Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN



Assalamualaikum. 
Salam Ramadhan dari Mas sekeluarga buat semua teman2 pengunjung yang beragama Islam.. Semoga kita semua akan dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan lebih sempurna. Disini Mas mengambil kesempatan, menyusun jari memohon ampun maaf andai ada tersilap tutur kata dan gurau senda yang mungkin telah mencuit rasa sesiapa juga tanpa Mas sedari, sepanjang kita bersama di alam cyber ini.  Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dan melakukan ibadah sunat dengan sebaiknya dalam bulan Ramadhan kali ini .Salam sayang dari MasDuniaku buat semua.  


Kad2 dari teman2 blogger..



Kad Dari Izahdaut





Kad Dari HaSue



Kad Dari E-na Zarina



Kad Dari Kak DayangJack



Kad Dari Kak Azlita Aziz



Kad Dari Kak Naz



Kad Dari  Anna


Kad Dari Wanieyra


Kad Dari Kak Anim


Kad Dari Kak Yatie


Kad Dari Kak Sofea

Kad dari Noorsha

Kad Dari Tun Telani

Kad Dari Alongroz

Kad Dari Kak Ummi

Kad Dari Kak Nor


SELAMAT BERPUASA

Saturday, July 30, 2011

Bubur Kacang Durian Simple



Assalamualaikum. Dalam mood durian lagi....meh layan pulak Bubur Kacang Durian yang dah abiss...Mas buat pada hari yang sama Mas buat Roti Paun Nekma, pagi tu Mas buat Serawa Durian, tak cukupp pulak, jadi memandangkan durian ada lagi, Mas buat pulak Bubur Kacang Durian petang tu...kebetulan ada inti kacang hijau untuk Kuih Kasturi yang Mas simpan, jadi boleh la terus buat Bubur Kacang Durian ni....hmm....dapat satu lagi tips...inti kuih kasturi ni boleh juga dibuburkan...lagi cepat dan senang nak menyediakan bubur kacang...klu ada tetamu bertandang....kejapp bebenor nak buat bubur kacang ni...Mas suka.....mungkin ada yang dah guna cara gini kan...tak pe...Mas kongsikan juga disini...

Bubur Kacang Durian Simple
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 2 cawan inti kuih kasturi
  • 1 kotak santan kotak
  • 3 cawan air
  • 7 ulas isi durian
  • 1 helai daun pandan-  disimpul
  • sedikit  garam - untuk imbangkan rasa
  • Gula pasir secukup rasa 

Cara Memasak :
  1. Masukkan 2 cawan inti Kuih Kasturi, air, daun pandan dan isi durian, kacau rata dan biar mendidih dengan api perlahan.
  2. Tuang santan dan kacau rata dan masak lagi dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis dan masin, tambah gula pasir dan garam secukup rasa sebab inti kuih kasturi tu dah ada gula dan garam. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Boleh dihidangkan bersama roti atau biskut cream cracker ......


Friday, July 29, 2011

Roti Paun Nekma



Assalamualaikum. Meroti lagi......buat lagi Roti Paun Nekma, salah satu roti peberet Mas  untuk dimakan dengan bubur doyan.....perhhhh...memang sedapppp....roti ni memang lembutt gebu walaupun dah sejuk....sebab tu Mas suka sangat ngan roti ni...kali ni roti ni lagi lembutt tau...sebabbb ada cerita masa mengulinya....oleh kerana sukatan tepung tak ditentukan, Mas agak jerk tepung gandum yg tinggal tu...rasanya macam cukup2 untuk buat roti ni...bila dah menguli....oppsss.....adunan masih lembik....dan stok tepung gandum lak habisss...alamakk..gelabah kejap...selongkar almari cari mana tahu ada stok tepung yg tersorok...kikikiki...tetiba tengok ada tepung pau....banyak lagi tu...hhmm...Mas tawakal jerk campur tepung pau dalam adunan roti paun ni.....dan hasilnya....tak mengecewakan...roti ni cuma terlebih lembut jerk....sukanyaaa.....sedapp makan masa suam2....kiranya klu darurat...boleh jerk guna tepung pau kan....he..he..itu la pasal, kalau kelam kabut masak..sibuk nak buat roti...main agak2 jerk bhn2 tu..he..he..sempat juga roti ni siap semalam sebelum air ditutup kejapp.....harap2 pukul 11 pagi ni...kerja2 pembaik pulih tu selesai dan cepat2 air ada balik...untuk Roti Paun sebelum ni, boleh juga lihat DISINI  dan juga DISINI yerk......

