Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, February 27, 2012

Kuih Kaswi Citarasawan



Assalamualaikum.
Kali ni Mas try Kuih Kaswi resepi Kak Wan pulak, setelah dipromot oleh mek ampang  Izahdaut. Mas buat khamis lepas...baru hari ni nak entrykan resepi..sabo jerk..nak mengupdate blog pun ikut mood...he3.... maceh makcik rekemenkan resepi kaswi Kak Wan ni....memang berbaloi2 mencuba resepi ni...memang sedappp.....lagi resepi kuih yang senang dibuat dan sedappp dimakan....memang dapat banyak untuk 1 adunan tu...baru2 ni Kak Sheila pun dah try kaswi ni.....memang terbaikk...

Kuih Kaswi Citarasawan
Resepi: Kak Wan
Sumber: Izahdaut, Kak Che Ct dan Kak Sheila

Bahan A :
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan C :
Kelapa parut dicampur sedikit garam

Loyang 9" atau acuan lompang



Cara-cara :
Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam.
Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.


Wednesday, February 22, 2012

Karipap Rangup



Assalamualaikum.
Hmmm..lama benar tak mengupdate blog...he3..kalau dah datang mood lemau..gini la jadinya..jadi meh layan Karipap pulak..intinya Mas buat ikut resepi sendiri, diletak ikan bilis dan udang kering yang ditumbuk...cuma dohnya Mas ikut resepi Nasuha@myResepi yang asalnya Karipap Daging Rangup..memang sedapp karipap ni...rangupppp...mungkin sebab diletakkan butter cair, air ais dan telur ...lebihan doh tu Mas goreng dan sedapp dimakan begitu saja tau...satu lagi resepi doh karipap yang harus dicuba... maceh pada tuan resepi Nasuha...tengok respon kat Myresepi, ramai juga yang sudah mencubanya....jadi selamat mencuba yerkk....Mas copykan ajerk resepi inti daging tu sekali, mana tahu ada yang nak mencubanya...kalau nak resepi inti karipap yang Mas buat ni, boleh tengok DISINI.

Karipap Rangup
Resepi : Nasuha@myResepi

Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

Bahan ditumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais. letak je cube ice dlm cwn yg standard saiz d rumah.
250 ml air
Minyak untuk menggoreng dan Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara :
Inti :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :
Masukkan tepung dalam mangkuk.
Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu @ marjerin @ campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. keperluan air mengikut jenis tepung. Rehatkan 1 jam.
Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, Kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

Nota :
Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. 
Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.


Wednesday, February 15, 2012

Talam Roti Paun



Assalamualaikum.
Tak tahan godaan nengok Talam Roti Paun kat dapur Kak Yatie - Sinar Kehidupanku hari tu, jadi Mas pun try buat semalam, 1/2 adunan jerk...cukuplah untuk family Mas yang kecil..itu pun puas makan....sedapppp sangat Talam Roti Paun ni...memang akan Mas buat lagi lain kali ...maceh pada tuan resepi iaitu Chef Asma. Memang berbaloi2 mencuba Talam Roti Paun ni. Satu lagi kelainan untuk resepi kuih talam bila diletakkan roti dalamnya....sedapp sangat...terasa seolah2 makan puding ngan kuih talam...satu gabungan yang mantap....memang terbaik la Talam Roti Paun ni, untuk yang belum mencubanya...sila2 lah menerainya yerk...pasti tak menghampakan....talam ni pun sedang2 elok jerk manisnya pada tekak Mas....Selamat mencuba yerkkkk.....

Talam Roti Paun
Resepi :  Chef Asma.

Bhn utk Lapisan Bawah :
13 keping roti putih Gardenia - di carik2
2 biji telur
50 gm raisin - Mas pun mcm kak Yatie, tak letak
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
150 ml santan pekat
300 ml air
1/4 sk vanilla essence

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut).
Masukkan dalam loyang 10x10x2" (Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik).
Kukus selama 25 minit.
Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
Nota : Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah



Bhn utk Lapisan tengah :
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
2 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)


Bhn utk Lapisan atas :
1/2 cwn tepung kastard
1/2 cwn gula halus
1/4 sk garam
1/8 sk vanilla essence
3 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna kuning @ oren (tak letak pun takpe)

Cara membuatnya :
Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
Masak jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.



