Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, May 31, 2011

Roti Naik - resepi II



Assalamualaikum. Semalam tetiba jerk rajin nak meroti...jadi Mas try buat Roti Naik - resepi II lak....sebelum ni pernah buat Roti Naik resepi Puan Asmahan. Roti Naik yang ini memang berbeza sikit bahan2nya..salah satunya tak menggunakan telur...tetap lembut gebu jerk roti ni walaupun dah sejukkkk....Mas cicah ngan sambal udang semalam...sedappp weehhh.....pagi tadi lak cicah ngan white coffee...hmmmm...terbaik la roti ni....manyak sedappppp.....maceh pada tuan resepi R.Net. Boleh juga dilihat di dapur Kak Hana dan CMG.

Roti Naik - resepi II
Resepi :  R.Net
Bahan :
  • 400 g tepung roti
  • 100 g tepung Hong Kong - Mas dan kak hana ikut mat gune tpg gandum je!
  • 250 ml air - Mas dan Kak Hana guna susu segar + air sikit
  • 50 g susu tepung - mas dan kak hana x letak
  • 3/4 camca teh bread improver - yang ni resepi asal tak de 
  • 180 g gula perang (brown sugar) - hana ltk 110-120g gula halus
  • 100 g mentega
  • 11 g yeast segera
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Beberapa titik pewarna kuning

Cara membuatnya :
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. 
  2. Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.


Simpan roti di dalam bekas bertutup untuk mengelak roti menjadi keras kerana terdedah pada angin. Hmmm..tengok roti naik ni..lembuttt kan...sedapp juga dimakan begitu sahaja...

Cakoi Dan Sos Manis



Assalamualaikum. Bersiaran lagi dipagi yang sepoi2 sejukkk ni. Anak2 pun baru jerk bangun dari tido...hmmm..sedapp tido dalam cuaca sejuk gini.......
Untuk hari ni, meh layan Cakoi dan Sos Manis yang sangat best ni. Nampak Izahdaut buat ari tu...jadi teringin lak mencubanya, jadi Mas buat Cakoi dan Sos Manis ni untuk sarapan semalam. Jadi dah abiss yerk...kita cuci mata jerk..mana2 yang berkenan...boleh mencuba cakoi ni....terbaik tau.....sangat best.....lembut jerk cakoi ni.....sangat best bila dicicah ngan Sos Manis tu...untuk Sos Manis tu Mas buat pekat sikit sebab nak sos tu melekat banyak kat cakoi tu...kikikiki....kiranya Mas tambah lagi 1/2 sudu jerk tepung kastard tu....
Untuk tekak yang pedas, cakoi ni best dicicah ngan sambal atau kari..jadi terpulang pada selera masing2 yerk...resepi asal datangnya dari MamaFami dan telah dicuba oleh Kak Azura Rahman. Terima Kasih pada semua....

Cakoi 
Resepi Asal : MamaFami
Copy n Paste : Izahdaut
Bahan :
  • 400 g tepung - diayak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar majerin - dicairkan
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil yis segera
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
  3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
  4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
  5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
  6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
  7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
  8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Nota :
  • Mas dan Izah uli menggunakan BM dan kaedahnya masukkan bahan-bahan mengikut turutan BM.

Sos Manis
Resepi : Izahdaut
Bahan :
  • 1 1/2 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan susu segar
  • 3 - 4 sudu besar susu pekat manis
  • sedikit pandan paste
Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.
  2. Masak atas api sederhana. Kacau selalu dengan menggunakan whise sehingga sedikit pekat-pekat manja.
  3. Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.