Roti Paun Nekma
Sumber : MasDuniaku
Bahan ( 2 - 3 loyang sederhana ) :
  • 1 sudu kecil yis - kalau nak cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.
  • 1cawan air suam
  • ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan marjerin @ butter
  • Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
  • sedikit minyak untuk dilenserkan diatas roti

Cara membuatnya :
  1. 1 cawan air suam dicampurkan dengan yis dan biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedalam besen yg berisi tepung gandum.
  2. Kemudian masukkan pula gula pasir dan kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin @ butter kedalamnya dan kacau sampai sebati.
  3. Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam adunan sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras. Cuma agak2 boleh diuli dengan tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut.
  4.  Kemudian doh direhatkan sehingga ½ jam - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dalam loyang yang telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia) - Mas sapukan marjerin jer atas dulang  untuk dibakar.
  5. Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda, lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yang dah kembang kemudian bolehlah dibakar dengan kepanasan 180C selama 10-15 minit dalam oven yg telah di panaskan terlebih dahulu..Sapukan marjerin @ butter atas roti setelah roti dikeluarkan masa roti masih panass...
  6. Selamat mencuba. Senang banget ni.....



Thursday, July 28, 2011

Apam Durian Bercoklat



Assalamualaikum. Hari ni kelam kabut sikit.....dengan air pulak tak de sampai pagi esok....sabo jerk ngan masalah air kebelakangan ni...harap2 semua masalah paip tu dapat diselesaikan cepat....jadi pagi2 tadi cepat2 masak dan buat kerja2 rumah yg lain, dapat juga buat Apam Durian Bercoklat ni, 2 hari lepas tengok Durian kat Pasaraya Hero, cantikk dan murahhh...apa lagi....borong la durian tu untuk buat bubur durian, menu wajib tu...sambil2 tu...dapat juga menerai Apam Durian ni....sedapp tau.....lembut gebu jerkkk....

Apam Durian Bercoklat
Resepi : MasDuniaku
Bahan : 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan isi durian
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk koko
Cara membuatnya :
  1. Blend semua bahan2 kecuali serbuk koko. Ambik suku adunan untuk disebatikan dengan serbuk koko dan masukkan adunan coklat tu dalam pipping bag. 
  2. Cedokkan adunan dalam paper cup yang dimasukkan dalam acuan lompang, paipkan adunan coklat atasnya dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
  3. Tutup penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air menitik atas apam.
  4. Sedap dimakan panas2 dan masih lembut walaupun dah sejuk.

Wednesday, July 27, 2011

Talapia Bakar



Assalamualaikum. Meh tambah protein banyak2.....kita makan ikan lagi...minggu ni memang minggu makan ikan...rasa macam jemu jerk nengok ayam tu...kebetulan lak.....ikan kat Tesco tu segar2 belaka.....tu yang jadi rambang mata....nampak Talapia Merah yang segar, terus teringat nak bakar...tapi tak de la bakar atas bara api.....maunya berasap satu rumah tu...Mas bakar dalam kuali jerk....tetapp sedappp tau....macam biasa, Mas akan perap talapia ni dengan bahan2 waktu pagi, petang baru Mas bako....hmmm...memang sedappp...terasa bahan2 perapan tu meresap dalam talapia ni....maceh pada junjs11 yang berkongsi resepi ikan bakar ni di Myresepi. Sedapppp...boleh guna ikan apa jerk yang dirasakan sesuai dibakar........rasanya kalau guna ayam  pun sedapp....dan untuk bahan2 tu, ada yang Mas tambah, biasa la kan...ikut selera masing2.....he..he...selamat menjamu mata yerkkk sebab ikan tu dah abisss......klu ada yang teringin...boleh la mencubanya....sedapp tau....

