Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, October 21, 2012

Bun Kentang




Assalamualaikum.
Roti yang dibuat petang semalam, masih lembut elok hingga pagi nie, dengan syarat simpan roti dalam bekas bertutup. Selalunya kalau nak buat bun kentang, Mas memang suka resepi Ros nie....memang best....lembutt jerk bun kentang nie....TQ yerk Ros  ^_^

Bun Kentang
Resepi : Ros jintan manis

Bahan :
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

Bahan untuk kastard :
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

Caranya:
 ( sos kastard)

Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.




Caranya. 
1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, , gliss permukaan dengan baki telur dan kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba.


Nota :
 ramai yang bagi feedback kata doh ni lembik, cuba kurangkan kuantiti cecair tu ye, maksud ros, jgn masuk 120ml susu terus, masuk sikit-sikit, lagi satu, telur tu letak setengah biji dulu, then tengok kelembutan doh, kalau dah rasa ok, teruskan menguli, tp honestly ros kalau buat bun kentang ni mmg ikut resepi ni betul-betul, mungkin tektur tepung roti ataupun kelembapan pada kentang yang dilenyak mempengaruhi lembiknye doh. :), jangan terus putus asa ya. Selamat Mencuba lagi. : )



17 comments:

  1. Aku kan mas..dah lama x meroti...ko jgn goda2 aku mas..aku dtg umah ko kang haa..eh nampak sedap sgt roti ko tu.meleleh kastadnya..haish

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila tergoda yerk sue....
      nnti ko buat lebih sikit..
      anto kat aku seloyang... :)

      Delete
  2. nampak betul2 lembut la..ooo patut la ari tu adda wat roti malamnya lembut esoknya xberapa lembut sebabnya letak bawah tudung saji cmtu jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp....
      seelokknya roti bila nak simpan,
      masukkan dalam bekas bertutup...
      baru tak kering sbb kena angin....

      Delete
  3. aduh..teringinnyer...dah lama akak tak buat roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas pun dah lama tak buat roti kentang..
      tu yg tiba2 teringin... ^_^

      Delete
  4. ntah mana semangat meroti aku ilang mas.. 2 kg tepung roti duk senyum jek ngan aku tuha.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. puhhhh...puhh..puhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
      tu haaa....
      angin meroti sudah mari....
      gi godek buat cepat....
      cian tepung roti ko tu... ^_^

      Delete
  5. kak mas ros lama tak buat roti kentang ni tau...uwaaaa tergoda lak tgk akan kelembutan dan kekuningan roti akak ni....meh nak seketul, cikgu nak rase mueheeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. babappp cikguuu...he3
      TQ ros resepinya.....
      memang terbaikkk

      Delete
  6. Replies
    1. memang lembut gebu roti nie tau walaupun dah sejuk....
      klu tak caya....tanya cikgu kat atas tu ^_^

      Delete
  7. salam syg mas,
    klu bab meroti nie kita mmg malas..h ehhee tp klu bab mkn laju jew..dh lama mmg x buat roti2..rajin btl mas nie kan..dh mcm beli kt kedai tue..cantikk:)

    ReplyDelete
  8. Memang suka bun ni lembut jer, selalu kita beli jer kat Tesco heheh

    ReplyDelete
  9. Kakak, tepung roti tukar dengan tepung kentang, boleh tak?
    bukan wat bun kentang, guna tepung kentang ke? adoi, ada kt dapur, xtau nak masak pe guna tepung kentang...emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepung roti tu boleh diganti dengan tepung gandum...
      in shaa Allah, tetap lembut gebu bun kentang tu...

      Delete
  10. Hi there, just wanted to say, I liked this post.
    It was helpful. Keep on posting!

    Check out my weblog :: diets that really work

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...