Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, March 30, 2012

Basic Bread : Garlic Finger Bread



Assalamualaikum.
Garlic Finger Bread ni la yang Mas gadingkan ngan Creamy Chicken Soup yang Mas entrykan semalam. Hmm...satu gabungan yang mantappp....memang best mencicah  Garlic Finger Bread ni ngan Creamy Chicken Soup....ni gara2 tergoda nengok Izahdaut tayang Rabu lepas la....wat meleleh air liur jerk nengoknya...Alhamdulillah...dah merasa dan berpuas hati...
Untuk adunan doh kali ni, Mas tukarkan bread softener dan bread improver ngan water roux ( jadi Mas kurangkan sukatan air tu ) untuk dapatkan roti yang lebih lembut gebu....Alhamdulillah...lembut gebu jerk Garlic Finger Bread Mas ni....seronok sangat...he3

Basic Bread Recipe
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)

Bahan A
500g tepung roti * Mas dan Izah guna tepung gandum
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional - Mas x letak
1 sk bread improver- optional - Mas x letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan
120g water roux

Bahan B
250ml air - Mas letak 170ml jer sbb Mas letak water roux
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur - Mas x letak

Resepi Water Roux
Bahan :
25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara membuat water roux :
Masukan semua bahan di dalam periuk .
Kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)



Cara:
Gaul sebati bahan A
Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan.
Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.
Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
Bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.



Garlic Spread
sumber: Kak Yatie @ Kak Madihaa

Bahan :
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Cara Izah Untuk Finger Garlic Bread :
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!





Thursday, March 29, 2012

Creamy Chicken Soup



Assalamualaikum.
Jangan gosok mata yerk nengok ada entry baru malam nie...sajerkkk tukar angin malam lak..he3..meh layan Creamy Chicken Soup yang sedapp nie. Rasanya lebih kurang macam yang instant...lagi sedapp ada sebab Creamy Chicken Soup ni home made punya....he3
Resepinya Mas dapat hasil pencarian resepi Creamy Chicken Soup ni kat google, terjumpa kat blog Tun Telani yang resepi asalnya dari mohd roslan. Maceh pada kedua2nya.
Creamy Chicken Soup ni Mas makan ngan Garlic Finger Bread, tergoda lak nengok mek ampang tayang hari tu....Alhamdulillah..dah merasa roti dan soup yang diidamkan ni...malam nie  nyenyak la tidur kannn..he3...

Creamy Chicken Soup
Adapted from: mohd roslan
Sumber: 

Bahan :
50 g butter @ margerine
1 biji bawang besar -  potong dadu
2 ulas bawang putih- tumbuk
1/2 cawan tepung gandum
1 keping dada ayam- hiris nipis
2 kiub ayam
1 liter air
1/2 tin susu sejat
1 sk dried oregano
garam


Cara membuatnya :
Cairkan butter @ margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
Masukkan bawang putih dan tumis lagi.
Masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. Masukkan sedikit air dan kiub ayam. Masak sampai kiub ayam larut.
Kecilkan api dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. Gunakan whisker jika perlu.
Masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
Perasakan garam dan masukkan oregano.
Siap! sangat sedap dimakan bersama garlic bread..





Begedil Daging Burger



Assalamualaikum.
Terima kasih pada semua yang mengucapkan happy birthday buat Daniel dan atas doa2nya...Aminnn
Hari ni Mas nak berkongsi satu resepi Begedil Daging Burger yang menjadi kegemaran family Mas, terutamanya anak dara Mas, Ain, suka sangat ngan Begedil Daging Burger nie, Ain boleh ratah gitu jerk..jadi kadang2 Mas saje buat banyak dan frozenkan, bila nak makan, tinggal goreng jerk...senang kan....

Begedil Daging Burger
Resepi : MasDuniaku

Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
1 keping daging burger - Mas guna Ramly
Daun sup dan daun bawang dicincang - optional
1 sudu besar serbuk lada putih ajishiok - dlmnya dah ada garam
1 biji telur -  dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya :
Kupas kulit kentang dan potong dadu. Basuh bersih2 dan toskan. 
Goreng hingga kentang empuk, angkat dan toskan. Mas tutup kuali tu dgn tudung periuk supaya kentang cepat empuk.
Dengan menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas ) dan masukkan daging burger (defrost dahulu), daun sup dan daun bawang yang dicincang, serbuk lada putih ajishiok dan gaul sebati. 
Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang @ pinggan. Buat sampai adunan habis.
Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur yang dikocak tadi dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Bergedil tu jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil tu untuk masak permukaan yang lagi satu.
Angkat dan toskan atas paper towel.




