Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, April 27, 2012

Puding Kek



Assalamualaikum.
Masa Izahdaut tayang Puding Kek hari tu, terus jadi teringin nak memuding, tapi Mas buat 4 hari lepas tu...kes serbuk agar2 habisss...he3...jadi bila semua bahan dah ada, Mas pun mencuba Puding Kek nie....hmmmm....rasanya nmemang sedappp...suka pulak Daniel ngan Ain makan...satu gabungan yang serasi...terima kasih pada Kak Dayang Jack atas resepinya...Puding Kek Mas nie agak comot bila dipotong.....agaknya tak sejuk betul2 kot....hmmm....orang kalau dah tak sabar2 merasa, gini la...layan jerk...janji puding tu sedappp....

Puding Kek
Resepi : Kak Dayang Jack
Sumber :  Izahdaut

Bahan :
3 cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit jika nak lebih manis - bergantung pd kemanisan kek)
3/4 cawan susu cair
1 sk esen vanilla
hirisan kek secukupnya (dipotong kiub @ ikut suka)


Cara membuatnya :
Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dgn air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yg sudah dipotong tadi.
Sejukkan sebelum hidang.


***adunan agar2 ini juga sesuai utk puding koktel tetapi sukatan gula perlu ditambah sedikit.




Thursday, April 26, 2012

Ayam Masak Kicap





Assalamualaikum.
Melayan lauk kegemaran Ain ngan Daniel pulak...memang selalu jugak Mas masak Ayam Masak Kicap nie....opss..sebenarnya mak abah Ain ngan Daniel pun suka Ayam Masak Kicap nie....siap ratah gitu jerk...hahaha
Resepi yang simple tapi sedappp...jadi Mas kongsikan disini pulak....kali ni Mas tak gunakan Kicap Campur, hanya bahan2 yang ringkas jerk....jom tengok resepinya...kalau ada yang tertarik...sila2 la mencubanya yerk....untuk resepi ni, Mas tak de letak sukatannya...main agak2 jerk...janji rasanya sedappp...


Ayam Masak Kicap
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
ayam - dipotong kecil2
kicap lemak manis
sos tiram - sukatan sos tiram nie suku dari sukatan kicap lemak manis yerk
sedikit serbuk lada sulah @ serbuk lada hitam
sedikit kiub ayam
sedikit garam - jika perlu
sedikit air panas - optional

 Bahan tumis :
( semuanya dihiris2 nipis ) 
bawang besar - boleh letak sebiji @ lebih 
bawang putih - seulas 2 jerk
sedikit halia
cili merah - sebiji @ lebih

Cara memasak :
Panaskan kuali, tumis bahan2 tumis hingga wangi.
Masukkan ayam yang dipotong kecil2 tadi dan kacau sebati.
Biarkan ayam tu selama 10 - 15 minit dengan api perlahan. Kacau2 sama yerk dalam tempoh tu...
Ayam tu akan kelihatan kecut dan air ayam akan keluar....masukkan sos tiram, kicap lemak manis, serbuk lada sulah @ lada hitam dan sedikit kiub ayam.
Kacau sebati dan biarkan dalam 5 minit.
Rasakan dan boleh tambah garam jika suka dan sedikit air panas jika kuahnya sedikit, bergantung pada anda sendiri, Mas memang tambah sedikit air untuk dapatkan kuah lebih.
Biarkan dalam 10 minit dan boleh tutup api.
Ayam ni dimasak dengan api perlahan yerk dan lama sikit untuk dapatkan ayam yang lembut2 gitu...
Selamat Mencuba......



Tuesday, April 24, 2012

Lepat Pisang



Assalamualaikum.
Jomm sarapan Lepat Pisang pagi nie. Mas buat petang semalam, boleh buat sarapan sekali untuk pagi nie...masa selongkar Myresepi cari resepi Lepat Pisang, terjumpa pulak resepi Lepat Pisang yang menggunakan tepung beras, terus tertarik nak  mencuba resepi ni....selalunya Mas guna tepung gandum jerk...hmmm....sedappp pulak lepat Lepat Pisang ni bila menggunakan tepung beras...lembutt jerk lepatnya....memang sedappppp....terima kasih pada tuan resepi yongnani....untuk membuat Lepat Pisang ni, Mas mengggunakan pisang masam dan agak2 jerk untuk sukatannya....Alhamdulillah...sedappp Lepat Pisang Mas ni....

