Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, February 11, 2012

Sambal Ayam Udang Kering



Assalamualaikum.
Bila Kak Diana entrykan Sambal Ayam Udang Kering ni hari tu..terus teringin mencubanya...jadi Mas buat 2 hari kemudiannya....hmm...memang sedappp sebab ada ramuan udang kering dalamnya....rasanya kalau dimakan Sambal Ayam Udang Kering ni dengan nasi lemak lagi bestt...Kak Ct Delima pun dah mencubanya....maceh yerk Kak Diana atas resepi Sambal Ayam Udang Kering ni....memang sedappp....

Sambal Ayam Udang Kering
Resepi : Kak Diana
Sumber : Kak Ct Delima

Bahan² :
900 gm ayam - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering - direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah -  dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dibelah 2 dan dihiris
2 biji cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili hijau - dihiris menyerong
3 tbsp cili kering kisar
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup - dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar ) - Mas x letak
Minyak untuk menumis

Bahan² Perap :
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
3/4 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung



Cara memasak :
Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.



12 comments:

  1. yumm yumm..bole la cuba juge nanti..tq ya

    ReplyDelete
  2. mmng sungguh menyelerakan..lenkali leh cuba resepi ni plk..tq Mas..

    ReplyDelete
  3. Salam Mas,
    Nampak sungguh menyelerakan ayam yg Mas masak tu

    ReplyDelete
  4. udang kering dengan udang.. wah menarik u... tapi cam biasa. stok udang yilek...nak rasa kuah2 je pun boleh lerrr

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..nanti saya nak cuba resepi nie.Tq

    ReplyDelete
  6. Salam Mas. akak lewat hari ini...pagi2 dah ke pasar cari stok..senang tenguk ayam Mas ni...ada lagi ke? Rasanya esok bolehlah try

    ReplyDelete
  7. Confirm nak buat ni soon! Sedapnya tengok Mas buat..adeyyyy! :)

    ReplyDelete
  8. salam mas...mengodanya asam mas ni.K.atie dtg bawak nasi....

    ReplyDelete
  9. memang kuye2 betul le akak ni. ermmm nak buat macam mana.

    ReplyDelete
  10. isyyy.... terlior la Mas tgk sambal ayam tu...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum mas..
    terima kasih kerana mencuba resipi nie.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...