Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, February 22, 2012

Karipap Rangup



Assalamualaikum.
Hmmm..lama benar tak mengupdate blog...he3..kalau dah datang mood lemau..gini la jadinya..jadi meh layan Karipap pulak..intinya Mas buat ikut resepi sendiri, diletak ikan bilis dan udang kering yang ditumbuk...cuma dohnya Mas ikut resepi Nasuha@myResepi yang asalnya Karipap Daging Rangup..memang sedapp karipap ni...rangupppp...mungkin sebab diletakkan butter cair, air ais dan telur ...lebihan doh tu Mas goreng dan sedapp dimakan begitu saja tau...satu lagi resepi doh karipap yang harus dicuba... maceh pada tuan resepi Nasuha...tengok respon kat Myresepi, ramai juga yang sudah mencubanya....jadi selamat mencuba yerkk....Mas copykan ajerk resepi inti daging tu sekali, mana tahu ada yang nak mencubanya...kalau nak resepi inti karipap yang Mas buat ni, boleh tengok DISINI.

Karipap Rangup
Resepi : Nasuha@myResepi

Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

Bahan ditumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais. letak je cube ice dlm cwn yg standard saiz d rumah.
250 ml air
Minyak untuk menggoreng dan Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara :
Inti :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :
Masukkan tepung dalam mangkuk.
Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu @ marjerin @ campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. keperluan air mengikut jenis tepung. Rehatkan 1 jam.
Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, Kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

Nota :
Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. 
Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.


26 comments:

  1. Mas, senyap2 buat karipap yer... bak 2,3 ketoi....nmpk garing jer...

    ReplyDelete
  2. kak mas, doh ni x serap minyak ke kak? tun pernah try wat doh karipap guna telur, masa goreng dia berbuih2 dan serap minyak.

    ReplyDelete
  3. Mas,canteknya karipap tu,lamanya tak mkn karipap.Menarik resepi ni..nanti bole cuba..

    ReplyDelete
  4. sama cam resepi mak saya..tp org lama kan..kdg2 xde majerin..dia gantikan je dgn minyk..menjadi jugak...

    i likkeeeeeeeeeeeee karipap! xkisah inti apa pon...mmmmm

    ReplyDelete
  5. Salam Mas...macam nak cuba jugalah resipi ni....terguda tgk kat sini

    ReplyDelete
  6. senyap..senyap..makan karipap rupanya si mas ye..hehhehe..

    ReplyDelete
  7. salam kak Mas,
    apa kabar?
    lama tak singgah ksini.
    akak sihat je kan?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Mas. Apa Khabar?

    Karipap Rangup...Rasanya Pasti Sedap Bila Makan Mesti Bunyi Krap Krup..Hehehe

    Tinggalkan Untuk Kak Lin sikit yer Mas sayang...kalau dah habis kempunan lah Kak Lin...Huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. assalam mas,
    sedapnya karipap mas akak tengok..talam roti paun kat bawah tu pun nampak sedap sangat.. wah dah banayk juga entry mas akak terlepas ya..

    ReplyDelete
  10. Mas,
    nampak rangup kulit karipap nih...akak mmg suka kalau rangup..makan laju ajer..tak per akak bawakan lauk pisang muda masak lemak nie..ada sambal tempoyak lagi..meh makan sama

    ReplyDelete
  11. Salam kak mas! hihihi... kita dah berkurun tak buat karipap, alasan sbb malas buat inti bila dah buat inti jadi benda lain hihihi.. lepas tu bila dah ada inti tu lagi alasan malas nak ngellim ehehe... nak kena rajin jugak mcm akak niii :D minggu depan lah buat epok2 ni lama betul tak makan :D

    ReplyDelete
  12. aslmkum mas.. ada lagi ke karipap tu.. akk mmg tak rajin nk buat.. kkdg buat inti malas pulak nk buat kulitnya.. tu yg selalu guna pratha jer.. or puff

    ReplyDelete
  13. salam dek mas
    kak ilah pun windu kat mas..tak sabar nak tgok baby...
    kak selalu singgah dapo mas tapi tak komen masa sakit tu jari ni malas sungguh nak taipan..huhuuu

    ReplyDelete
  14. As'salam Mas

    k.ct kalau karipap Mas tak hulur pun k.ct amik sendiri..hehehe. sedapnya Mas, lagi2 nampak inti yang banyak tu, macam mengidam mengalahkan Mas pulak nak makan karipap ni :)

    ReplyDelete
  15. Salam Mas...

    Singgah tgk resepi karipap....

    ReplyDelete
  16. Salam Mas ,
    Karipap..... akak tak pandai nak buat. Nanti bila tergerak hati nak berkaripap , akak godek dapur Mas ni.

    ReplyDelete
  17. Mas

    memang sedap karipap makan buat bekpas or minum petang..cuma akak tak rajin buat..rajin order jer fr my sis

    ReplyDelete
  18. Assalam Mas, lambat akak tiba ni, malas nak beronline smlm, byk keje...ada lg ke karipap rangup tu...waaah mcm memanggil akak jek nak masuk molot...ke kena wat sendiri ni Mas? :))

    ReplyDelete
  19. Massssssssss!!!!! Rasa nak ngap jer kat skrin komputer ni..

    ReplyDelete
  20. best ye mas. mana best ngan doh karipap tun tu?

    ReplyDelete
  21. Salam mas....kmaz pun bnyk lgi inti kripap lam pti tu...bila la nk hbiskan...sdp npak kripap mas ni...kmaz bru nk smbung pnaskan enjin blik..huhuu..

    ReplyDelete
  22. rajinnya Mas wat karipap..akak ni suka makan tapi malas bebenor nak wat karipap...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...