Lepat Pisang

Bahan  :

 ( Dapat dalam anggaran 15 biji )

12 biji pisang abu - dilenyek

3/4 - 1 cawan tepung beras

3 sudu besar gula

1/2 biji kelapa parut - putih sahaja

secubit garam

daun pisang - dilayur di atas api dipotong 15cm setiap satu - anggaran shj




Cara membuatnya :
Campurkan tepung beras dan gula bersama pisang yang sudah dilenyek.
 Kacau hingga sebati, ( kalau cair tambah sedikit tepung beras lagi, agak2 macam buat cokodok tapi adunan cair sikit )
Gaulkan garam bersama kelapa parut dan ketepikan.
Kemudian ambil daun pisang dan letakan adunan pisang sebanyak 2 sudu makan atau 1/2 senduk. 
Kemudian letakan kelapa parut di atas adunan tadi.
Lipat daun pisang tu, ala macam yang selalu kita beli tu dan susun dalam loyang pengukus sehingga adunan habis
Panaskan air dalam pengukus dan kukus lepat pisang tadi bersama-sama selama 20-30 minit ( tak perlu tunggu air mendidih)


Saturday, April 21, 2012

Roti Sardin Rangup



Assalamualaikum.
Meh layan Roti Sardin  yang selalu Mas buat...
Simple dan sedapp rasanya....
Dan Mas kata rangup sebab roti ni digaringkan sekejap di non-stik kuali setelah disapu marjerin.....
Makan masa panas - panas....memang syok....tak sedar berkeping - keping masuk mulut....he3
Jadi meh layan resepinya yang simple nie...
Selamat Berhujung Minggu buat semuaa...

Roti Sardin Rangup
Resepi : MasDuniaku

Bahan inti sardin :
sardin  1 tin kecil
 bawang besar ( ikut nak byk mana )  - dihiris2 
sedikit cili padi - dihiris2
1 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
sedikit jus limau nipis 

Caranya :
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak, tumis bawang besar, sekejap jerk dan masukkan sardin yang telah dihancurkan dan sosnya sekali.
Kacau dan masukkan cili, lada sulah, sedikit garam, sedikit jus limau.Sebatikan dan biar sebentar dan tutup api.
Masukkan mayonis dan sebatikan dan masukkan dalam bekas, ketepikan.

Bahan lain :
Roti
marjerin
air - untuk lekatkan roti tu

Caranya :
Ambik sekeping roti dan sapukan air disekeliling hujung roti tu.
Kemudian letakkan 1 sudu besar sardin tadi ke atas sekeping roti dan lipat biar bentuk 3 segi...
Ambik garfu dan tekan2 keliling roti tu..
Ambik marjerin dan sapu dibalik kiri dan kanan roti tadi dan tekapkan ke non-stik kuali yang panas......
Biarkan seketika hingga garing keperangan dan terbalikkan yang sebelah lagi...
Angkat dan boleh dimakan..
Sedap dimakan ketika panas2....



Friday, April 20, 2012

Nasi Goreng Planta - kesukaan anak2



Assalamualaikum.
Nasi Goreng Planta ni memang menjadi kesukaan Ain ngan Daniel, kadang - kadang sampai Mas pun join makan sekali....nasi goreng yang senang dibuat dan sedappp...tak payah nak sediakan banyak ramuan dan tumbuk bebahan pelbagai...main campak2 jerk dalam kuali...siappppppp........ni gara2 iklan nasi goreng planta kat tv la...ada pulak permintaan, jadi Mas pun buat......memang sedappp.....

Nasi Goreng Planta
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
2 cawan nasi
2  sudu besar planta
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
1/2 sudu kecil secukup rasa - optional
mix vegs, sosej , isi ayam

Cara memasak :
Panaskan planta sampai cair. 
Masukkan mix vegs, sosej , isi ayam, secukup rasa dan secubit garam secukupnya. Kacau sebentar.
Masukkan telur (x payah pukul), Kacau kejap.
Terus masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Taburkan lada sulah dan kacau lagi.
Hidangkan dengan telur goreng jika suka. Sedap dimakan ketika panas.



Wednesday, April 18, 2012

Talapia Bakar Berempah Woku Lagiii....



Assalamualaikum.
Entah berapa kali Mas buat Talapia Bakar Berempah Woku nie....memang sedapp sangat....diikutkan, resepi asal Talapia Bakar Berempah Woku nie dari Majalah Sedap yang telah dikongsikan oleh Kak Ummi, maceh kak....muahhhh....dan menggunakan ikan siakap...tapi Mas lebih sukakan talapia merah...tetap mabelesssss....hingga menjilat jari kalau dah start makan ikan bakar nie...pada Mas, inilah resepi ikan bakar yang paling terbaikk...sape yang pernah merasa jerk yang tahu kesedapannya.....boleh lihat DISINI untuk entry sebelum ini...

Talapia Bakar Berempah Woku 

Bahan : 
2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Mas guna talapia merah
2 sudu teh air perahan limau nipis 
1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya 
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong  
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  1. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  1. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  1. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  1. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  1. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  1. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  1. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  1. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...




Monday, April 16, 2012

Kuih Kaswi Blacmore



Assalamualaikum.
Tengok Kaswi nie, teringat kisah HaSue dan Kaswinya....sabar jerkkk ngan minah sorang tu...Kaswi ni Mas buat sabtu lepas...buat 1/2 adunan pun puas juga makan ngan anak2....terasa sedikit kelainan pada kaswi ni bila terasa nescafe tu....memang sedappp...kaswi nie pun elok jerk bergoyang2 bila dipegang...kiranya tak keras la kan...he3....macam yang Izahdaut cakapkan....lagi resepi kaswi yang harus dicuba .....memang best.....