Talapia Bakar
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 ekor ikan  - Mas guna talapia
  • 1 serai - diketuk
  • daun limau purut - dihiris
  • air asam jawa - Mas tak letak sebab dah letak tomato
  • daun pisang dan aluminium foil
  • 5 cili merah - dikisar
  • 5 cili kering - dikisar - Mas gantikan dengan 1 sudu besar pes sambal
  • 5 cili padi - dikisar
  • 5 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 batang serai - dikisar
  • 1 biji tomato masak - Mas tambah - dikisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah


Cara memasak :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak, masukkan serai, garam dan air asam.
  2. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil, letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi, tutup daun pisang dan aluminium foil.
  3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
  4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.


Tuesday, July 26, 2011

Keli Sambal Tomato



Assalamualaikum. Keli Sambal Tomato, hmmm sedapp tau.....semalam tak tahu nak masak apa ngan keli yang dah digoreng, Mas try buat Keli Sambal Tomato bila tengok banyak pulak stok cili merah dalam freeze tu...dan Mas tambah tomato dalamnya untuk dapatkan rasa masam tu..tak payah letak asam keping @ air asam jawa...selalunya sambal ikan kan letak rasa masam2 sikit....bila tanya kat abang tentang Keli Sambal Tomato ni...katanya sedapppp....Alhamdudillah....Mas klu sambal ikan ni, suka buat kering2...baru sedappppp...jadi meh layan resepinya pulak...

Keli Sambal Tomato
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa @ air limau
  • 5 biji cili merah - dikisar
  • 4 biji cili padi merah - ikut pedas yerk - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 biji tomato - dikisar
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili thai
  • garam dan gula  secukup rasa 
  • sedikit pati ikan bilis

Cara memasak :
  1. Keli dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan.  Lumurkan ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  2. Tuang minyak secukupnya dan tumis bawang besar yang dihiris tadi hingga wangi dan masukkan bahan - bahan kisar dan masak hingga wangi , masukkan sos tiram dan sos cili thai, kacau rata, jika sambal agak pekat masukkan sedikit air, kacau rata.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, letakkan juga sedikit kiub ikan bilis, seimbangkan rasa. Masak hingga sambal garing.
  4. Kemudian masukkan ikan keli yang digoreng garing dan kacau rata.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan.


Monday, July 25, 2011

Cheese Bread Puding




Assalamualaikum. 
Pagi tadi terjumpa resepi Cheese Bread Puding kat dapur Ibundo dan Mas amat tertarik dengan puding tu...kebetulan bahan2 semuanya ada, kecuali whipping cream, jadi memikir juga tadi, nak buat ke tak...last2 Mas buat juga walaupun tak de whipping cream...perrhhhh...sedapppp la....rasa cheese dalam puding roti tu memang mabeles ....sedapppp sangat....rasanya klu letak whipping cream..lagi bestt kan...dan Mas derhakakan cara membuatnya dengan meletakkan cream cheese tu ditengah2 puding untuk dapatkan rasa cheese tu....kalau ikut resepi ibundo, bahan2 cream cheese tu digaul sebati dengan bahan2 puding...jangan marah yerk ibundo Mas derhaka sikit...he..he..
Untuk peminat puding roti..boleh la menerai resepi ni pulak...memang terbaik...sedappp.....untuk resepi ni Mas buat 1/2 adunan jerk sesuai dengan baki cream cheese yang tinggal tu, baki dari Mas buat Cheese Tart minggu lepas.....


Cheese Bread Puding
Sumber : MasDuniaku

Bahan:
10 keping roti sandwich (bundo guna gardenia)
1 1/2 - 2 cawan fresh milk
2 biji telur
gula ikut manis - Mas tambah sebab Mas tak sebatikan sekali bhn2 cream cheese tu dengan adunan puding roti ni.