Monday, May 30, 2011

Agar2 Rintik Santan



Assalamualaikum. 
Bersiaran di pagi hari dengan Agar2 Rintik Santan resepi dari dapur Izahdaut ni. Hmmmm...rasa agar2 ni ala2 macam cendol tau...sedapppp...mungkin gabungan rasa gula merah dan santan tu yang membuatkan rasa agar2 ni seakan2 macam makan cendol....betul kan Ijah....pada Mas agar2 ni elok dibuat dalam loyang dan kemudian baru dipotong untuk menampakkan corak ketulan agar2 santan tu...Mas dah try buat sikit dalam acuan kecik...tak nampak lak yang bersantan tu...kalau buat dalam loyang dan dipotong..baru terserlah yang bersantan tu.....betul kan Ijah...kikikiki...kau jawab Ijah soalan2 aku ni...apa pun, Mas memang puas hati dengan agar2 ni....terasa kelainannya dan sedappppppp....adunan untuk resepi Agar2 ni sesuai untuk keluarga kecik...pada Mas elok2 jer untuk 4 mulut yang nak makan, jadi untuk family besar...dicadangkan agar digandakan bahan2 tu...
Selamat Mencuba....


Agar2 Rintik Santan
Resepi : Izahdaut

Bahan A :
1/2 sudu besar agar2 serbuk *saya guna agar2 serbuk warne ijau
250 ml santan
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Cara :
Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
Bila agar2 sudah keras, potong kiub kecil2 dan ketepikan.




Bahan B :
1/2 sudu besar serbuk agar2
500 ml air
100 gm gula merah -  boleh tambah gula biasa untuk lebih manis
1 sudu besar tepung kastard -  bancuh dengan 2 sudu besar air
2 helai daun pandan - optional

Cara :
Masak air , daun pandan dan gula merah sehingga hancur. 
Masukkan pula agar-agar dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard.
Masak hingga mendidih. Tuang ke dalam loyang.
Kemudian masukkan agar2 yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar2 B.
Sejukkan dan hidangkan.


Sunday, May 29, 2011

Apam Karamel Tanpa Telur



Assalamualaikum. Hmmmm...rutin hari minggu Mas sekeluarga....kejapp lagi nak keluar gi Pasar Tani Shah Alam, lepas tu gi berpoya2 japp kat Tesco...menambahkan barang yang tak de kat dapur tu....kikikiki.....seronokkan shopping barang2...bab nak mengangkut barang dan mengemas tu yang lemau sikit.....
Sebelum Mas keluar kejapp lagi dan membebel tak tentu arah..meh layan Apam Karamel Tanpa Telur resepi dari Kak Fida ni. Mas buat petang semalam untuk minum petang anak2, masih berbaki sikit lagi tu, tetap lembut walaupun dah semalaman. Mas lihat resepi Kak Fida ni kebanyakkan memang tak menggunakan telur dan hasilnya tetap puas hati. Apam ni lembut jerk walaupun dah sejuk tau. Sedapppp.....tak mau bebel panjang lagi...meh tengok resepinya.....

Apam Karamel Tanpa Telur
Bahan karamel :
  • 150 g gula pasir
  • 250 ml air panas
Bahan :
  • 150 g tepung gandum - diayak
  • 1 sudu kecil baking powder - diayak
  • 1/2 sudu kecil bicarbonate of soda - diayak
  • 75 g gula halus (kurangkan jika tak makan dgn kelapa putih)
  • 2 sudu besar susu sejat
  • 2 sudu besar mentega cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan sampingan :
  • sedikit minyak masak untuk mengoles acuan lompang
  • Mas guna paper cup, jadi tak payah sapu minyak pada acuan
  • kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan - Untuk dimakan dengan Apam Karamel
Cara membuatnya :
  1. Untuk Karamel : Sediakan gula hangus dengan menggoreng gula pasir hingga kecoklatan dan tuang air panas hingga gula cair. Sejukkan.
  2. Untuk Apam : Masukkan bahan2 yang diayak ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula halus.Sebatikan dan tuangkan air gula hangus sedikit2 dan kacau rata. 
  3. Masukkan susu sejat, esen vanila dan mentega cair dan kacau lagi menggunakan whise hingga sebati dan tak berbintil2. Mas tapis adunan ni. 
  4. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan sebentar.Tuang adunan 1/3 penuh acuan lompang. Kukus selama 10 - 12 min. Angkat dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

