Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, April 30, 2011

Ikan Tongkol Goreng Kicap



Assalamualaikum. Sunyi sepi kan ari ni. Maklum la cuti kan sampi Isnin, jadi mesti ramai yang balik kampung, Mas sekeluaga jerk yang tak kemana2. Ari ni mungkin keluar jejalan kejap...tapi esok lusa Mas anak beranak dok rumah jerk sebab abang kerja.
Sebelum Mas celoteh lagi panjang, meh layan  Ikan Tongkol Goreng Kicap ni. Sedap tau..Ain ngan Daniel suka sangat, untuk Mas kene la buat sambal belacan sikit sebab nak rasa pedas tu masa makan nasi. Untuk ikan tongkol tu, Mas goreng sikit selepas direbus untuk garingkan sikit ikan tu...sedappp weh,...makan ngan nasi panas..memang best....resepi asal dari Makyong dan boleh juga dilihat didapur HaSue.

Ikan Tongkol Goreng Kicap
Resepi Asal : Makyong@myresepi.com
Bahan :
Bahan untuk rebus :
  • 5 keping ikan tongkol
  • 3 sudu makan asam jawa - yang masih berbiji
  • 2 cm halia atau lengkuas - hiris
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit manisan @ gula melaka

Bahan untuk goreng kicap :
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 5-10 cili padi - dihiris ( ikut tahap kepedasan )
  • 1 tangkai cili merah dihiris memanjang sedikit
  • 2 sudu besar ( atau secukupnya ) kicap
  • 2 sudu besar ( atau secukupnya ) sos tiram

Cara memasak :
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4 - 5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng. Mas goreng ikan tongkol ni selepas dikukus semalaman.
  2. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit.Goreng dalam 2-3 minit.
  3. Masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan,balik2kan supaya sekata bergaul dengan kuah kicap.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas.

Friday, April 29, 2011

Kek Choc Tanpa Telur



Assalamualaikum. Pepagi dah kluar resepi kek coklat yerk. Mas buat petang semalam Kek Choc Tanpa Telur ni. Resepi dari Kak Fida yang dikongsikan di Myresepi. Tengok resepi Kak Fida ni banyak juga resepi yang tak menggunakan telur. Mas pernah try resepi Apam Pisang Tanpa telur dan minyak resepi dari Kak Fida, memang sedapp apam pisang tu..lembut jerk..sama juga dengan kek coklat ni..memang sedappp....lembut dan moist jerk kek ni....walaupun dibakar. Resepi ni menggunakan madu untuk menggantikan telur. Untuk penggemar kek coklat, boleh try resepi kek coklat ni...terbaik tau...Mas suka...
Tuan tanah pun sibuk sikit ari ni....petang baru free...bw akan menyusul kemudian yerk....jadi jangan la malu bertandang kat Duniaku...buatla macam rumah sendiri...kalau dah sepahkan..kemas balik tau.....bye semua...jumpa lagi petang nanti yerk...he..he..

Kek Choc. Tanpa Telur 
Resepi asal : Kak Fida@myresepi.com
Bahan :
Bahan A:
  • 300 ml susu segar ( 1 1/4 cawan )
  • 180 g gula halus ( 3/4 cawan )
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil instant cofee @ nescafe

Bahan B :
  • 180 ml minyak jagung @ sayur ( 1 cawan ) 

Bahan C ( diayak ) :
  • 200 g tepung gandum ( 1 1/2 cawan + 2 sudu besar )
  • 40 g serbuk koko ( 5 sudu besar )
  • 1/2 sudu besar bicarbonate of soda
  • 1/2 sudu besar baking powder

Cara membuatnya :
  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.
  2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A dan gaul rata. Alihkan ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Ayak adunan C dan masukkan ke dalam campuran A dan B dan gaul hingga sebati dengan hand whisk.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas dan digris dan bakar hingga masak pada suhu 160C selama 40 - 45 minit
  5. Hiaskan dengan topping kegemaran. Selamat mencuba.


Thursday, April 28, 2011

Spicy Tomato Chicken



Menu lunch Ain ngan Daniel ari ni. Ternampak resepi Spicy Tomato Chicken kat dapur Mamahawa, terus terpikat....kebetulan Mas pun tengah mencari2 resepi ayam untuk ari ni, jadi Mas terus buat Spicy Tomato Chicken ni, lagi pun budak2 ni suka gak lauk yg ala2 masak merah ni...Mas buat tak pedas sangat sesuai untuk budak2. Rasanya lebih kurang masak merah juga...sedapp tau. 

