Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, January 31, 2011

Moist Banana Cake



Dalam cuaca sejuk2 ni...memang sedap makan kek yang masih2 suam2 sambil minum teh 0. Meh sape yang nak join sekaki..sila bawa air sendiri...he..he...
Semalam nampak CMG buat kek pisang yang gebu dan lembut ni....jadi pagi tadi lepas hantar Ain ngan Daniel gi sekolah, Mas terus buat kek pisang ni....kebetulan Mas memang baru beli pisang kat pasar tani semalam. Sedap tau kek pisang ni...lembut dan gebu jer....Mas derhaka sikit dengan letak choc chip dalam kek ni buat kek ni bertambah sedap.

Moist Banana Cake
Bahan :
  • 115 gram tepung gandum * 
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate * 
  • 1/4 camca teh garam ( disatukan, gaul dan ayak
  • 3 biji telur gred B 
  • 1 camca teh ovallate 
  • 70 gram gula perang (brown sugar) 
  • 120 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak) 
  • 125 gram pisang rastali + 1/2 camca teh esen vanilla, dilecek halus 
  • 1 sachet NEscafe 3 in 1

Cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2.5 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang dengan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan kueh boulu). Masukkan pisang lecek tadi, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung + nescafe 3 in 1, berselang seli dengan minyak jagung hingga habis, biasanya terakhir adalah tepung. Putar sebati. Kemudian tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 40 minit atau hingga masak.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak, satu lagi lihat jika kek sedikit mengecut dibahagian tepi2 nya, itu pun salah satu tanda kek telah masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.. 

Sunday, January 30, 2011

Cendawan Goreng dan Bunga



Assalamualaikum. Meh layan Cendawan Goreng yang Mas buat Jumaat lepas sebab semalam ngan ari ni masak gitu2 jer sebab banyak makan luar masa keluar jejalan.....esok baru masuk opis balik...
Ain ngan Daniel pun sekolah Isnin ngan selasa jer...rabu baru start cuti CNY....
Mas tak kemana2 CNY nanti sebab hubby keje...dok diam2 kat rumah jer la....meh tengok resepi simple cendawan goreng ni...guna tepung segera jer...janji sedappp...

Cendawan Goreng
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • cendawan tiram
  • telur
  • tepung goreng Seri Aji
  • minyak untuk menggoreng
Cara memasak :
  1. Bersihkan cendawan tiram dan toskan biar kering. Kemudian carik2kan.
  2. Gaul sebati dengan telur dan salutkan dengan tepung goreng seri aji ( tak payah letak garam dan serbuk cili sebab dalam tepung dah ada ) dan terus goreng hingga cendawan garing, angkat dan toskan.
  3. Sedap dimakan panas2.... 

Tahniah untuk Kak Yatie sempena blog Kak Yatie yang dah mencecah 1000 follower. Mas gantung bunga pemberian Kak Yatie yang cantik ni buat penyeri blog Mas. Moga blog Sinar kehidupanku akan sentiasa bersinar2 seiring dengan namanya.....


Saturday, January 29, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake



Assalamualaikum. Dah lama nampak Marble Chocolate Cheese Cake merata2...baru semalam Mas sempat buat. Rasanya tersangat  sedapp....gabungan coklat dan cheese tu membuatkan mulut tak boleh nak berhenti mamam kek ni....sedappnya....lepas ni boleh buat lagi kek ni. Ain ngan Daniel pun suka...banyak gak dia orang makan...resepi Mas ambik dari Kak Hana dan Kak Yatie
Kejap lagi Mas sekeluarga nak kluar jejalan...jadi BW akan dilakukan petang nanti yer...selamat bercuti dihujung minggu buat semua....

Marble Chocolate Cheese Cake
Sumber : Kak Hana dan Kak Yatie
Bahan :
Bahan A :
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tepung gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat@coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B :

  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A

 
Cara membuatnya :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil @ btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Friday, January 28, 2011

Nasi Arab Berempah



Untuk lunch ari ni...try buat Nasi Arab Berempah lak. Lagi pun senang...sekali masak lauk dan nasi dan hasilnya, Nasi Arab Berempah ni sangat sedapp....ini pun Mas guna beras biasa jer..lain kali nak guna beras brasmathi lak....rasanya dengan daging pun sesuai. Maceh untuk tuan resepi  Dec Sc Girl .

Nasi Arab Berempah
Sumber : Dec Sc Girl
Bahan :
  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 3 cawan beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 biji bwg besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak  :
  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

Bingka Roti Jagung Berkismis



Assalamualaikum. Untuk selamatkan roti yang berbaki tunggu masa nak lupus tu, Mas jadikan Bingka Roti Jagung Berkismis. Sedapp tau...rasa lemak manis tu ngan jagung dan kismis ni amat serasi sekali...banyak juga Ain ngan Daniel makan, mak dia jangan  ditanya...sedapp jer mulut ni mamam bingka tu selagi ada depan mata. Resepinya lebih kurang sama macam Bingka Roti yang Mas buat sebelum ni, cuma ditambah jagung tin dan kismis. Rupanya boleh jadi lebih sedappp....dapat juga jiran merasa sorang sikit sebab Mas buat 1 adunan pun rasanya cukup banyak untuk 3 mulut makan.