Tuesday, February 14, 2012

Daging Dendeng Pandan


Assalamualaikum.
Meh layan entry tertunggak untuk pagi ni.....resepi daging yang sangat sedapp...suami Mas pun suka....pernah buat dulu, boleh lihat DISINI dan Mas buat lagi bila terkenangkan kesedapannya.....resepi Daging Dendeng Pandan ni datangnya dari Kak Ummi - Home Sweet Home, ada keluar dalam Majalah Jelita keluaran Mac 2011, tahniah yerk kak dan maceh Kak Ummi atas resepi daging yang sedap  ni...Mas sekeluarga sukaa...

Daging Dendeng Pandan

Bahan :
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk ( *untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar : 
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia


Cara Memasak :
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk.
Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.



Sunday, February 12, 2012

Bingka Pisang



Assalamualaikum.
Kali ke-2 Mas buat Bingka Pisang yang sedappp ni.....bila nampak Kak Yatie - Sinar Kehidupanku entrykan Bingka Pisang, terus terasa nak makan lagi Bingka Pisang....jadi Mas pun buat lagi.....hmm...memang tak menghampakan....lembut jerk bingka ni....rasanya pun sedang2 jer manisnya sebab Mas kurangkan sikit sukatan gula tu sebab pisang berangan yang Mas guna ni dah masak ranum....
Hmmm....kalau dah rasa sepotong Bingka Pisang ni, memang akan nak lagi dan lagi...sedapp sangat Bingka Pisang ni..Ain ngan Daniel pun suka....abang pun cakap sedapp...satu lagi resepi bingka yang senang dibuat dan sedappppp....maceh yerk Kak Dzana......

Bingka Pisang
Resepi : Kak Dzana

Bahan (loyang 8 inci) :
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji, byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...) - di lenyek kasar - Mas guna 4 biji pisang berangan
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula - Mas guna 2/4 cawan gula jerk
1 cawan santan
1 cawan susu sejat @ cair
1 biji telur2 sudu besar butter
sedikit garam


Cara membuatnya :
Blender semua bahan kecuali pisang. 
Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter dan Mas alas kertas minyak supaya senang nak keluarkan bingka tu nanti.
Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.


Saturday, February 11, 2012

Sambal Ayam Udang Kering



Assalamualaikum.
Bila Kak Diana entrykan Sambal Ayam Udang Kering ni hari tu..terus teringin mencubanya...jadi Mas buat 2 hari kemudiannya....hmm...memang sedappp sebab ada ramuan udang kering dalamnya....rasanya kalau dimakan Sambal Ayam Udang Kering ni dengan nasi lemak lagi bestt...Kak Ct Delima pun dah mencubanya....maceh yerk Kak Diana atas resepi Sambal Ayam Udang Kering ni....memang sedappp....

Sambal Ayam Udang Kering
Resepi : Kak Diana
Sumber : Kak Ct Delima

Bahan² :
900 gm ayam - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering - direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah -  dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dibelah 2 dan dihiris
2 biji cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili hijau - dihiris menyerong
3 tbsp cili kering kisar
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup - dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar ) - Mas x letak
Minyak untuk menumis

Bahan² Perap :
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
3/4 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung



Cara memasak :
Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.



