Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, August 14, 2011

Burger Mayonis Malaysia



Assalamualaikum. Dalam mood berpuasa ni...macam2 kita teringin kan...bila tengok E-na tayang Burger Malaysia, jadi teringin pulak.....jadi Mas buat la sikit untuk berbuka semalam...dapat juga buat donut untuk Ain dan Daniel....resepi Mas ambik dari Donut Roti Mayonis . Hmmm....memang tak rugi memburgerkan resepi roti mayonis ni....sedapppp.....gebuuu dan lembut burger malaysia ni.....sama macam donut roti Mayonis yang Mas buat dulu......Maceh pada Kak Yani atas resepi roti Mayonis ni...boleh dipelbagaikan macam2 resepi kuih.......itu yang Mas suka....

Burger Mayonis Malaysia
Resepi : Kak Yani
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bread maker dan tekan butang Dough dan biarkan bm menguli hingga siap dan adunan naik.
  2. Keluarkan adunan dan tumbuk2 untuk buang angin dan buat bulat2 dan kemudian leperkan. Rehatkan 20 minit atau hingga donut mengembang.
  3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara dan bahagikan kepada 12 bahagian. Bulat-bulatkan dan susun atas dulang yang ditabur tepung.Rehatkan doh selama 30 minit lagi. 
  4. Dengan menggunakan api sederhana, masukkan doh ke dalam minyak panas dan balikkan  bila keperangan. Angkat dan toskan di atas kitchen tissue.
  5. Biarkan kuih sejuk. Belah tengah dan isikan dengan sambal tumis dan timun.Sedia dimakan......


16 comments:

  1. memang sedap pekena burger mesia ni mas..balik dari terawih selalunya mesti nak mengulang makan yg ringan2..sedapnyaaaaaa.:D

    ReplyDelete
  2. salam mas,
    saya tak biasa panggil kuih ni burger malaysia. aya panggil pau goreng. ada beza ke?

    ReplyDelete
  3. kak anim,

    betul tu kak....dah makan berat2...
    mesti nak menguyah yang ringan2 lak...he3

    ReplyDelete
  4. kak nor,

    akak..udah pinisss la kak..
    buat pun sikit jerk..he3

    ReplyDelete
  5. cikgu isza,

    cikgu..rasanya tak sama kot..
    klu pau goreng..
    tak de belah letak sambal...
    ini dipanggil burger malaysia sbb dibelah letak sambal...
    hmm..pendapat mas lah..he..he..

    ReplyDelete
  6. Salam kak mas!!! sedap sedapp!!! nanti tunggu kita rajin nak buat sambal ikan bilis nii, ada jugak terasa nak buat pau sambal niii buat buka skrg tgh raya mcm sume tak de selera, masak pun main2 jerr :D

    ReplyDelete
  7. Salaam Mas. Nanti kalau mama ada masa, nak gak cuba resepi ni. Teruja gitewww dengan ungkapan kata-kata Mas yang meyakinkan iteww.. tidaklah daku tertahan! :D

    ReplyDelete
  8. suka! suka! suka! berger mesia... sedapnya tengok bilis tu terjulur keluar, hehehe...

    ReplyDelete
  9. dek mas ni mcm roti sambal ikan bilis yg askar dapat tuu hehehe tapi mas punye versi pau goreng..terliuq kak ilah tgok sambal yg terjelir keluar tuuu tak tahan godaannn nak berbuka dah nie...5 minit lagi..kak tak buat kuih hari ni penat..minta sebiji nak rasa...

    ReplyDelete
  10. massssss..akk suka kuih ni..kalau time tk posa kuih la pengalas perut kalau tk sempat nak makan..sebiji pun mengenyangkan..

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Mas.. uish... gabusnyer.. sedap tu.. tgk sambal tumistu..mmm komfom sedap lah tu.. he he he sukernyer kuih tu..

    ReplyDelete
  12. ermmm tau sedap nih mas... ape2 cicah sambal tumis mmg best,... aku pun suke. ni kan plak roti ni kan.. :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Mas,
    mmng nmpk gebu dan menyelerakan sungguh...anak2 akak suka burger msia ni..kalau buat mmng laris punya...

    ReplyDelete
  14. mas,klu masukkn inti dlm doh pastu terus goreng ok ke..meletup/pecah tak?

    tepung bungkus mas tu x bt2 lg..kena tunggu cuti panjang sikit. :(

    ReplyDelete
  15. Mas.. kuih macam ni tak buat lagi berbuka ni .. nampak sedap je mas.. rasa nak buat sekarang plak.. hahahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...