Bhn cream cheese :
200 gm cream cheese
3/4 cawan gula 
1/2 sudu kecil vanila
2/3 cawan whipping cream - Mas tak letak
1 biji telur saiz kecik - Mas tambah sebab tak letak whipping cream



Cara membuatnya :
Roti dikoyak-koyak.  Curahkan fresh milk dan masukkan telur dan gula ikut manis.
Gaul sebati dan ketepikan.
Pukul cream cheese hingga kembang.  Masukkan gula dan vanila. Pukul hingga sebati.  Masukkan whipping cream dan pukul hingga agak pekat.  Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam roti. Gaul rata. 
Mas putar sebati semua bahan cream cheese tu sebab tak letak whipping cream.
Masukkan ke dalam loyang.  Bundo gunakan loyang berukuran 30x10x4 cm.  Ngam ngam muat satu adunan ni. Kalau tak ada, gunalah apa yang ada.  Kemudian bakar dalam suhu 170deg c lebih kurang 40 minit.

Cara Mas : 
Mas masukkan 1/2 adunan bahan2 puding roti ke dalam loyang ciffon yang telah digliss.
 Kemudian letakkan bahan2 cream cheese ditengah2 dan tutup cream cheese dengan 1/2 lagi adunan puding roti tu dan bakar lebih kurang 1/2 jam sebab Mas buat 1/2 adunan dengan suhu 170c dengan api atas bawah.




Ikan Tempra Nyonya



Assalamualaikum. Bersiaran dengan entry tertunggak...meh layan Ikan Tempra Nyonya yang sedappp ni...syok betoi menggaul bawang goreng tu ngan nasi...memang menyelerakan betoi....lain kali klu masak lagi resepi ikan tempra nyonya ni, Mas nak letak bawang goreng tu lebih sikit...satu lagi menu ikan goreng yang best....simple dan sedappp...maceh pada tuan resepi Kak Diana dan Kak Ummi pun dah mencubanya......Mas pun ikut Kak Ummi tambah2 sikit bahan supaya pedass lagi...tu yang bestt.....

Ikan Tempra Nyonya
Resepi : Kak Diana
Sumber : Kak Ummi
Bahan :
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung - dibersihkan 
  • Daun bawang 
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC (* Mas tambah macam kak ummi )
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Nie Diana tambah, tak bubuh pun tak apa)
Bahan A ( Digoreng garing ) :
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas utk 2 ikan di atas)
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas)
Bahan B :
  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai di titik
  • 2 biji cili merah - di potong menyerong ( Mas pun macam kak ummi letak 3 biji dan tumbuk kasar...nak pedas sikit..hehe)
Cara memasak :
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Saturday, July 23, 2011

Nasi Ketumbar yang besttt



Assalamualaikum. Melayan entry tertunggak...Nasi Ketumbar yang Mas buat semalam. Teringin juga menerainya bila tengok ramai yang dah mencubanya, ada yang buat berulang kali tau....hhmmm...memang sedapppp la...tak percaya...kene buat sendiri dan makan...baru tahu macam mana rasa nasi ketumbar ni...Mas pun tak sangka Nasi Ketumbar ni sedappp...patut la Kak Nor buat berulang kali....tengok semalam Kak Wana pun buat dan hari ni Kak Ct Delima pun entrykan Nasi Ketumbar juga....untuk yang belum menerai lagi Nasi Ketumbar ni...boleh mencubanya....terbaikkkk....Mas makan ngan Ayam Masak Merah Madu....perrhhhh....hingga menjilat jari......boleh buat lagi Nasi Ketumbar ni nanti....

Nasi Ketumbar
Resepi : Q'ein@myresepi
Sumber : Kak Nor
Bahan:
  • 500g beras
  • 3 s/b mentega @ minyak sapi
  • sedikit minyak
  • 1 biji bawang merah - dimayang halus
  • 3 batang daun ketumbar - blender halus
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
  • 1 kiub ayam
Cara memasak :
  1. Basuh beras dan toskan
  2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
  7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..



