Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, May 7, 2012

Ayam Panggang Halia



Assalamualaikum.
Ayam Panggang Halia ni Mas buat Jumaat lepas.....sama ngan entry Kak Rose - My Kuali, cuma hari ni baru nak postkan Ayam Panggang Halia yang sedapp nie...tak rugi untuk penggemar2 ayam panggang untuk mencuba resepi Ayam Panggang Halia ni pulak...memang sedapp....resepi Mas copy dari Tun Telani yang berjaya menggoda Mas ngan entry Ayam Panggang Halianya. Sebelum tu memang dah tergoda nengok Kak Ummi - Home Sweet Home menayagnya...tapi tertangguh jap..he3....terima kasih pada tuan resepi Chef Hanieliza atas resepi ayam panggang yang sedapp nie..like sangatt....


Ayam Panggang Halia
Resepi : Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Sumber : Tun Telani 
Dirujuk dan Olahan Cara : Kak Ummi - Home Sweet Home 

Bahan Utama :
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan Kisar :
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah


Cara Memasak :
Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
Hidangkan bersama salad dan timun. Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!



13 comments:

  1. myelerakan...mmg sedapkan ayam panggang halia ni...dh penah cuba jugak...terbau2 dah aromanya spi ke sini...hehe

    ReplyDelete
  2. tu dia......puas mengganyang ni..

    ReplyDelete
  3. tu dia.. gemuk2 peha ayam nya... tun mmg suka resepi ni, senang dan sedap.. buat byk kali dh boleh hafal. hihi

    ReplyDelete
  4. memang sedap, akak dah buat... sangat10x sedap!

    ReplyDelete
  5. Mas,tak tahan gue tengok peha ayam tu...manis dagingnya..hehe..

    ReplyDelete
  6. salam Mas cantik gambar paha tu bukan saja pandai masak tapi jadi photography yg bijak jugak.

    ReplyDelete
  7. Mas, terasa2 nak makan lagi jer... mmg sedap kan!

    ReplyDelete
  8. perggghhh, peha ayam tu menggoda nafsu betul laa...hihihihi
    hajat nk ambik bawak balik, rupanya dah abis yer...nmpk gayanya kena buat sendiri la ni...hihihihi

    ReplyDelete
  9. wow..boleh wat business bulan posa ni..

    ReplyDelete
  10. nampak sedap sgt... nak buat hari ni...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum mas..
    ayam tu mengoda betul ler mas... geram akak tgk peha ayam tu posing.. ;). tergoda...

    ReplyDelete
  12. aduiii memang teringin nak makan lepas tengok si tun buat hari tu...tapi ayam lak tak dek..hehehhe

    ReplyDelete
  13. salam mas..apa khabar? Ayam ni kan mas..mmg sedap..tak kira lah panggang mcm mana pun mmg mabeles...waaaa nakkkk

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...