Saturday, May 28, 2011

Puding Roti Karamel




Assalamualaikum. Bersiaran dipagi sabtu...cuti sekolah pun dah bermula...mesti macam2 aktiviti yang akan berjalan kan. Hmmmmm..pepagi lagi Mas menayang Puding Roti Karamel yang sangat best ni. Tengok Izahdaut dok tayang Puding Roti Karamel ari tu, jadi teringat lak kesedapan puding roti tu.....Mas pernah buat sebelum ni DISINI. Memang sangat best puding roti ni...halus jerk rasanya bila masuk mulut....sedapppppp....resepi puding roti ni asalnya dari Kak Rosaliza dan telah diubah suai oleh Kak Dayang. Daniel suka sangat ngan puding roti ni....berselera betoi tengok dia makan....sangat best dimakan ketika sejuk selepas dikeluarkan dari freeze...nyamannn jerk rasanya....

Puding Roti Berkaramel
Resepi asal : Kak Rosaliza
Diubahsuai  : Kak Dayang
Bahan :
Untuk Karamel :

  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara membuatnya :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
  2. Kacau segera supaya tidak berketul.
  3. Kemudian ratakan pada loyang @ bekas yang besesuaian dan sejukkan seketika.
Bahan Puding :
  • 3 keping roti sandwic - disiat-siat
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara membuatnya : 
  1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. 
  2. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. 
  3. Tuangkan ke dalam karamel tadi. 
  4. Sediakan loyang @ bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. 
  5. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. 
  7. Seeloknyapuding roti ni dibiarkan semalaman dalam freeze ( tunggu dulu  puding roti tu sejuk baru masukkan dalam freeze tau ) , bila nak makan baru terbalikkan dan dimakan....
  8. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang @ malam anda. 
  9. Sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang sebagai dessert.....nak membuat pun senang kan.
  10. Selamat mencuba........



Friday, May 27, 2011

Super Moist Chocolate Cupcake



Assalamualaikum. Bersiaran lagi dengan kek coklat yang masih panass ni. Semalam nampak HaSue buat Super Moist Chocolate Cupcake. Nampak sedapppp sangat. Jadi Mas pun buat ari ni untuk bekal anak2. Lagi pun tak susah sangat membuatnya. Godek2 jer dah boleh dibakar @ kukus. Untuk Super Moist Chocolate Cupcake ni Mas kukus jerk..hasilnya...lembut dan lembab jerkkk kek coklat ni.....sedapppp...sebenarnya Mas pernah buat kek coklat ni sebelum ni..boleh lihat DISINI yerk......

Super Moist Chocolate Cupcake
Ubahsuai oleh : HaSue
Bahan-bahan:
  • * 100g Serbuk Koko*
  • * 180g Gula pasir*
  • * 1 tin Susu sejat*
  • * 200g Minyak Masak Sayuran*
  • * 250g Susu Pekat*
  • * 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • * 150g Tepung Gandum
  • * 1 st Soda Bikarbonat
  • * 1st Baking Powder
*Papercups/kertas cawan secukupnya

Cara membuatnya :
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda * dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
  3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup. Mas kukus selama 20 minit.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!


Keli Bakar dan Sambal Belacan



Assalamualaikum. 
Bersiaran dipagi Jumaat dengan Keli Bakar dan Sambal Belacan yang Mas masak untuk lunch semalam. Masa gi kedai beli bayam, tengok ikan keli tu macam sedapp jerk dibakar....memang kena ngan bayam tumis tu....hhmmm...jadi Mas beli 2 ekor untuk dibakar..cukup la tu, yang nak makan pun Mas sorang jerk......memang tak plan nak bakar keli ni....kikikiki..tapi disebabkan ada keli bakar...mesti ada sambal belacan kan...jadi Mas buat Sambal Belacan resepi Kak Hana ni...selalu gak Mas buat sambal belacan ni....boleh lihat DISINI untuk resepi sebelum ni. Best tau Sambal Belacan ni......sedappppp....

Keli Bakar
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
ikan keli - dicuci bersih dan toskan
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada sulah

Cara memasak :
Lepas bersihkan keli, rendam kejap keli ngan air asam jawa @ air limau nipis, cuci bersih dan ulang sekali lagi langkah tadi, cuci bersih dan toskan.
Kemudian baru kelar2 keli tu dan lumurkan garam, lada sulah dan kunyit pada keli dan

kemudian bakar keli  sehingga garing.

