Search This Blog

Monday, April 16, 2012

Kuih Kaswi Blacmore



Assalamualaikum.
Tengok Kaswi nie, teringat kisah HaSue dan Kaswinya....sabar jerkkk ngan minah sorang tu...Kaswi ni Mas buat sabtu lepas...buat 1/2 adunan pun puas juga makan ngan anak2....terasa sedikit kelainan pada kaswi ni bila terasa nescafe tu....memang sedappp...kaswi nie pun elok jerk bergoyang2 bila dipegang...kiranya tak keras la kan...he3....macam yang Izahdaut cakapkan....lagi resepi kaswi yang harus dicuba .....memang best.....

Kuih Kaswi Blacmore 
Resepi :  sis blackmore & resepidiana
Sumber :  Izahdaut  dan HaSue.

Bahan :
1 cawan gula pasir  *izah guna 3/4 cwn sahaja
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur (cair2 aje)
5 cawan air
1/2 sudu kecil nescafe - untuk aroma yg wangi
2 helai daun pandan carik2  *izah tambah
sedikit minyak utk disapu diloyang

1/2 biji kelapa parut gaul dengan garam




Cara membuatnya :
Masakkan gula pasir dan gula merah bersama daun pandan dengan 2 cawan 
air sehingga gula larut. Juga masukkan nescafe.
Tutup api , ketepikan sebentar.
Campurkan ketiga2 tepung dan bancuhkan dengan 3 cawan air. Kemudian tapiskan air gula yang dimasak tadi ke dalam bancuhan tepung.
Masukkan pula air kapur. Kacau sebati.
Loyang disapu dengan minyak, dan pastikan air pengukus betul2 mendidih.
Kukus adunan selama 30-40 minit, sejuk dan hidangkan.

* Mas pun macam Izah kukus guna acuan lompang yang disapu dengan minyak. Kukus hampir 15 minit. 



14 comments:

  1. nak try juga ..abis tu dah semua kata sedap..

    ReplyDelete
  2. Salam Mas,
    Akak plan nak buat kuih kaswi hari ni tapi bergantung pada tahap kerajinan la juga.

    ReplyDelete
  3. Waa..tentu sedap sangat kuih kaswi blacmore ni...jemput makan..hehe..

    ReplyDelete
  4. salam kak mas! wahh.. terliur tun nengok kaswi tu. hitam molek warna dia.

    ReplyDelete
  5. Kak mas n kak izah mmg betui2 peminat kaswi kan,nmpk kale cantik menawan,sy kalo wat kat umh nih jnuh nak perabis,ank2 kompom xlayan,huhu..

    ReplyDelete
  6. salam mas
    Ni kuih fav akak dan Dalili.. dah lama jugak tak buat..

    ReplyDelete
  7. Salam Mas,
    Spcial nama kaswi nie, mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  8. sedapnya kaswi mas..akak dari tgk Izah tayang hari tu memang teringin tapi belum berkesempatan lagi nk cuba.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Mas..dh lama xmkn kuih kaswi..nnt nk cuba lah resepi kaswi yg nii..semua dh memuji kesedapnnyaa ..confirm sedap kan :-)

    ReplyDelete
  10. Salam... sungguh menyelerakan.. nanti sha nak cuba buat... nak try resipe ni boleh kan kan...:)))

    ReplyDelete
  11. kuih kegeamaran akak ni Mas..kalau malas2 kuih nilah jadi penyelamat...tapi sentiasa menjadi pujaan kami sekeluarga...

    ReplyDelete
  12. masss...
    terliur..eh aku dah komen belum ek. semalam bz sangat. tak seoat nak ngadap lappy berlama lama an.. sorry lambat samapai ek

    ReplyDelete
  13. wahh...mas pun dah buat ek...apa rasa dia ye mas..ada rasa cam kopi2 skit ke?

    ReplyDelete
  14. yg ni pun sedap!!!! aduhaiiiii, bila nmpk makanan nak mkn itu ini, sume2 nak buat huhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.