Bingka Roti Jagung Berkismis
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • 5 keping roti gardenia - sekali ngan kulit
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400 ml santan
  • 100 ml susu segar @ susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan kismis
  • 1 tin jagung dalam tin

Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  2. Satukan susu segar @ susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh blender dan tak payah tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati. Kemudian masukkan jagung tin dan kismis dan kacau lagi biar sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna loyang bersegi dan bakar selama 1 jam dengan suhu 180c.
  6. Biarkan bingka betul2 sejuk dahulu baru keluarkan dari bekas dan dipotong.

Thursday, January 27, 2011

Chocolate Bottom Banana Square



Sampai gak Chocolate Bottom Banana Square ni kat Duniaku kan, orang lain dah berkurun buat bottom ni, Mas jer yang sampai seru nak buat petang semalam. Memang sangat sedap Chocolate Bottom Banana Square ni, mulut ni asyik nak mamam jer  dan bau brownies ni sangat menggoda tau....agaknya sebab ada pisang kot. Dan kes yang sama macam Izah, Mas tercampur serbuk koko sekali ngan tepung...arrgghhhh...tension gak, tapi bila pikir Izah pun  sama kes macam Mas...kira halal la....janji sedappp.....
                      
Chocolate Bottom Banana Square     
Sumber :   Izah
Bahan :
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
  • 1/2 cawan kismis - Mas tambah

Cara membuatnya :
  1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond@kacang nibs dan Mas tambah kismis.
  4. Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square



Ayam Goreng Lemon Mamak Style



Untuk bekal Ain ngan Daniel semalam, Mas try buat Ayam Goreng Lemon Mamak Style, hasil dari skodeng kat Myresepi. Maceh untuk tuan resepi Iris Samara yang sudi kongsi resepi ayam goreng yang sedapp ni....ari ni pun bebudak nak lagi.....arrgghh...yogurt lak habis....beli yogurt dulu....dan untuk ayam goreng ni, guna lemon tau sebab kalau limau nipis rasanya lari sikit...Kalau tak silap Mas, Kak Hana dan Kak Nor pun dah try sebab Mas nampak kat laporan tu....betul ke akak berdua.....

Ayam Goreng Lemon Mamak Style
Sumber : Iris Samara
Bahan :
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 sudu kecil serbuk jintan manis, 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil serbuk cili kering brand baba's 
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. Sukatannya - 2 sudu kecil serbuk lada sulah dan 2 sudu kecil serbuk lada hitam ) 
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam - brand babas
  • 1 biji lemon
  • 4 sudu besar tairu - yogurt - yg plain tu
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya untuk menggorang

Cara :
  1. Blendkan bawang putih dan halia ( Mas tumbuk halus ).
  2. Gaulkan kesemua bahan2 pada ayam termasuk bawang putih dan halia yang dikisar tadi, perahkan jus lemon , rasakan supaya seimbang rasanya dan perapkan sebentar sekitar 30 minit untuk dapatkan rasa yang lebih sedap. Kalau tak sempat perap  pun tak pe. Boleh terus goreng pun still terasa sedap.
  3. Goreng sampai ayam masak.
  4. Semasa menggoreng, akan kelihatan ada kerak2 yang tertanggal dari ayam tu, kerak tu sedap sangat dimakan ngan nasi dan kuah kari, kalau yang selalu makan kedai mamak dan salah satu hidangan  tu ada macam kerak2 tepung yang rasanya ala2 pedas, masam dan masin seenak rasa tu...ha...ni la bendanya.
  5. Selamat Mencuba....

Wednesday, January 26, 2011

Ayam Kicap Lada Hitam



Haaa...panass lagi Ayam Kicap Lada Hitam Kak Hana ni.....dan rasanya...perhhhh..sedapp la...sampai menjilat jari lak....he..he....agaknya sebab ada seasoning maggi tu kot...gerenti bebudak suka ni.....maceh Kak Hana...lain kali rasanya kena buat lebih lagi sebab Mas masak ari ni untuk bebudak jer....tak sangka sangat sedapppp....sebab tu sampai menjilat jari....sayang rasanya lebihan kuah tu....lapp u kak...sedapp ayam ni....Mas rasa 3 ketoi jer...he..he..

Ayam Kicap Lada Hitam
Source : Hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 400-500g ayam - potong kecil2
  • 2 inci halia muda - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning
  • 1/2 sk lada hitam
  • cili padi ketuk *optional jika ingin pedas
  • 1 batang serai - titik *optional
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.Angkat dan hidangkan.

