Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, May 22, 2011

Donut Labu Versi Dehaka



Assalamualaikum. Bersiaran dipagi Ahad dengan resepi labu lagi.....kali ini dengan Donut Labu Versi Dehaka, resepi Donut Kentang dari Daunpandan. Baki buat Bingka Labu semalam, Mas buat Donut Labu lak. Boleh dijadikan donut frozen...senangkan kalau nak makan donut, tinggal goreng jerk...tak lah membazir lebihan labu tu. Kali ni guna resepi dari Daunpandan lak...dari resepi Donut Kentang Mas jadikan Donut Labu...berbaloi juga derhaka....Donut Labu ni memang best...lembut dan gebu jerk walaupun dah sejuk...lagi pun resepi ni menggunakan air sejuk dari peti ais...tu yang teringin mencubanya......hasilnya...donut labu ni sedappp sangat...maceh Daunpandan....

Donut Labu
Diubahsuai : MasDuniaku
Bahan :
  • 200 gm tepung gandum
  • 30 gm gula halus
  • 1/2 camca besar yis kering
  • 1 camca besar susu tepung - Mas tak letak
  • 1 camca teh dough softener
  • 1 camca besar susu pekat manis
  • 1 1/2 camca besar shortening
  • 1/2 biji telur
  • 3 camca besar kentang lecek - Mas guna labu yang dilecek
  • 1/2 camca besar minyak jagung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air sejuk - Masn guna susu segar sejuk dari peti ais

Cara membuatnya :
  1. Campurkan air @ susu segar sejuk, telur dan susu pekat. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Campurkan tepung gandum, gula halus, yis kering, susu tepung ( Mas tak letak ), shortening, dough softener, bread improver dan sebatikan.
  3. Masukkan campuran no 1 tadi ke no 2 dan uli hingga sebati.
  4. Masukkan kentang lecek dan minyak jagung. Uli lagi hingga lembut dan licin dan rehatkan selama 1/2 jam atau hingga adunan naik 2 kali ganda. 
  5. Bila doh dah naik, tumbuk2 buang angin, uli sedikit dan bulat2kan. Rehatkan sekali lagi biar doh naik.
  6. Lubangkan tengah dan goreng hingga kuning keemasan dengan api perlahan.

Cara Mas :
  1. Campurkan air @ susu segar sejuk, telur dan susu pekat. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 lain dalam breadmaker, pastikan garam tidak bertemu yis dan tuang bahan no 1 tadi .
  3. Tekan butang dough dan biarkan breadmaker menguli hingga siap dan hingga adunan naik. 
  4. Bila doh dah naik, tumbuk2 buang angin, uli sedikit dan bulat2kan. Rehatkan sekali lagi biar doh naik.
  5. Lubangkan tengah dan goreng hingga kuning keemasan dengan api perlahan.


20 comments:

  1. Salam pagi Mas... psssttt : bila nak abis stok labu tu, sy yg xde labu ni jeles je tgk, nak cuba x dapat... he he he

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mas,
    Hari ni akak singgah cepat sbb free...maklumlah hari minggu, bnyk menu sedap2 kat sini...pepagi tngk donut labu buat akak laporlah, padahal dah makan apam marmar tadi..nak rasa seketoi Mas...labu kat dapor akak masih tak terusik lagi...kui3....

    ReplyDelete
  3. assalam kak mas! mmg musim labu ke skrg?? byk betol entry kawan2 pasal labu ni.bestnye donut labu...

    ReplyDelete
  4. As'salam Mas

    Masih melabu lagi ker adik k.ct ni. tu lah semalam kak ct dgn Hasue nak cari labu tak jumpa2... hahaha

    Ada lagi tak donat tu Mas.. boleh buat makan2 minum petang nanti :D

    ReplyDelete
  5. Salam kak Mas,
    Kuningnya... dan gebu pulak tu. Gemuk bulat jer kak mas buat. huhu.. teringin nak buat macam tu. hehe..
    kak mas, bahannya tu macam buat doh roti pulak, ada softener, bread improver.

    ReplyDelete
  6. Dah kata dah.. labu memang senonim ngan mas..

    Kak Ct tu kalau nak labu mai la datang amik kat rumah kita..

    ReplyDelete
  7. Mas, mintak donut 5 ketuiii...nak wat minum petang...ada belen ke tak tu? Rajin sungguh budak ni...

    ReplyDelete
  8. Sue's ,

    dah abiss dah stok labu......kikiki
    try la buat sue...best tau donut ni....

    ReplyDelete
  9. kak yatie,

    akak..cian labu tu....
    cepat2 la guna dia...kikikiki..
    banyak resepi2 labu yang best2 tau...
    try la buat kak...

    ReplyDelete
  10. nuwairani ismail,

    hhmmmm...betul la tu..he..he..
    tapi labu kat rumah kak mas dah abiss dah...
    betul tu..memang best donut labu ni...

    ReplyDelete
  11. kak ct,

    akak...klu mencari labu memang la tak jumpa sebab mas dah kukus labu tu...
    dah jadi pure labu dah..kikikiki
    akak..ada lagi tu donut frozen...
    klu nak, gi la goreng....kikiki

    ReplyDelete
  12. indahhouse ,

    indah..try lagi mendonut tu..
    lama2 cantik gebu donut indah tu..

    hhmm..betul tu.. softener dan bread improver tu utk roti....boleh juga guna buat donut...tu yg melembutkan donut..
    tapi resepi donut labu manis yg kak mas buat sebelum ni simple jer bhn2nya...
    lembut , gebu gak donutnya....

    ReplyDelete
  13. kak Nazrah Bakery & Dunia Kuih,

    alhamdudilah...labu suka ngan mas....kikiki...
    ke mas yang suka labu tu....

    amboiii,..siap offer kak ct lagi...
    mas pun nak.....he..he..

    ReplyDelete
  14. kak Ummi.

    akak..ada yg mas frozenkan tu...
    gi ambik goreng...
    ari ni mas mcm lemau sikit lepas balik jejalan.....
    penattt....kikiki

    ReplyDelete
  15. donut lagi ke makcik.. hehehemakcik dah jangkit ngan menu labu gak ni.
    aku suke bingka labu tu. sedap tu..wangii je. tapi aku tak letak banyak telur. aku ikut resepi kak zana. sedap

    ReplyDelete
  16. izahdaut,

    makcik..ni gara2 kau la ni...
    aku pun berjangkit pantang tengok labu....kikiki
    tapi resepi labu ni memang best kan makcik..
    aku suka...
    haaa..maceh promot bingka labu tu..
    memang best gila....

    ReplyDelete
  17. kreatif sungguh ..tabikk spring pada Mas..nampak enak sekali tu:)

    ReplyDelete
  18. mas n labu.. mcm tak leh berpisah.. kihkihkih.. jgn marah.. akk pun sike labu.. ada sebiji kt dapur tu.. malas tul nk kupas..

    ReplyDelete
  19. cikmanggis,

    cm..derhaka sikit jerk..kikiki...
    sedapp tau donut ni...

    ReplyDelete
  20. kak dzana,

    akak..best kan labu....he..he..
    ala...cian labu tu kak...cepat2 la kerjakan dia.....kikiki

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...