Spicy Tomato Chicken
Sumber : Kak Ayu dan Mamahawa
Bahan :
  • 500 g ayam -dipotong kecil dan di goreng-(Ayu used 1 ekor ayam large-digaul kunyit & garam then goreng)
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 2 biji tomato - di hiris / potong dadu
  • 10-15 tangkai cili kering *- di rendam hingga lembut
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm halia*
  • bahan bertanda(*) dikisar halus.
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam, gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak - utk menumis
  • daun sop dan daun bawang - dihiris halus
  • 1 btg cili merah - dipotong serong-(Ayu gunakan cili padi diketuk)
  • 1 btg cili hijau - dipotong serong
  • 1/2 cwn bawang goreng.

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hiris, tomato hingga layu dan wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Tambah sedikit air dan masukkan kesemua bahan sos,garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati .Tambah air lagi jika perlu .
  4. Masukkan daun sup, daun bawang,cili merah dan hijau yg dihiris dan 1/2 bwg goreng, gaul lagi hingga rata.
  5. Ketika menghidang, taburkan dgn 1/2 bwg goreng lagi. 

Talam Pisang


          

Assalamualaikum. Menu menghabiskan pisang yang tengah nazak. Meh layan Talam Pisang lak. Masa nampak Kak Nieza tayang talam pisang ari tu, Mas terus simpan resepi ni. Memang plan nak buat bila ada pisang, tapi jadi terlupa lak lepas tu, bila tengok pisang yang masak ranum tu tergolek berpasangan....cian dia, jadi teringat lak talam pisang yang Kak Nieza buat ari tu...dapat lah kat Mas setengah adunan..itu pun elok2 jer untuk Mas sekeluarga. Puas gak makan. Sajer Mas buatkan dalam bekas kecil2....comeii kan..pada hal malas nak memotong talam tu..takut senget benget lak..muahaha....resepi asal dari Kak Hanieliza. Maceh pada akak berdua. Memang sedapp talam pisang ni.....

Talam Pisang 
Resepi asal : Kak Hanieliza
Sumber : Kak Nieza
Bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan pisang - potong dadu atau lecek - Mas lecek
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 cawan santan cair
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1/2 sudu kecil esen pisang - Mas tambah

Cara membuatnya :
  1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
  2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
  3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit. Mas kukus 15 minit sebab menggunakan acuan kecik.
  4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas :
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
  2.  Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
  3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
  4. Kukuskan lagi 20 minit. Mas buat dalam bekas kecil, kukus dalam 12 minit jerk.
  5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan.


Award lagi Shazahaiza dan tag dari Kak Yus



Terima kasih pada Sazahaiza yang sudi memberi award istimewa ni pada Mas. Rasa terharu sangat. Cantik award2 tu. Sazahaiza ni tuan punya blog resipi dan petua yang berada trengganu. Banyak petua2 dan resepi yang menarik kat blog shazahaiza ni iaitu blog resepi & petua, jadi rajin2 la bertandang kat sana yerk.




Baru sempat nak jawab tag dari Kak Yus ni. Alahai..bab nak menjawab soalan ni yang lemah sikit...tak pe la...untuk Kak Yus cayaang...harap berpuas hati yerk....

1.Bekas kekasih saya adalah seorang :
hhhmmmmm....nak pikir jappp....ingat ke tak ni.....muahahaha

2.Saya sedang mendengar :
Lagu senyum........senyummmm semua..he..he..

3.Mungkin saya patut :
sarapan dulu kot...lapar lak..he..he..tak pe..jawab tag dulu....

4.Saya suka :
memasak, mencuba resepi2 baru........

5.Sahabat baik saya :
ramaiiiiii...

6.Saya tak faham :
buat masa sekarang ni masih faham..he..he..

7.Saya kehilangan :
rasanya sekarang ni masih belum kehilangan apa2 lagi....

8.Ramai yg bertanya :
tanya apa tu.......???

9.Makna nama saya :
Mashitah - Yang mati syahid oleh Fir'aun @ penyisir rambut puteri firaun boleh baca ceritanya DISINI

10.Cinta itu adalah :
satu perasaan yang amat indah

11.Saya akan cuba :
menjadi lebih baik...

12.Telefon bimbit saya :
norkia

13.Bila saya terjaga dari tidur :
Alhamdudillah, Allah masih memberi kesempatan untuk bernafas dan meneruskan hidup...

14.Saya paling meluat apabila :
berdepan dengan orang yang sombong...berlagak....

15.Pesta/party adalah :
makan2 dan kenal mengenal

16.Haiwan yg paling comel :
kucing

17.Peringkat umur yg paling menyeronokkan bg saya ialah :
zaman kanak2...

