Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, August 25, 2011

Rendang Pedas Daging




Assalamualaikum.
Alhamdulillah...hari ni dah nak masuk 25 hari kita berpuasa kan.....Ain ngan Daniel pun tak tinggal puasa lagi.....InsyaAllah, rabu depan kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Merdeka serentak....Rendang Pedas Daging ni adalah juadah utama keluarga mertua Mas dihari lebaran......sangat sedap dimakan dengan lemang dan ketupat....selalunya Rendang Pedas Daging ni dimasak hingga kering...boleh juga berkuah jika suka....ikut selera masing2...selalunya kalau Mas sekeluarga, memang akan masak Rendang Pedas Daging ni kering....lebih sedapp....baru terasa serdak2 tu.....Rendang Pedas Daging diatas ni Mas buat untuk juadah berbuka puasa 2 hari lepas.....teringin pulak nak makan rendang bila tengok daging yang segar kat Carefour hari tu...lagi pun Mas memang selalu buat rendang gini.....anak2 dan suami memang suka....rendang ni kalau dimasak betul2 kering, boleh bertahan lama tau...dan lebih sedapp bila dipanaskan lagi....jadi untuk yang mencari2 resepi rendang, boleh lah mencubanya....memang best....


Rendang Pedas Daging
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo daging - dihiris kecil2
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/4 inci halia - dihiris nipis
* 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
* 10  biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
* 2 batang serai
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu kecil garam kasar
* 3 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
gula secukup rasa
sedikit garam halus untuk ditambah jika kurang masin
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit

Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda  * . Ketepikan.
Masukkan daging ke dalam kuali. 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan daging. 
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis, halia yang dihiris nipis, daun kunyit yang dihiris halus, santan ,kelapa parut yang telah ditumbuk sedikit dan gula . Gaul sebati.
Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga daging empuk dan rendang kering.
Sedap dimakan dengan nasi panas, lemang atau ketupat.


7 comments:

  1. rendang memang feveret seisi rumah akak ni mas..tak kira berkuah atau kering mmg laku..:)

    ReplyDelete
  2. mas--
    kalau buat niaga ayu suka buat basah2..
    pelanggan suka..

    tapi kan, tahun nie ayu tak masak rendang sbb en zalie tak boleh makan, utk kesihatannya..
    so.. makan rendang ayam jer.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mas...
    sedapnya tgk rendang tu mas... akak n keluarga mmg suka makan rendang... mmg x kan tolak ler rendang.. ayam ker .. daging ker... semua suka makan... sedap2!!

    ReplyDelete
  4. apa jua masakan rendang memang sedap!!kite selalu ratah aje!!

    ReplyDelete
  5. sama la mas, aku kalau buat nasi lemak memang buat rendang daging gini... buat sikit tak lama mana pun dah siap kan

    ReplyDelete
  6. salam mas.. tentunya dah nak raya.. bestnya kalau makan dengan lemang ni.. huhuhu rindunya nak raya msia.. sedap rendang tu

    ReplyDelete
  7. Bijak sungguh perut mama ni. Nampak rendang, terus dia berbunyi! Hehehe...

    Selamat hari raya aidil fitri buat Mas sekeluarga. Mohon maaf andai ada silap dan salah sepanjang mama bersiaran di alam cyber ye.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...