Mas bakar selama 30 minit dengan api atas bawah dengan meletakkan keli atas jaring membakar dan alaskan dulang bawahnya .





Sambal belacan :
Resepi :Kak Hana

Bahan :
* ¼  -  ½ cawan cili padi - bergantung kepedasan masing2
1 batang cili merah - hiris
2 biji bawang merah kecil - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
* 1 inci belacan
* sejemput ikan bilis kopek
limau kasturi
secubit garam
secubit perasa@gula
sedikit minyak

Cara :
Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
Masukkan semua bahan yang bertanda  *  ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.



Thursday, May 26, 2011

Donut Ball (pandan)



Assalamualaikum. Bersiaran lagi dengan mood hijauuuuu.....kikikiki...menerai Donut Ball (pandan) lak untuk bekal Ain ngan Daniel ari ni. Sangat best tau donut ni...lembut gebu jerk.....suka betoi menggigit donut ni....Mas buat 2 versi , 1/2 disalut ngan gula dan 1/2 lagi Mas toppingkan donut ni ngan coklat untuk anak2. Resepi datangnya dari Izahdaut yang menayangkannya semalam....tergoda dibuatnya....Alhamdudillah, Mas dah merasa Donut Ball Pandan resepi Kak Dayang ni...terbaikkk...maceh pada Kak Dayang dan maceh juga pada Izahdaut yang berjaya menggoda Mas menerai Donut Ball pandan ni......untuk peminat donut, Mas cadangkan untuk menerai donut ni...nak membuatnya pun tak mengambil masa lama...tak payah tunggu adunan naik selepas diuli....dan Mas kongsikan disini...donut ball ni akan mengembang lagi semasa menggoreng...jadi buatlah bulat2 comei..jadi masa menggoreng, donut ni akan mengembang lagi...jadi akan mendapat bebola donut yang sedang2 jerk saiznya......selamat mencuba......

Donut Ball (pandan)

Bahan :
  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pelembut doh
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)
  • 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran
Cara membuatnya :
  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.



Sambal Udang



Assalamualaikum. Bersua lagi dengan resepi Sambal Udang. Baru jerk lepas masak tau...lepas hantar Ain ngan Daniel tadi, Mas terus masak untuk lunch ari ni....Sambal Udang ngan Ayam Masak Kicap Berempah jerk....ingat kejap lagi nak gi kedai beli bayam..boleh masak bayam tumis air....kikikiki..senang dan simple jerk menu lunch ari ni. Lepas tu baru boleh godek2 cari resepi untuk bekal bebudak berdua tu.....hhmm....sambal udang ni Mas masak biasa2 jerk...rasanya semuanya dah tahu kan....Mas tempekkan juga resepi kat bawah tu....biasa la kan...mood rajin....

Sambal Udang
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 300 g Udang Segar - dibersihkan dan dibuang kulit
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 10 biji bawang merah - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • sedikit ikan bilis, basuh  - dikisar
  • cili kisar - ikut pedas
  • air asam jawa - ikut masam
  • garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
  1. Blend bawang putih, bawang merah dan ikan bilis hingga halus dengan sedikit air. Panaskan minyak..tumis bawang besar yang dihiris hingga wangi dan kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan cili kisar ikut pedas. 
  2. Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan air asam jawa sedikit sedikit hingga mendapat masam yang diinginkan...biarkan mengelegak, jika sambal kelihatan kering, boleh tambah sedikit air dan tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)  Hidangkan.....