Wednesday, March 28, 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Assalamualaikum.
Kali ke-2 Mas buat Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie, baru2 nie Mas ada buat untuk buah tangan keluarga dikampung, jadi tak sempat nak posingkan kek tu, Alhamdulillah, sedappp dan family pun suka....
Jadi Mas buat lagi petang semalam untuk birthday Daniel yang jatuh pada hari ni, 28 Mac, Happy Birthday sayang....hari ni dah genap umur Daniel 8 tahun...moga Daniel membesar sebagai anak yang soleh, menjadi kebanggaan mak dan abah, menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah. Moga cita2 Daniel termakbul nanti, insyaAllah....
Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie saje Mas buat petang semalam sebab hari nie sibuk sikit...pagi tadi Mas ada appointment kat ppum, sekali ngan scan, Alhamdulillah, sekarang dah nak masuk 30 minggu, baby pun sihat....
Berbalik pada Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie, pada Mas, memang terbaikk kek nie...sedapp sangat gabungan coklat dan cheese tu...tak payah dah letak topping kat kek nie dan untuk kek coklat ni, Mas setia menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira. Boleh kan ....he3...Izahdaut pun menggunakan resepi kek coklat pilihannya iaitu Kek Coklat Kukus Keju Koktel. Lain kali Mas akan guna resepi asal sepenuhnya....maceh pada Kak Yatie - Sinar Kehidupanku atas resepi kek yang mabeless nie...rasanya ramai gak yang dah menerainya....memang terbaikkk la kek ni....


Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber : IzahdautKak Anymzz

Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
Mas satukan semuanya dan blend hingga sebati.




Bahan B  -  Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Nota :
Untuk kek coklat, Mas menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira.

Nota kak Yatie: 
Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-) 




Birthday Boy Muhammad Daniel....Happy Birthday Sayangg....



Tuesday, March 27, 2012

Bingka Biskut Crackers



Assalamualaikum.
Dalam keadaan cuaca sejuk dipagi selasa ni, buatkan kita rasa nak menguyah jerk kan...jadi meh menambahkan lagi koleksi resepi bingka yang mabeles ni. Bila tengok Kak Hana tayang hari tu, terus terasa nak menerainya....tapi baru semalam Mas buat, ada lagi baki bingka tu untuk hari ni...bila simpan dalam freeze, tetap sedapp dimakan sejuk2.....memang  sedappp terasa lemak2 berkrim bingka ni...wangiii jerk semerbak masa membakar...Kak Yatie - Sinar Kehidupanku dan CMG - Dapur Tanpa Sempadan pun dah menerainya.....jadi untuk peminat bingka, try la resepi ni pulak yerk...memang terbaik.....nak membuatnya pun senang sangat....satukan semua bahan kecuali bijan, blend dan boleh dibakar....jadi...selamat mencuba.....

Bingka Biskut Crackers

Bahan :
140g biskut cracker @ setengah peket
85g tepung gandum
210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
3 biji telur
710ml santan @ susu cair - Mas letak santan dan susu cair
1 sudu besar butter @ marjerin @ minyak sapi - Mas guna butter
1sk pandan paste atau pewarna kuning
garam secubit
bijan sangai - jika suka



Cara membuatnya :
Panaskan oven suhu 180. Mas guna api atas bawah.
Lengserkan loyang dengan minyak, kemudian Mas alas loyang dengan kertas minyak.
Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Bakar selama 1 jam sehingga keperangan.
Sejukkan dan potong.




Monday, March 26, 2012

Bubur Pulut Hitam





Assalamualaikum.
Hmmmm..tenggelam timbul jerk kan tuan tanah ni...he3...tak pe la...jangan tenggelam terus dah ler...
Meh layann Bubur Pulut Hitam pulak....dah banyak hari Mas buat, baru hari ni ada mood nak mengupdate blog...sebenarnya first time juga Mas masak bubur ni..selalunya mak yang masak atau Mas selalu beli...rupanya tidak la susah sangat masak bubur ni....lain kali boleh buat lagi...pulut hitam ni pun ada lagi berbaki...alkisahnya mujur la Mas beli beras pulut ni tak banyak..rupanya selain cik abang sayang yang katanya tak suka bubur ni, Ain ngann Daniel pun tak layan gak bubur nie...boleh terjelir2 lidar kata tak sedapppp bila Mas suapkan untuk dia orang merasa dulu...sabar jerk la...jadi maknya la yang perabiskan..banyak kali gak dok ulang makan....bubur yang tak habis, Mas simpan dalam freeze ...lagi best makan sejukkk2....he3...untuk resepi Mas copy dari Kak Nor - Secubit Garam sebab masa Mas serch mencari resepi Bubur Pulut Hitam ni kat google, kluar Secubit Garam....Kak Nor tu..he3..Mas copy resepi akak yerk...

