Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, May 8, 2012

Nasi Kabsa



Assalamualaikum.
Meh layan Nasi Kabsa pulak hari nie. Menu lunch family Mas semalam, kebetulan Kak Anim pun tayang Nasi Kabsa ni semalam. Atas pemberian rempah Nasi Kabsa dari seorang akak yang cantikk manis....dapat juga Mas sekeluarga merasa Nasi Kabsa yang sedappppp nie...nak membuat Nasi Kabsa ni pun senang jerk...
Alhamdulillah...suami dan anak2 sukaa...plan lagi lepas nie nak try guna kambing lak..he3...untuk resepinya Mas copy dari Kak Nor - Secubit Garam dan resepi asal dari Resepiraidah. Lupa pulak nak ambil gambar kuah cili yang digadingkan ngan Nasi Kabsa nie...memang terbaikk...

Nasi Kabsa
Resepi : Resepiraidah

Bahan :
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati - cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot - diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam @ kering - dicucuk bahagian tengahnya 
1 biji lada bengala merah (red capsicum) -  dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji @ serbuk
2 biji cili merah -  jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)




Cara penyediaan:
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan bawang besar dan goreng sehingga wangi. 
Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula. 
Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras.
Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak. 
Kacau @ gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.


Nota :
Untuk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
Untuk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. 
Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.



19 comments:

  1. sedap mas? alhamdulillah.... lepas ni buat dgn kambing jgn lupa akak nak setalam :)

    ReplyDelete
  2. Salam Mas..

    aduh resipi nie rasa2 nyer dah lama mama simpan ambik dari dapur Nor..
    entah bila lah nk sampai dapur mama pulak...

    sungguh berselera!!!

    ReplyDelete
  3. mas,hari tu akak makan tak puas..kalau makan org buat lagi puas..meh nak sepinggan.tukar dgn rendang village ciken akak ni ya mas ya..hehe

    ReplyDelete
  4. asslm Mas...wah dh terus buat tu...baru semalam tgk kt dapur yg sama...mmg nk sedap sgt tu...

    ReplyDelete
  5. mas, akak pun dah buat nasi ni..mmg sedap...family semua suka...ada lg tak? nak sepinggan!

    ReplyDelete
  6. ramai yg dah buat nasi kabsa ni, akak jadi teringin sangat nak merasa yg Mas buat..bolehkan..he3..nak wat sendiri, malaslah...masak nasi putih je...

    ReplyDelete
  7. sedap nampaknya nasi tu... mana nak beli rempah kabsa tu..

    ReplyDelete
  8. dah lama dgr nama nasi kabsa ni.. teringin pulak nak merasa.. nasi jenis2 gini walau takde kuahnya.. bila ada sambal pun sedap kan.. tp sesetengah org nak berkuah juga.. hehehe...

    ReplyDelete
  9. Mas,menawan betul nasi kabsa ni..skali tengok je terus suka..hehe..

    ReplyDelete
  10. Mas, masa tgk nasi ni kat fb semlm k.gee dh berkira2 nak buat weekend ni utk tetamu dr Nigeria, kawan sekolah anak k.gee... mesti sedap makan ngan ayam goreng berempah kan... ermmm tak sabar nk mencuba... mengguda betol laaaa

    ReplyDelete
  11. SAlam my dear mas.. wahhhhhhhhhhhhh ada kabsa hari ni.... sha memang suka makan masakan arab. selalunya beli aje bila terhingin... wahh nak jugak! sedapnya........ yommehhhh

    ReplyDelete
  12. akak nih mmg minat banget ngan menu arab2 nih... esok lusa tulat kulat boleh cuba!

    baby wat apa mas? karate ke teakwando? kekekekeke

    ReplyDelete
  13. waduh sedapnya tgk set nasi kabsa mas ni.terliur la.lapar lak rasa..hehe

    ReplyDelete
  14. ramai kawan2 dah buat nasi ni,bilalah nak jadi rajin macam Mas ni utk buat nasi ni pulak ye..

    ReplyDelete
  15. Mas
    the other day i did ur maggie goreng.. sedap and pedas heheh.. sang suami ku makan bertambah.. ty for sharing ok and yg ini harus lah ku jot down.. siapa tahu can try this weekend..

    ReplyDelete
  16. Alahai!!! Nasi tu nampak sedap n sedaap sgt ler mas... Yg nie akak pun x perna masak lg... Kena cari rempah tu dulu kalu nak buat nie... Sedap2x!!!!

    ReplyDelete
  17. kat area cyberjaya ni ada kdai runcit arab..ada jual rempah kabsa kt sini...just bg info jer..:)

    ReplyDelete
  18. salam..nampaknya ramai yg tercari2 rempah kabsa nih.. mcm ni lah..saya mmg ada rempah2 ni dan pelbagai bijirin arab. mcm rempah kabsa, mandy, madghut, shawarma, zafran (koma-koma)dll, jd sy rasa mcm terpanggil plak nak tlg..sapa nak boleh la beli kat saya kot..nnt penghantaran saya buat pakai pos.. sms kat no ni 0172794099 azlan.. tp jgn order bnyak2 tau..ini utk kita masak2 kat umah jerr.. :)

    ReplyDelete
  19. Salam, saya ada jual saffron dgn harga yg sgt murah berbanding yg lain. Saffron sy grade 1 dr iran. sila email sy nellyaikha@hotmail.com untuk maklumat. Tq

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...