Friday, July 22, 2011

Muffin Coklat



Assalamualaikum. Bekal Ain ngan Daniel, Mas try buat Muffin Coklat yang Izahdaut tayang pagi tadi...sebenarnya pagi tadi dah buat satu resepi kuih...tapi kuih tu dah masuk dalam cik tong sebab tak jadi....bantattttt.....hu..hu...frush betoiii.....jadi Mas pun try Muffin Coklat ni sebab nampak cara nak membuatnya senang....itu pun was2 juga..risau kalau mapin ni pun tak jadi...jawabnya bebudak tu bawa bekal sosej goreng la...bekal last minit...he..he..
Alhamdudillah.....muffin ni menjadi dan sedappppp.....abang pun suka, banyak juga dia makan tadi...tukang buat ni merasa seketoi dua jerk.....dapat juga buat bekal Ain ngan Daniel....Mas buat 1/2 adunan...banyak juga dapat....elok2 jerk untuk family kecil macam Mas ni....muffin ni sangat lembut gebu tau.....tak terlalu lembab...manisnya pun elok2 jerk...maceh makcik...memang betul kata kau...muffin coklat ni memang terbaikkkk...

Muffin Coklat
Sumber : MaklangKak Ummi
Copy : Izahdaut
Bahan A :
  • 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
  • 1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe
  • sedikit garam
Bahan B:
  • 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
Bahan C :
3/4 cawan air panas

Cara membuatnya :
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. 
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. 
  4. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

Macehh yerkkk.....



Assalamualaikum. Pagi ni mengutip award dulu....terima kasih pada mamahawaZaliedanacik cek dan kak ita yang sudi memberi award yang cantik ni pada Mas....klu ada yang Mas terlepas pandang...tolong cakapp yerk......semoga persahabatan yang terjalin antara kita semua berkekalan selamanya walaupun kita semua hanya mengenali antara satu sama lain hanya di alam maya saja.....
Award ni diberi bertujuan memanjangkan hubungan silaturrahim antara blogger...jadi disyaratkan untuk foward pada 8 blogger yg lain iaitu juwitakak nazikadeliahlovenoorshaKak Diana dan Kak yus.


Thursday, July 21, 2011

Roti KismisYogurt



Assalamualaikum. Hari ni kelam kabut sikit...he..he...tak pe...sekarang dah selesai dan baru boleh mengupdate blog. Meh layan Roti KismisYogurt yang masih suam2   ni....Alhamdudillah..sempat juga buat bekal untuk Ain dan Daniel....memang dah berkenan kat roti ni bila tengok Izah tayang semalam....jadi bila hari ni kene juga kluar beli barang untuk buatkan cheese tart untuk ustazah Ain, Mas pun beli yogurt sekali......dapat juga menerai roti yogurt hari ni....Alhamdudillah....memang lembut gebu macam yang Izah cakapkan....sedappp....Mas pun tak letak kismis sebab terlupa lak beli kismis tadi..he..he..pada hal bebudak tu suka kismis...tak pe la..bila buat lagi nanti...boleh letak kismis pulakk...mehhh.....jemputt ambik sorang seketoiii.....

Roti KismisYogurt
Resepi : Majalah Sedap Jurnal Resepi Bdaria
Sumber : Izahdaut dan Kak Ummi
Bahan (anggaran 17 ketul) :
  • 300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
  • 100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
  • 20gm susu tepung
  • 75gm gula pasir
  • 8 gm yis segera
  • 1 biji telur - pukul ringan
  • 50gm yogurt
  • 150ml air sejuk
  • 75gm marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan. Lap sikit dgn kitchen towel)
  • * Mas dan Izah tak letak kismis
  • Bahan sapuan:
  • 2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)

Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
  2. Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)
  3. Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
  4. Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
  5. Canai adunan memanjang dan gulung.
  6. Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
  7. Sapukan susu sejat.
  8. Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.
Nota: Ulian mmg sedikit lembik, tp still boleh uli...so taburkan sedikit tepung atas papan canai dan uli manja-manja sikit semasa membulatkan doh tu eh..hehee

*doh Mas dan Izah sedang elok tak lembik. Mungkin sudah dikurangkan sedikit air. Elok untuk dibentuk.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...