18.Hari ini :
khamis

19.Malam ini saya akan :
selalunya malam mas akan baca novel dan lipat baju...melepak2 depan tv

20.Esok pula saya akan :
esok Mas akan bawa Ain ke hospital..sampai petang kat sana...

21.Saya betul2 inginkan :
banyak keinginannya ni...he..he..duit banyak...hidup bahagia...sihat tubuh badan...

Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pg ini :
tahi lalatku masih ada.......he..he..

23.Siapa yg anda mahu tag :
jenggg...jengg.......Mas tag semua member2.....hambik kau....sape2 yang rasa rajin, ada masa nak jawab soalan2 ni......sila - sila la yerk....

Lega rasanya dah jawab soalan.....fuuuhhhh

Wednesday, April 27, 2011

Telur Masak Taucu



Adoooiii....ari yang agak sibuk ari ni. Masak pun ala kadar jerk pagi tadi. Bermula ngan tolong jiran yang nak berpindah, dengan nak selesaikan urusan2 pembayaran bulanan...dengan bawa Ain gi hospital kejap....petang baru free...
Meh layan lauk ala kadar yang Mas tadi, Mas masak ayam sos plum ngan Telur Masak Taucu jerk. Sedapp telur ni tau...dah teringin masa tengok Kak Nor tayang ari tu. Resepi asal dari Kak Ayu S'pore. Maceh pada akak berdua.

Telur Masak Taucu 
Resepi asal : Kak Ayu S'pore
Sumber : Kak Nor
Bahan :
  • 3 - 5 biji telur
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1biji lada merah dibuang bijinya dihiris - (Ayu tambah)
  • 3 bj cili api ~ dipotong serong ~ k.nor tambah
  • 1 inci halia-(Ayu gunakan sikit aje) ~ k.nor guna 1/2 in jer
  • 1 sudu besar taucu ~ k.nor tumbuk 
  • sedikit asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin
Cara memasak :
  1. Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan. 
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan taucu ( kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit.) Masukan air asam jawa. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat. Masukkan gula. Masak sampai mendidih dan kuah pekat. Tuangkan kuah diatas telur.

Cencaru masak kuali



Assalamualaikum. Masa jejalan cari resepi ikan kat Myresepi semalam, terjumpa resepi Kembung Masak Kuali ni yang mendapat sambutan hangat kat Myresepi. Tengok respon sangat ramai yang dah mencuba dan memuji kesedapan ikan ni. Jadi Mas try buat untuk lunch semalam ,Mas guna ikan cencaru jerk.....perhhhh......sedapppppppp sangattt tau...itu pun Mas buat tak berapa pedas....sebab tu cencaru Mas ni tak merah sangat....he..he...
Jadi Mas kongsikan resepi ikan ni kat sini....dan Mas syorkan untuk dicuba resepi ikan yang sangat sedappp ni...lebih lama ikan ni siap dimasak, lebih sedapp dimakan tau...sedapp sangat bila kuih tu sebati ngan ikan.....tak puas lak makan semalam.......akan ada siaran ulangan nanti..he..he...

Kembung Masak Kuali
Bahan :
  • 1/2 kilo ikan kembung - guna cencaru, selar , tongkol pun boleh
  • 4 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 inci lengkuas - dikisar
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu kecil halba
  • 1/3 cawan santan
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah

Cara memasak :
  1. Ikan dibersihkan dan digoreng dan kemudian ketepikan.
  2. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan masak hingga pecah minyak .
  3. Masukkan air asam jawa dan halba, kacau sebati, jika tumisan agak kering, tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa dan tambah sedikit kiub ikan bilis, sebatikan, rasakan dan jika dah ok, masukkkan ikan yang digoreng tadi dan sebatikan lagi, biar untuk seketika dan boleh diangkat.
  5. Siap untuk dihidangkan. Kata tuan resepi..ikan ini lebih sedap dimakan keesokkan hari. Mas rasa betul juga sebab Mas makan nasi petang, rasanya ikan ni lebih sedap dari tengahari. Mas masak pun awal..pukul 9 dah siap masak. 
  6. Selamat mencubaaa......

Tuesday, April 26, 2011

Bun Inti Coklat



Alhamdudillah, siap dah bekal Ain ngan Daniel ari ni. Bebudak ni bawa bekal Bun Inti Coklat lak. Intinya Mas guna Chocolate Filling yang Mas tunjuk tadi. Sedappp wehhhh....Rotinya lak Mas guna resepi Basic Dough resepi dari Kak Nor. Memang terbaikk resepi Basic Dough ni.. boleh buat macam jenis roti...semuanya lembut dan gebu jerk.....ari tu tengok Kak Nor buat Bun Inti Coklat, tu yang teringin gak mencuba. Memang sangat sedappp roti ni...
Oleh kerana Mas rajin, Mas masukkan lagi resepi basic dough ni supaya senang nak tengok resepinya. 