Kuih Kaswi Blacmore 
Resepi :  sis blackmore & resepidiana
Sumber :  Izahdaut  dan HaSue.

Bahan :
1 cawan gula pasir  *izah guna 3/4 cwn sahaja
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur (cair2 aje)
5 cawan air
1/2 sudu kecil nescafe - untuk aroma yg wangi
2 helai daun pandan carik2  *izah tambah
sedikit minyak utk disapu diloyang

1/2 biji kelapa parut gaul dengan garam




Cara membuatnya :
Masakkan gula pasir dan gula merah bersama daun pandan dengan 2 cawan 
air sehingga gula larut. Juga masukkan nescafe.
Tutup api , ketepikan sebentar.
Campurkan ketiga2 tepung dan bancuhkan dengan 3 cawan air. Kemudian tapiskan air gula yang dimasak tadi ke dalam bancuhan tepung.
Masukkan pula air kapur. Kacau sebati.
Loyang disapu dengan minyak, dan pastikan air pengukus betul2 mendidih.
Kukus adunan selama 30-40 minit, sejuk dan hidangkan.

* Mas pun macam Izah kukus guna acuan lompang yang disapu dengan minyak. Kukus hampir 15 minit. 



Saturday, April 14, 2012

Nasi Lemak Resepi Kak Fida





Assalamualaikum.
Entry terkini dari Duniaku...he3....Alhamdulillah..... baru kekenyangan makan Nasi Lemak Resepi Kak Fida nie....lagi resepi nasi lemak yang best pada Mas...kelainan pada Nasi Lemak Resepi Kak Fida nie adalah sebab bawang putih, bawang merah dan halia dikisar, selalunyakan dihiris jerk....semerbak wangi bau nasi lemak ni apa lagi ditambah dengan daun pandan dan serai yang diketuk...Ain ngan Daniel pun tegur tadi, nape nasi lemak nie lain sikit dari selalu....sememangnya resepi Kak Fida ni selalunya mabeles....dan populer diMyresepi. Sayang Kak Fida tak buka blog...jadi rajin2 lah yerk selongkar resepi Kak Fida ni diMyresepi, ada 300 lebih resepi yang boleh dicuba...banyakkkk tu...jadi Mas kongsikan pulak diDuniaku Nasi Lemak Resepi Kak Fida....memang terbaikk la....

Nasi Lemak Resepi Kak Fida

Bahan ( 6 - 8 orang ) :
500 g beras
santan secukupnya - drpd 1 biji kelapa
2 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 hiris halia - dikisar
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :
ikan goreng @ ayam goreng @ ikan bilis goreng
telur dadar @ telur rebus @ telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng
kangkung goreng dan lain2 ikut selera

Cara memasak :
Beras dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi ( saya guna periuk eletrik ) bersama bahan2 kisar, daun pandan dan serai.
Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dalam periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.
Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.




Friday, April 13, 2012

Roti Inti Sambal Bilis



Assalamualaikum.
Bersiaran lagi setelah menyepi seketika....tetiba pulak fb buat hal..tak boleh buka paparan halaman...jadi kosonggg....semua komen2, Mas tak dapat baca....aduhh...bengang dibuatnya...bila tengok kat fb ( bantuan ) rupanya ramai yang masalah fbnya sama macam mas....nanti2 la godek lagi ....kalau ada yang pernah alami masalah sama macam Mas..tolongggg yerkkk..dah restart balik lappy ni tadi macam yang Izah ngan HaSue kata...tetap sama jerk...huhuhuhuhu
Berbalik pada entry hari nie, kita meroti pulak yerk...entry tertangguh sebenarnya...Mas buat roti ni minggu lepas...tergoda lak nengok Roti Inti Kelapa Harum Pandan yang Kak Ct Delima tayangkan ...memang lembut gebuss roti ni dan Mas letakkan inti Sambal Ikan Bilis. Hmmm...memang sedappp...maceh pada tuan resepi yang cantikk manis Ros JintanManis. Tak lupa juga maceh pada Anna atas pemberian bekas untuk meroti tu....dah lama Anna kasi..baru nak guna..he3 

Roti Inti Sambal Bilis
Resepi : Ros JintanManis.
Sumber : Kak Ct Delima


Bahan ( untuk doh roti) :
300gram tepung roti
2 sudu besar susu tepung @ skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur 
1 1/2 sudu besar butter @ marjerin
120ml susu suam @ air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

baki telur + 2 sudu besar susu segar @ air + beberapa titik madu 



Cara ( Doh Roti) :
Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM) :
 Masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
Kaedah 2, Jika uli tangan : 
Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit doh dan masukkan inti kelapa ( Mas letak sambal ikan bilis ), tutup kemas,  susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit kelapa kering dan jalurkan atasnya dengan srikayapandan, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota :
Macam Mas menggunakan inti 
Sambal Ikan Bilis, Mas masukkan sambal tu dalam esbox selama 1 jam untuk keraskan sikit sambal tu supaya senang nak masukkan dalam doh tu nanti.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...