Thursday, February 9, 2012

Roti Sosej - Resepi Basic Dough



Assalamualaikum.
Hmm...lama betoii Mas tak meroti....sampaikan tepung roti dalam balang tu berkulat2 la.....kene la beli tepung baru untuk meroti...lagi pun mood meroti sudah mari..he3
Dah lama teringin nak buat roti sosej gini....jadi bila mood meroti dah berkobar2...terus Mas buat roti sosej ni yang menggunakan resepi dari Basic Dough, resepi dari Kak Nor - Secubit Garam. Basic Dough ni adalah resepi peberet Mas tau....macam2 jenis roti boleh dihasilkan dari resepi ni..boleh lihat pelbagai roti yang dihasilkan dari Basic Dough tu DISINIDISINIDISINIDISINIDISINIDISINI yerk....lembut gebu jerk roti tu...memang best.....boleh juga skondeng dapur Kak Nor untuk melihat pelbagai roti yang dihasilkan dari basic dough tu.....jadi, Mas tempekkan lagi resepi Basic Dough tu...

Basic Dough
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
380gm tepung high protein ( tpg roti ) 
3 sudu besar susu tepung - tak letak
80 gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 biji telur A
100 ml air - Mas guna susu segar sedikit suam @ suhu bilik
100g m water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gm butter 
30 gm shortening




Kaedah 1 -  jika menggunakan BM:

Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan @ mematikan yis.
Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
Biarkan proses menguli hingga selesai.
Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min  atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)


Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan:

Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.


Nota :
sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.




Wednesday, February 8, 2012

Kuih Bakar Pandan



Assalamualaikum.
Salah satu Kuih Bakar Pandan  yang palinggg Mas suka....lembut lemak jerk kuih ni....sedapppp sangat....dan ramaii yang dah mencubanya dan amat menggemari Kuih Bakar Pandan ni. Memang Kuih Bakar Pandan yang paling terbaikkk pada Mas. Cuma ada sikit kesabaran lepas bako kuih ni sebab kena tunggu Kuih Bakar Pandan ni betul2 sejuk baru boleh dipotong dan dimakan...hmm..kalau tak sabar macam Mas...cedok juga sikit kuih ni dengan sudu sementara tunggu Kuih Bakar Pandan ni sejuk....aduhhhhh...sabo jerk kan...he3..Maceh pada tuan resepi Kak Zana@myResepi atas resepi Kuih Bakar Pandan yang paling mabeless ni...tengok respon kat Myresepi...ramaii bebenor yang dah mencubanya...izinkan Mas kongsikan disini pulak yerk..

Kuih Bakar Pandan
Resepi : Kak Zana@myResepi 

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka




Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak @ garing bolehlah tambah masa membakar.



Rendang Pedas Ayam



Assalamualaikum.
Rendang Ayam yang menjadi menu utama family Mas...kesukaan anak2 dan suami...selalunya Mas buat kering, biar berserdak2 gitu...tapi kali ni sajerk Mas buat berkuah....tetap marbeless rendang pedas ayam ni....sedap dimakan dengan pulut, ketupat, roti dan nasi putih...jadi meh layan dulu Rendang Pedas Ayam .....untuk lihat Rendang Pedas Ayam versi kering, boleh lihat DISINI.

Rendang Pedas Ayam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar dihiris halus
1 helai daun kunyit dihiris halus
 1/2 inci halia - dikisar @ tumbuk halus
 1/2 inci lengkuas - dikisar @ tumbuk halus
 2 batang serai - dikisar @ tumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup - dikisar @ tumbuk halus
 1/2 sudu kecil garam kasar - dikisar @ tumbuk halus
 3 ulas bawang putih - dikisar @ tumbuk halus
cili kisar - ikut pedas
santan dari 1/2 biji kelapa
gula secukup rasa
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit


Cara memasak :
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali. 
Masukkan bahan - bahan yang dikisar atau ditumbuk halus . Gaulkan atau sebatikan dengan ayam. 
Masukkan bawang besar, daun kunyit yang dihiris halus, santan ( santan tu dituang biar sampai ayam tenggelam ), cili kisar, kelapa parut dan gula. Gaul sebati.
Buka api sederhana dan masak rendang tadi hingga masak. Sentiasa kacau rendang semasa memasak agar rendang tak hangus. Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 



