Search This Blog

Sunday, July 29, 2012

Bendi Goreng Dgn Telur & Ayam Goreng Sempoi




Bendi Goreng Dgn Telur

Bahan2:
10 - 12 biji kacang bendi
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
3 biji cili padi 
1 biji telur - dikocok sedikit
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam dan gula - jika suka
minyak

Cara:
Basuh kacang bendi dan toskan. Biarkan kering atau boleh juga kalau nak dilap dgn kitchen towel.
Bila bendi dah kering baru dipotong serong. Ketepikan.
Tumbuk kasar bawang merah, cili merah dan cili padi (tak perlu sampai lumat).
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg ditumbuk tadi.
Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan telur dan kacau hingga menjadi spt scramble egg.
Masukkan bendi dan kacau hingga sebati. Biarkan bendi masak sekejap kemudian boleh lah diangkat. (bendi tak perlu di goreng lama supaya ianya tak menjadi lembik)
Mas biarkan berkuah sikit.

* teknik memotong bendi bila ianya betul2 kering adalah utk mengelakkan ia mengeluarkan lendir semasa dlm proses memotong dan ini akan menyebabkan masakan bendi ni nanti akan menjadi berlendir.
** boleh juga dilapkan pisau selepas memotong 3 atau 4 bj bendi untuk mengelakkan bendi mengeluarkan lendir.




Ayam Goreng Sempoi
Resepi : MasDuniaku

Bahan : 
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
2 sudu besar serbuk kari daging 
1 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk cili @ cili kisar
1/2 sudu besar serbuk kunyit 
1/2 sudu kecil soda 
1/2 sudu kecil air kapur makan
1 sudu besar minyak jagung @ minyak masak
1/2 kiub ayam
1 sudu kecil gula 
garam secukupnya 
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 tepung beras


Cara : 
Satukan kesemua bahan di atas dan gaul hingga sebati.
Kemudian perap hingga 2 jam lebih atau semalaman.
Panaskan minyak yang banyak dalam periuk ( minyak agak2 ayam tenggelam ) dan goreng ayam hingga masak keemasan dengan api sederhana dan ditutup dengan tudung periuk, bertujuan mendapatkan ayam yg garing diluar dan isi dalamnya tak kering.
Selamat mencuba! 


5 comments:

  1. kak mass!!! hantu bendi dh sampai niii.... mmg tiap2 minggu re-stock bendi kt umah nih. hihi..

    ayam goreng tu dh versi extra rajin tu kak mas. kalau sempoi mcm tun ni haa, garam kunyit je (eh.. ke versi pemalas? kui kui..).. sedap nmpk campuran rempah dia.

    ReplyDelete
  2. adda pun suka goreng bendi ngn telur goreng cmtu...ayam goreng tu peberet En Hubby bila sahur..dia suka goreng mcm tu jer..xselera dia nk mkn kuah2 bagai nih..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mas..dah besar dah baby mas..comel sgt..geram nengok! Mas, bendi tu mmg akak suka..selalu akak goreng belacan..tak pernah lg wat dengan telur mcm ni..mcm sedap je mas..boleh try nih..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.