Bun Inti Coklat 
Bahan :
  • 380gm tepung high protein ( tepung roti ) 
  • 3 sudu besar susu tepung - tak letak
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A
  • 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit
  • 100g m water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter - Mas guna marjerin
  • 30 gm shortening

Inti :
  • chocolate filling secukupnya

Resepi Water Roux :
  • 25 g tepung gandum
  • 125 ml air

Cara membuat water roux :
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Kaedah 1 -  jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan / mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
  9. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min  atau sehingga masak.
  10. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan :
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.


Chocolate Filling



Assalamualaikum. Ari ni meh layan Chocolate Filling yang best ni. Sedapp tau...Mas buat petang semalam sambil masak untuk makan malam. Chocolate filling ni sesuai untuk inti roti, pau atau kuih apam yang berinti. Resepi asal dari Kak Alina Alias@kongsi resepiKak Nor pun dah buat filling ni. Untuk filling choc ni, Mas tambah 3 sudu tepung gandum sebab Kak Nor ngan Anna cakap filling ni agak lembik, agak susah nak dijadikan inti roti, jadi filling choc Mas ni elok jer jadinya, tak terlalu lembik...senang nak gentel2 dan masukkan dalam doh. Maceh pada Kak Nor dan Anna yang memperkenalkan resepi filling choc ni...maceh juga pada tuan resepi yang tak lokek berkongsi resepi....

Chocolate Filling
Sumber : Anna dan Kak Nor
Bahan :
  • 250 ml susu sejat / susu cair
  • 180 ml air suam
  • 125 gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis
  • 60 gram mentega
  • 60 gram serbuk koko
  • 40 gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Mas tambah 3 sudu besar tepung gandum untuk dapat filling choc yg pekat sikit

Cara membuatnya :
  1. Campurkan susu,koko, air suam, tepung gandum dan tepung jagung.Kacau sebati.
  2. Tapis ke dalam bekas berisi gula..Ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula
  3. Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
  4. Kacau sampai pekat
  5. Campurkan mentega dan esen
  6. Kacau sebati dan tutup api..sejukkan


Monday, April 25, 2011

Apam Pisang Tanpa Telur Dan Minyak


          

Hari ni buat Apam Pisang Tanpa Telur Dan Minyak lak. Boleh percaya ke...Mas pun macam was2 gak masa baca resepi ni, bila tengok respon, ada yang membuatnya dan memuji apam pisang ni lembut...Mas pun try juga buat. Lagi pun bahan2nya amat ringkas. Dalam 5 jenis bahan jerk....dah jadi apam pisang yang sedapp ni. Tapi Mas derhaka sikit dengan menambah 1 sudu kecil esen pisang dan Mas juga tambah 3 sudu besar air sebab tengok adunan ni pekat macam adunan cokodok...try kukus 3 biji....apam ni tak begitu lembut...jadi Mas tambah 3 sudu besar air dan setelah sebati dikacau, Mas kukus lagi......Alhamdudillah.....kali ni apam pisang ni memang lembutttt....sedappnya makan suam2...satu adunan boleh dapat 20 biji acuan lompang...lepas la untuk Ain ngan Daniel bawa bekal...maceh Kak Fida kerana sudi kongsi resepi apam pisang yang sangat ringkas ni kat Myresepi. Memang best apam pisang ni. 

Apam Pisang Tanpa Telur Dan Minyak
Resepi asal : Kak Fida@myresepi.com
Bahan :
  • 1 cawan pisang lecek
  • 1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula) - Mas kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan gula halus tu 
  • 2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak 
  • 4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat
  • 1 sudu kecil esen pisang - Mas tambah ( kalau letak esen vanila pun boleh ) 
Cara membuatnya :
  1. Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.
  3. Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati. 
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam. 
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.


Nota :

Pada Mas adunan apam ni agak pekat, bila Mas try kukus sikit, apam ni tak berapa lembut, jadi bila Mas tambah 3 sudu besar air secara sedikit sedikit dan adunan apam ni jadi cair sikit, baru apam pisang yang Mas kukus ni lembut, agaknya adunan ni bergantung pada pisang juga...kalau pisang masak ranum mungkin tak payah tambah sampai 3 sudu besar air, jadi ikut resepi dulu, kalau adunan apam agak pekat, baru tambah air sedikit2. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...