2 biji cili merah -  jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)




Cara penyediaan:
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan bawang besar dan goreng sehingga wangi. 
Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula. 
Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras.
Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak. 
Kacau @ gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.


Nota :
Untuk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
Untuk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. 
Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.



Monday, May 7, 2012

Ayam Panggang Halia



Assalamualaikum.
Ayam Panggang Halia ni Mas buat Jumaat lepas.....sama ngan entry Kak Rose - My Kuali, cuma hari ni baru nak postkan Ayam Panggang Halia yang sedapp nie...tak rugi untuk penggemar2 ayam panggang untuk mencuba resepi Ayam Panggang Halia ni pulak...memang sedapp....resepi Mas copy dari Tun Telani yang berjaya menggoda Mas ngan entry Ayam Panggang Halianya. Sebelum tu memang dah tergoda nengok Kak Ummi - Home Sweet Home menayagnya...tapi tertangguh jap..he3....terima kasih pada tuan resepi Chef Hanieliza atas resepi ayam panggang yang sedapp nie..like sangatt....


Ayam Panggang Halia
Resepi : Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Sumber : Tun Telani 
Dirujuk dan Olahan Cara : Kak Ummi - Home Sweet Home 

Bahan Utama :
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan Kisar :
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah


Cara Memasak :
Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
Hidangkan bersama salad dan timun. Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!



Friday, May 4, 2012

Roti Sosej - Basic Dough Lagiiiii



Assalamualaikum.
Hari ni meroti lagi....dan selalunya Roti Sosej menjadi pilihan....dan resepi Basic Dough juga yang menjadi pujaan hatiku....malasss bebenar nak godek2 cari resepi baru....he3....terima kasih pada tuan resepi Kak Nor - Secubit Garam atas resepi Basic Dough nie....likeeeee sangatttt...roti ni la yang Mas cicah ngan gulai ayam tadi kak...he3....

Roti Sosej - Basic Dough
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
380 gm tepung high protein (tepung roti) - Mas guna tepung gandum
3 sudu besar susu tepung - Mas tak letak
80 gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 biji telur A - dikocok siket dgn garfu
100ml air - Mas ganti dengan susu segar sebab tak letak susu tepung
100 gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gm butter - Mas guna marjerin
30 gm shortening




Cara membuatnya :
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

Nota :
kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.



Thursday, May 3, 2012

Kuih Tepung Bungkus



Assalamualaikum.
 Satu lagi kuih lama yang menjadi kegemaran sepanjang zaman...suka sangat ngan Kuih Tepung Bungkus dari kecil sampai sekarang...klu dulu arwah tok selalu buatkan  bila Mas balik kampung....sememangnya rindukan airtangan arwah...Al fatihah untuk arwah...
Alhamdulillah, sekarang dah pandai buat sendiri...kuih2 tradisi ni sebetulnya simple dan senang dibuat...antara rajin atau tidak jerk...mungkin terasa remeh sedikit sebab  menggunakan daun pisang contohnya...tapi aroma daun pisang tu yang membangkitkan kesedapan menikmati Kuih Tepung Bungkus nie...
Kali ni Mas try resepi dari princessharyati@myResepi.com, rupanya resepinya lebih kurang sama macam yang Mas buat dulu DISINI. Cuma kali ni tepungnya agak lembikk sikit...he3..rasanya, tetap sedappp...
Kuih Tepung Bungkus ni Mas buat ahad lepas, masa adik ipar datang bertandang, jadi dah abiss yerk...layan gambar jerk lah...he3


Kuih Tepung Bungkus
Resepi : princessharyati@myResepi.com


Bahan :
1 cawan tepung beras 
2 cawan santan 
sedikit garam
daun pisang - untuk membalut


Bahan2 inti :
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 sudu besar gula
1 helai daun pandan




Cara membuat :
Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran yang diperlukan. Lap daun pisang bersih2.
Satukan semua bahan inti dan gaul rata. Kemudian kacau atas api perlahan hingga kering. Sejukkan kemudian bulat2kan inti kelapa tu.
Bancuh @ sebatikan tepung beras dengan santan. Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
Letakkan 2 sudu besar bancuhan tepung diatas daun pisang. Kemudian letakkan inti yang telah dibulat2kan.
Tutup daun pisang dan lipat kedua2 hujung daun dan kukus selama 15 minit.




Wednesday, May 2, 2012

Apam Tepung Gandum



Assalamualaikum.
Entry pertama dibulan Mei....hmm..kejapp jerk kan masa berlalu.... 5 minggu lagi kami sekeluarga akan mendapat ahli keluarga baru...mudah2an segalanya dipermudahkan....Amin....berdebar - debar pulak rasanya....he3
Mencuba lagi resepi dari Kak Fida@myResepi.com. Memang terbaik Apam Tepung Gandum nie...Resepi Apam yang sangat simple tapi sedapppp....terima kasih kak Fida....sememangnya resepi2 akak tak pernah menghampakan...memang terbaik..


Apam Tepung Gandum

Bahan :

4 1/4 cawan tepung gandum - diayak (akak guna 1/2 kilo)

3/4 cawan gula hitam ( Mas ikut Kak Fida guna gula perang dan gula pasir - dicampur)

2 1/2 cawan air - Mas letak lebih sikit sbb adunan nmpk agak pekat 

1 peket yis Mauripan

secubit garam - opt - Mas letak

sedikit pewarna bright red - Mas tambah

kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk makan bersama apam





Cara membuatnya :
Loyang disapu minyak sekeliling.
Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.
Tepung gandum dan gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis tadi sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk @ senduk hingga adunan sebati, licin dan tak berbintil2. 
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda, selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam. Jadi jangan tuang adunan kedalam loyang penuh yerk...biarkan berbaki 1/2 loyang supaya adunan tak melimpah nanti.
 Panaskan kukusan dan terus kukus adunan apam tadi selama 30 - 40 min.
Biar apam benar2 sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa parut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...