Wednesday, May 25, 2011

Jelly Kelapa


             


Assalamualaikum. 
Meh layan dessert yang sangat best ni dalam cuaca panas gini. Dah lama Mas perap resepi Jelly Kelapa Kak Nor ni. Asal beli jerk air kelapa, habis diminum gitu jerk..tak sempat nak buat jelly, jadi kali ni, memang dah plan betul2...mesti buat Jelly Kelapa, jadi lepas beli air kelapa tu...terus jerk buat...hmm...senang sangat membuatnya.....bahan2 pun ringkas sangat....
Alhamdulillah, merasa dah Mas jelly kelapa resepi Kak Nor yang sangat best ni...sedappp sangat....patut la Kak Nor buat berulang kali....akan ada siaran ulangan nanti......sedapppp....maceh Kak Nor....muaaahhhhh

Jelly Kelapa

Bahan :
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa -  k.nor guna air dr 3 biji kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula - terpulang pada citarasa masing2
3 helai daun pandan


Cara membuatnya :
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

Nota :
Sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.



Ayam Goreng Percik Berkuah



Assalamualaikum. Sape suka Ayam percik sila angkat kaki....kikikiki....ni menu hari yang sama Mas buat Asam Pedas Daging tu...Ayam Goreng Percik Berkuah ni Mas buat untuk Ain ngan Daniel...bebudak tu memang tak layan asam pedas...rupanya Ayam Goreng Percik Berkuah ni sedapp tau..senang lak membuatnya...suka bebenor bebudak tu makan. Untuk resepi ni ada yang Mas derhakakan....Mas tukar santan tu dengan susu cair....tetap sedappp...tengok kat Myresepi, ramai gak yang dah mencubanya termasuk Kak Nor....
Maceh pada tuan resepi Ayam Goreng Percik Berkuah ni iaitu Oshin yang sudi berkongsi resepi ayam yang best ni. Untuk resepi Ayam Goreng Percik Berkuah ni Mas buat 1/2 ekor jerk..jadi kena pandai agak2 bahan2nya tu yerk...cili tu Mas tak letak banyak sangat sebab budak2 tak tahan pedas dan susu cair tu pun Mas letak 1/2 cawan jerk....selamat mencuba yerk.....sedappp  Ayam Goreng Percik Berkuah...

Ayam Goreng Percik Berkuah
Bahan ( 6 - 8 orang makan ) :
Bahan A
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
Bahan B ( dikisar ) :
  • 6 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 15 tangkai cili kering - dikisar ( ikut pedas )
Bahan C :
  • 1 biji kelapa - diambil santannya (Mas letak susu cair)
  • 2 batang serai - dititik 
  • asam keping - 4-5 keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1/2 kiub ayam - Mas tambah

Cara memasak :
  1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan bahan2 kisar ( Bahan B ) hingga wangi
  3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan serai yang dititik dan tumiskan hingga naik minyak
  4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Letakkan 1/2 kiub ayam. Kacau sebati.
  5. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.

Tuesday, May 24, 2011

Asam Pedas Daging



Assalamualaikum. Bersiaran dengan resepi Asam Pedas Daging pepagi ni. Tu menu semalam, jadi dah abiss yerk..Ari tu tengok Izahdaut buat.....jadi teringat2 lak selagi tak merasanya.....mengalahkan orang mengidam kan..kikiki....Mas guna daging yang kat bahagian tulang sum2 lembu tu...tak tahu lak nak menyebut namanya.....memang best...rasa kenyal2 jerk...first time tau Mas makan daging bahagian tulang sum2 ni....sedappp...kata Ijah resepi Asam Pedas Daging ni dari Sya Annur dari Myresepi. Hmmm..memang best asam pedas ni...licin kuah tu Mas hiruppp....he..he...

Asam Pedas Daging
Bahan :
  • 1/2 kg daging - direbus hingga empuk
  • 10 biji cili kering
  • 3 biji bawang merah @ 1 biji bawang besar
  • 1/2 inch halia
  • 1/4 inch lengkuas
  • 1 batang serai
  • sedikit belacan *saya tambah
  • blend@tumbuk semua bahan di atas smpai lumat (kecuali daging la, hehe)
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • Daun kesum
  • 1 sudu makan paste asam jawa * Mas dan Izah tambah
  • Sedikit rempah tumis ( Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga )
  • Garam dan Gula secukup rasa

Cara memasak :
  1. Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
  3. Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk.
  4. Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum. Juga garam, gula dan jus asam jawa secukup rasa.  
  5. Biar ia mendidih dan rasa,jika ok boleh tutup api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...