Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, November 15, 2012

Sambal Keli Bwg Goreng & koleksi2 order




Assalamualaikum.
Antara koleksi sambal yang Mas gemar.....kali ni letak bawang yg digoreng banyak sikit dan masak sambal tu kering2....memang sangat best dimakan ngan nasi panas....meh layan resepinya...boleh juga guna ikan lain @ ayam jika suka....  :)


Sambal Keli Bawang Goreng
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa @ air limau
5 biji cili masak merah - dikisar
4 biji cili padi merah - ikut pedas yerk - dikisar
10 biji bawang kecik - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
6 biji bawang kecik - hiris2 halus
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula  secukup rasa 
sedikit pati ikan bilis


Cara memasak :
  1. Keli dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan.  Lumurkan ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  1. Tuang minyak secukupnya dan tumis bawang  kecik yg dihiris halus2 hingga garing dan masukkan bahan - bahan kisar dan masak hingga wangi , masukkan sos tomato, kacau rata.
  1. Masukkan garam dan gula secukup rasa, letakkan juga sedikit kiub ikan bilis, seimbangkan rasa. Masak hingga sambal garing.
  1. Kemudian masukkan ikan keli yang digoreng garing dan kacau rata.
  1. Angkat dan boleh dihidangkan.



Meh cuci2 mata...
TQ pada yg mengorder  ^_^


  
Pavlova



Durian Crepe



Coklat Moist Cupcake with buttercream



Red Vetvet Cupcake with cream cheese frosting



Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Puding Roti Sos Kastard




Untuk yg berminat, boleh email Mas @ pm Mas kat fb...
no tel 013 4242505
delivery sekitar shah alam  ^_^




10 comments:

  1. wah hebat lah Mas dah jadi busines women ya tahniah semoga terus berjaya dan menjadi saudagar yg kaya raya nnt aminnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. Saam Maal Hijrah buat Mas cayang! Woo... lauk fevret Along ni... melelh air liur tengok ikan keli...hehe.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mas...
    tahniah mas.. 4 sahabat baik (mas, izah, anna & noorsha) telah menjadi business women yg berjaya... asal ada kerajinan & usaha disitu ada kejayaan kan... tahniah dari akak..

    ReplyDelete
  4. biz bertambah maju mas..semuanya sedap2..:)

    ReplyDelete
  5. betul2 cuci mata kat blog kak mas :)) moga sama2 kita bertambah maju..hihi..

    ReplyDelete
  6. ting tong! beruntung akak dpt besan tokey makan2 nih... leh dpt pree selalu..... kikikikiki

    ReplyDelete
  7. salam kak mas cayangg!! tun suka mkn sambal ikan keli!! tp xberani nk masak sendiri. hihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...