Cheese Cake Brownies



Ni hasil dari gabungan Cheese Cake dan Moist Orange Mocha Brownies, jadi lah Cheese Cake Brownies. Mas buat 1/2 adunan jer untuk kedua2 kek tu. Sangat sedapp apa lagi dimakan ketika sejuk. Cheese Cake ni memang peberet family Mas....kalau dah start makan, memang susah nak stop...selagi tak habis Cheese Cake tu....mulut ni rasa nak mamam jer ...meh sape yang nak....gi ambik sorang sepotong dalam freeze tu....he...he....


Cheese Cake Brownies
Sumber : Mas Duniaku
Bahan Brownies :
Bahan A :
  • 1 cawan butter cair @ minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas - ni maz tambah sendiri
  • 2 - 3 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri
Bahan B : (kacau rata) - maz guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C ( ayakkan ) :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  2. K acau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
  4.  Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Mas bakar 20 minit dengan suhu 150 C, sbb loyang cutter nipis je..jadi kek cepat masak..ni oven mas la ye..


Bahan Cheese Cake :
  • 250 g cream cheese
  • 200 g fresh cream @ plain yogurt
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 biji telur
  • 8 camca besar gula halus
Cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170 c.
  2. Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar hingga menjadi krim.
  3. Tuang ke atas brownies yang telah dibakar tadi. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi kedalam piping beg dan buatlah beberapa garis dan loretkan untuk mendapatkan corak.
  4. Masukkan air panas kedalam loyang dan letakkan loyang kek tadi diatasnya.
  5. Bakar selama 40 minit ke 45 minit .
  6. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit, letakkan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan  kek hangus dan terus bakar hingga cukup 45 minit.
  7. Setelah kek sejuk masukkan kedalam peti sejuk selama 2 - 3 jam sebelum dipotong.
  8. Sedia dihidangkan apabila kek sudah sejuk...

Tuesday, January 25, 2011

Udang Beriani Masam Manis CMG



Untuk lunch ari ni, tengok Kak Nor buat Sotong Beriani Masam Manis CMG semalam, nampak sedap sangat, jadi Mas pun try buat ari ni, cuma Mas tukar ngan udang....memang sangat sedapp...Ain ngan Daniel pun suka sangat...lain kali Mas try dengan sotong lak....

Udang Beriani Masam Manis CMG
Sumber CMG , Kak Nor
Bahan :
  • 8 ekor sotong saiz sederhana - Mas tukar dengan udang
  • 1 1/2 camca besar rempah beriani mix "Maggi"
  • 1/2 biji red capsicum, didadu - tak letak
  • 1/2 biji green capsicum, didadu - tak letak
  • 1/2 biji yellow capsicum, didadu - tak letak
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris halus
  • 1 camca besar sos lada hitam
  • 1 1/2 camca besar sos cili thai
  • Sedikit garam, jika perlu
  • 1/4 cawan air
  • Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
  • Bawang goreng, sebagai hiasan
Cara :
  1. Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani mix "maggi", ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
  3. Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..
* Mas ikut K.Nor tambah daun kari, hirisan cili padi dan perahan limau nipis
** sotong tu K.Nor goreng dulu sekejap( selepas dah gaul dgn rempah), biar keluar air dulu dan ketepikan.
*** air tu digunakan balik dan tak perlu lagi tambah air lain.



Seri Muka Pisang



Alhamdudillah, hari ni dah beransur sihat...maceh untuk kekawan yang sudi bertanya khabar dan mengambil berat tentang Mas dan terima kasih atas kunjungan anda semua keDuniaku dan bw akan dilakukan sebentar lagi untuk mana2 yang Mas tak sempat sampai lagi. Mesti Mas terlepas banyak resepi2 yang best2kan. Kalau badan dah tak sihat, memang tak mampu nk buat apa2...rasa nak baring jer, dah 2 hari gantung kuali, alhamdudillah ari ni dah boleh bersilat kat dapur. Sebenarnya Mas tetiba jer sakit perut, pening, loya dan sakit belakang dari hari ahad, jadi isnin tu gi check kt hospital, alhamdudillah, lepas check urin, tak de apa2 yg serius, Mas kena makan ubat dan minum air masak byk2 jer.....
Seri Muka Pisang ni Mas buat sabtu lepas....sekali ngan donut yogurt tu..jadi ari ni baru Mas n3kan....rasanya ramai yang dah try Seri Muka Pisang ni...memang sedappp...rasanya lain kali kalau ada pisang, akan Mas buat lagi seri muka ni....sangat sedapp....bebudak pun suka...

Seri Muka Pisang
Sumber : Izah dan resepi asal Kak Hasiah
Bahan :
Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu kastad
Campurkan semua dan kukus selama 20 minit..

Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...