Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, September 30, 2011

Mee Goreng Mamak



Assalamualaikum. Moga dihari Jumaat yang mulia ni, kita semua dibawah lindungannya....Amin...semalam Mas plan nak sarapan Mee Goreng Mamak, tup..tup..Izahdaut pun tayang Mee Goreng Mamak yang amat menggoda tu, terliur betoi nengok Mee Goreng Mamak Izahdaut tu, jadi Mas try ikut resepi Chef Hanieliza tu, perhhhh..memang sangat sedappp la, agaknya sebab Mas ikut Kak Hana letakkan bahan tambahan dalam mee goreng mamak tu iaitu potongan tomato. Mas memang tak pernah letak potongan tomato masa goreng mee goreng mamak walaupun perasan memang ada tomato masa makan mee goreng mamak kat kedai mamak..he3....sadis kan...lepas ni lompom ikut stye macam ni...memang mabeless....

Mee Goreng Mamak
Resepi :  Chef Hanieliza
Sumber : Izahdaut  dan Kak Hana
Bahan :
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging - hiris nipis
  • 100 gm fish cake - Mas tak letak
  • 1 cawan taugeh - Mas tak letak
  • 1 mangkuk sawi - potong kecil - Mas pun mcm Izah tuko kobis
  • 3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat - Mas guna kicap campur
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau @ merah- hiris nipis
  • tomato dibelah - Kak Hana tambah tomato - Mas pun

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili dan rempah dan biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  5. Masukkan taugeh, tomato yg dipotong2 dan sawi.
  6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  8. Masakkan mee agak kering.
  9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


27 comments:

  1. macam sedap jek mas..nnti akak pon nak masak la ni..

    ReplyDelete
  2. salam mee grg mama letak buat tomato mmg sdp..seleranya...

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi Mas.
    Lom sarap ni heheh..
    Nampak sedap u..
    Mee goreng mamak + teh tarik kaw = mabeles

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mas..
    pepagi singgah cnie nampak mee goreng mamak.. terasa lapar plak... terliur akak tgk mee goreng mamak yg mas buat tu...

    ReplyDelete
  5. Kak mas,sedapnyer nmpak mee goreng akak,siap ada telur mata n sosej lagi..Sekbek dah kenyang ..

    ReplyDelete
  6. kikiki.. berjaya aku menggoda ko ye mas.. best kan kan kan.. aku mmg letak tomato kalau goreng mee, apapun la, kalau tak mamak pun, letak jugak tomato. nak bagi rasa lembap juicy n masam sikit. ada kelainan kan kalau letak tomato ni. perah lak kasturi tu.. hmm berlawan rasanya kan.. pss lawo gambo. nampak timbul gituuu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Mas,akak tak jadi nak makan roti canai pagi ni,makan me mamak ni aje

    ReplyDelete
  8. Kena buat ni. Tapi rasanya nama dia kena tukaq le.

    ReplyDelete
  9. rajinnya mas... siap ada telur dan hotdog lagi..

    ReplyDelete
  10. Mas...mintak mee sepinggan, [perah limau yer..

    ReplyDelete
  11. waduh mas, ngeces niiii...akak bab mee2 ni memang tak tolak tak kira mamak ke cina ke omputih ke..heheh bak sini sikit..

    ReplyDelete
  12. Jun ,

    kak jun..memang sedapp mee goreng mamak ni..
    mas buat lagi tau pagi ni....he3

    ReplyDelete
  13. Sheila Shafeareen,

    tu la kak sheila..
    mas baru kali ni letak tomato dlm mee goreng...
    lagi sedapppp rupanya..

    ReplyDelete
  14. Oh Oeya,

    he3...memang mas minum teh tarik sambil makan mee goreng mamak ni..
    sedapppppp...

    ReplyDelete
  15. Diana @ Melley Mey ,

    akak..try la buat kak..
    memang sangat sedappp....
    tadi mas buat lagi tau..he3

    ReplyDelete
  16. Zaliedana ,

    ct..kak mas klu mee goreng @ yg lain2 bergoreng..suka letak aksesori tambahan..
    perhh..memang kekenyangan lepas tu..

    ReplyDelete
  17. izahdaut ,

    makcik....kau memang kan..
    tak abis2 menggoda aku..

    serius makcik..bertambah sedapp mee goreng mamak ni klu letak tomato..
    mabelesss....
    memang terbaikkk...

    ReplyDelete
  18. Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot,

    he3...dah makan ke belum tu..

    ReplyDelete
  19. Kak Sam,

    akak..mesti mee goreng kak sam kan..

    ReplyDelete
  20. Nazrah,

    akak..baru syok makan..
    set lengkappp...

    ReplyDelete
  21. Anna Qawina,

    kasi pinggan jerk la...
    gi goreng sendiri..lepas tu isikan kat pinggan aku tu..he3

    ReplyDelete
  22. Ayu ,

    kak ayu..sama la kita..mas ni memang suka sangat mee....
    sedapp kan..

    ReplyDelete
  23. Kak Mas, cantik gambar mee
    mee goreng mamak nih memang sedapkan...suke sangat kalau makan dgn cabai jeruk..SEdap tak ingat

    ReplyDelete
  24. Mas, mee mamak satu pinggan, telor lebih, kari lebih sikit, kasi pedas ek? ^__^

    ReplyDelete
  25. chikadakbiru,

    maceh ck..
    he3..betul tu..maunya bertambah2 mee tu kan..

    ReplyDelete
  26. Ummi,

    akak...kedai sudah tutup la malam2...he3
    datang esok pagi yerk..

    ReplyDelete
  27. Salam Mas. Kalau anak2 ALong nampak mee ni kat rumah Mas mesti they all meleleh air liur. Bulan pose aritu, selan-sehari makan mee goreng mamak... takkan nya jemu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...