Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, January 28, 2012

Mee Sanggul Goreng Kari



Assalamualaikum.
Ni la sarapan yang digadingkan dengan Cucur Susu Lemak Manis tadi....Mee Sanggul Goreng Kari resepi dari Kak Nor - Secubit Garam. Nampak Izahdaut buat Rabu lepas..terus teringat ada stok mee sanggul yang Mas beli masa balik Kedah hari tu....sebenarnya susah juga nak jumpa mee sanggul kat area sini..jadi bila balik Kedah dan jumpa mee sanggul, terus borong sikit...buat stok la katakan..he3...
Jadi baru pagi ni Mas masak mee sanggul ni untuk sarapan pagi...sepeket tu cukup la untuk Mas dan anak2....memang best mee sanggul resepi Kak Nor ni...rasanya ala2 mee goreng mamak gitu.....i like....

Mee Sanggul Goreng Kari
Sumber :  Izahdaut

Bahan :
3 keping mee sanggul melayu
udang atau boleh guna isi ayam
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi - dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis @ sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi - dihiris
limau kasturi @ limau nipis


Cara Memasak :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.

Selamat mencuba..



21 comments:

  1. Baru cantik skit mee ko ni mas, hari tu aku ada elemen penting yang aku lupa, hehe.. Aku lupa nak masukkan telur. Kunun nk derhaka xmau goreng asing mcm kak nor tu. Nak masukkan last2 nanti, last2 terus lupa. Tu la niat nk drrhaka tak ksampaian. Haha

    ReplyDelete
  2. Sedapppp...lama xbuat, skrg xleh nak masak...cik abg yg masak huhuhu. Nak mintak tlg cik abg buat la hehehe.

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah...kebetulan sama pulak citarasa kita harini Mas...k.gee pon buat mee goreng dgn cucur manis bf pagi tadi... hehehe give me 5 Mas...

    ReplyDelete
  4. salam rindu mas cayaangg..makyung sihat ke?? amboi mee sanggul nih camner rupa ek?? akak x pernah rasa lak..kenen sepiring dulu kt sini..leh x??

    ReplyDelete
  5. MAS.. dah balik ni.. mee goreng ada lagi tak? tak nak cucur tp nak mee boleh gorengkan utk k.nor kan.. hehe

    mekasih mas sudi try resipi campak2 ni :)

    ReplyDelete
  6. Salam Mas,kalau bab mee goreng..kita memang suka banget..yg penting ada cilinya..bole mkn byk2 tu..

    ReplyDelete
  7. mi sanggul ni camane rupenya mas..aku x pnh mkn kot..klo tukar mee kunen leyh kot ek

    ReplyDelete
  8. serius sangat mengiurkannnnnnnnnnn

    mas.......
    mee sanggul nie mmg pelbagai boleh dibuat kan>

    ReplyDelete
  9. izahdaut,

    haaa..tu la jah..
    nak lawan cakap cikgu..
    kannn..he3

    nasib baik cikgu tak piat telinga ko..
    tapi kan...sedapp la masak mee sanggul gini..
    aku suka...

    ReplyDelete
  10. Hanim ,

    bestnya ada chef...he3
    selamat mencuba hanim..
    org masakan...lagi la sedapppp

    ReplyDelete
  11. MULAN,

    he3...
    hingga menjilat garfu...

    ReplyDelete
  12. Gee® ,

    kak gee..
    meh laga2 montot sekali...he3

    ReplyDelete
  13. inahar ali,

    alhamdulillah kak ina..
    makin berselera makan..he3
    try la kak klu jumpa mee sanggul..
    memang sedapp...

    ReplyDelete
  14. K.Nor ,

    kak nor...
    best la mee sanggul masak campak2 gini..
    i like....

    ReplyDelete
  15. rahel,

    sama la dengan mas...
    janji pedas kan rahel...

    ReplyDelete
  16. nOOrsha ,

    he3...ko tak pernah tengok mee sanggul sha..
    sabo jerk..
    boleh jerk klu tuko ngan mee kuning...
    tetap sedapp

    ReplyDelete
  17. As'salam Mas

    k.ct ni lama betul tak nampak mee sanggul ni. ker memang tak tahu kot bentuk mee sanggul tu..hehehe

    Rasanya pernah nampak tapi bukan kat KL ni kot, tak kisahlah janji mee yang Mas buat ni buat k.ct lapar pagi2 hari.

    ReplyDelete
  18. Citarasa Rinduan ,

    he3....
    mas tahu goreng jerk ayu..
    tak pernah lagi try masak cara lain...

    ReplyDelete
  19. CT Delima ,

    kak ct...mee sanggul ni memang susah jumpa area sini..
    mas pun beli kat kedah..he3

    ReplyDelete
  20. mas..
    mee sanggul goreng kari tu nampak menyelerakan ler mas... sedap nya tu kalau dapat makan sepinggan mee goreng pepagi nie... sedap2!!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...