Saturday, February 4, 2012

Cucur Badak



Assalamualaikum.
Terlebih dahulu diucapkan Selamat Menyambut Maulidurrasul kepada semua yang berkunjung ke blog Mas ni.... sama2lah kita banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, Moga kita semua mendapat syafaat....Insyaallah...
Sebenarnya dah lama teringin nak makan cucur badak..tapi disebabkan tak puas hati dengan cucur badak yang Mas beli...cucurnya liat dan intinya ntah apa2....jadi Mas pun first time buat sendiri cucur badak....setelah godek2 Myresepi mencari resepi Cucur Badak....terjumpalah Cucur Badak resepi dari Quinnie dan Mas pun mencubanya...lagi pun bahan2 memang semuanya ada kat dapo .
Alhamdulillah...sedap pada Mas..kiranya puas hati la dapat makan cucur badak...he3..maceh yerk Quinnie atas resepi Cucur Badak yang sedap ni.

Cucur Badak
Resepi : Quinnie

Bahan :
Untuk inti:
 1/3 biji kelapa parut
2 sudu besar udang kering - rendam dan kisar
 2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 tangkai cili kering
1 batang serai
sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula 
  garam secukup rasa

Untuk doh :
 500 gram keledek -
 kalau color merah lagi sedap 
 
1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sgt leh tambah tepung gandum tapi jgn byk sgt) 
  1/4 cawan tepung kanji 

 

Cara membuatnya :
Untuk inti:

1) 
cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus. 
2) Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
Untuk Doh :
1)  Rebus ubi keledek sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas, lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata. 
2)  Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik. Letak kuih yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti. 
3)  Selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. Selalu balik2 kan kuih agar kuih masak sekata. Bila kekuningan boleh lah diangkat. 

NOTA
Jangan risau kalau doh tu rasa melekat2, Takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung skit. masa nak bentuk kan bulat2 tu...boleh letak tepung gandum skit kat tgn utk elakkan doh tu melekat2 kat tapak tangan.


Friday, February 3, 2012

Kuetiaw Goreng Kerang



Assalamualaikum.
Kuetiaw Goreng Kerang ni Mas buat untuk sarapan 2 hari lepas...jadi jamu mata jerk yerk hari ni..he3...entry tertunggak lagi kann.....
Mas ni boleh dikatakan peminat no1 kuetiaw...suka sangat...selalunya Mas suka beli kuetiaw kat pasar tani sebab ada dijual kuetiaw yang halus, kuetiawnya pun tak melekat2 sangat...jadi senang nak menggorengnya..rasanya pun berbeza sikit tau...kalau terdesak sangat baru Mas beli kuetiaw yang besar sikit tu..he3
Satu lagi...kuetiaw yang sedappp pada Mas ialah kuetiaw yang lembut, bukan yang keras...memang Mas agak cerewet membeli kuetiaw ni sebab rasanya akan lari bila digoreng....hmm...celoteh panjang lak pasal kuetiaw pagi ni...jadi meh layan Kuetiaw Goreng Kerang pagi ni...mesti ada telur goreng...baru best..he3

Kuetiaw Goreng Kerang
Resepi : MasDuniaku

Bahan ( seorang makan ) :
1/2  paket kue teow
1 biji telur
ulas bawang putih - cincang halus
isi kerang - ikut nak byk mana
cili kering dikisar - ikut pedas
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu kecil kicap pekat
sedikit kiub ayam
1/2 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil sos cili
tauge
sawi @ kucai

Cara memasak :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar , kiub ayam dan tumis garing sikit. Masukkan sos tiram dan sos cili,kacau dan tambah kue teow. Sebatikan dan kacau seketika.
Masukkan kicap pekat, kicap cair, sebatikan. Tolak kue teow ke tepi kuali, masukkan telur, kerang dan bila telur sedikit mengeras, kacau rata dan sebatikan dengan kue teow. Renjis dengan sos ikan secukup rasa dan masukkan tauge, sawi dan kacau lagi. Taburkan sedikit serbuk lada putih aji shiok, kacau lagi dan boleh diangkat .Boleh diletak telur mata lembu atasnya jika suka .
Sedapp juga dimakan dengan cili jeruk @ cili kicap.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...