Bubur Pulut Hitam

 Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam ( lagi lama lagi elok )
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh ( extra )






Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.
Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.


*  (Mas pun macam Kak Nor ), Stail K.Nor kurang suka Bubur Pulut Hitam yg agak pekat, K.Nor suka jenis yg sedang2 aje pekatnya tapi tidak terlalu cair... :)



Thursday, March 22, 2012

Sosej Blossom Bun



Assalamualaikum.
Jom layan roti lagi....bila tak berapa selera makan nasi..memang roti la yang Mas cari..kebetulan nampak Izahdaut dan lepas tu Kak Sheila pulak buat Sosej Blossom Bun ni, jadi Mas pun buat juga...memang tak menghampakan....rotinya lembuttt gebu jerk...apa lagi makan panas2 ....hmmm...memang best...maceh pada tuan resepi CMG , siap ada tunjukkan cara nak buat sosej blossom tu lagi.....memang terbaikkkkk

Sosej Blossom Bun
Sumber :  Izahdaut dan Kak Sheila

Bahan :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya



Cara Membuatnya :
Untuk Doh :
 Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
Kaedah Lain :
 Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....


Monday, March 19, 2012

Mee Rebus Cik Ani



Assalamualaikum.
Bersiaran lagi dan kali ni jomm layan Mee Rebus Cik Ani yang pada Mas salah satu resepi mee rebus yang harus dicuba....sedappp sangat...mee rebus ni dah lama Mas buat, pada hari yang sama Mas buat Roti Goreng Puree Kekedek tu..alang2 dah ada keledek kan..dan macam biasa, selalunya resepi mee rebus ni Mas dapat dari dapur  Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku, dan kata Kak Yatie, resepi asal adalah dari Chef Wan...tapi Kak Yatie copy resepi dari Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan. Terima kasih pada semua atas perkongsian resepi mee rebus yang mabeless ni..Mas kongsikan disini pulak yerk..

Mee Rebus Cik Ani
Resepi : Chef Wan

Bahan :
1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas -  dititik
1/3 cawan kacang tanah -  goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa 
kiub daging - Mas tambah



Cara memasak :
Untuk Kuah Mee Rebus : 
Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). 
Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. 
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. 
Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

Penyediaan Mee Rebus :
Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. 
Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. 
Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. 
Hidangkan segera...


Tuesday, March 13, 2012

Kuih Lapis Koko



Assalamualaikum.
Satu lagi resepi kuih lapis yang best...memang sedappppp....sajerk mencari2 resepi kuih lapis yang lain sikit dan terjumpa resepi kuih lapis koko ni kat blog Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku, tengok respon, Ain ngan Daniel suka sangat...mungkin  sebab rasa koko tu kot..he3...maceh yerk Kak Yatie atas resepinya...izinkan Mas kongsikan kat sini pulak....

Kuih Lapis Koko

Bahan :
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning - Mas x letak



Cara membuatnya :
Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong. 



Friday, March 9, 2012

Kuah Ayam Baryani



Assalamualaikum.
Sambungan dari menu Nasi Beryani Batu Pahat semalam, Mas kongsikan pulak Lauk Ayam Baryani sebab kuah dan ayam baryani ni adalah salah satu ramuan untuk dimasukkan dalam Nasi Baryani Batu Pahat yang Mas buat semalam. Boleh tukarkan ayam dengan daging jika suka, bergantung pada selera masing2...apa pun, memang terbaikkk Nasi Baryani Batu Pahat ni....

Kuah Ayam Baryani

Bahan ( 4 org ) :
setengah kg daging lembu (potong kiub)
atau 
1/2 ekor ayam - Mas guna untuk resepi ni
setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **Dr resepi Nasi Baryani Batu Pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt

Cara memasak :
Gaul daging @ ayam dgn yogurt. 
Sementara tu, panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris. Biar bwg agak garing sedikit
masukkan baki bwg2 yg diblend. Kacau sampai naik bau
masukkan daging @ ayam ( goreng sekejap, jgn smpai garing ayam tu.) ..gaulkan.
Masukkan tomato dan cili hijau. Cili tu takyah hiris. Tomato pun masuk sebijik2.
Masukkan pula sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina, garam, ajinomoto dan gula. Kacaukan sebati 
Tutup periuk, biarkan lebih kurang 10 - 15minit supaya daging tu lembut. ( pastikan kuah tu sama rata ngan daging @ ayam.k Kalau tak rata...bule tambah air)
Jika guna daging, Ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
Bila daging @ ayam dah agak2 empuk, masukkan sos tomato, tomato puree dan susu cair. Kecilkan api, kacaukan dan biar lagi atas dapur..
Last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
 Buleh la di hidang bersama nasi baryani...
update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...